Assalamualaikum WBT
SEMALAM, dekat-dekat tengahari rasa macam dah mengantuk giler (hehe), jadi, Sk pun duduk di luar pejabat, saja ambil angin. Cuaca pun tak panas sangat, pagi semalam kan hujan kan. Tengah duduk-duduk tu, vendor dobi sampai. Mereka berdua dan terus pergi ke belakang van, agaknya ambil barang atau perkakas. Kemudian, salah seorang dari mereka tegur Sk macam ni.. "Kereta akak ke?" Sambil toleh ke arah kereta Sk. Sk pun angguk. "Tu tayar pancit tu," dia beritahu. "Hahaha.. pancit?" Boleh pulak dalam kepala ni fikir dia bergurau. Tapi bangun jugak lah tengok.
Allahhh! Pancitttt.
Padahal kan, hari Jumaat lepas, Sk dah perasan sesuatu yang pelik dengan bentuk tayar tu, tapi Sk fikir kurang angin dan nak ajak PI pergi pam tayar malam tu.
Tapi, lupaaaaa. Sabtu, Ahad pulak kereta tak keluar garaj, memang tak ingat langsunglah pasal tayar kurang angin tu. Tahu-tahu dah lembik macam tu. Semalam pulak, Sk puasa, kalau vendor dobi tu tak bagitahu, silap-silap sampai balik agaknya baru tahu tayar pancit.
Syukur.. ada kawan tolong tukarkan tayar. Dia buat sorang aje, sup sap sup sap, siapppp!
Tayar spare ni saiz sama dengan tayar asal.
Lepas tu tengok hurmm.. bila masa pulak burung berak atas kereta, tak ada pulak parking bawah pokok. Ambil air nak bersihkan.
Nampak pulak cicak kubing bukan main gemuk. Nasib nampak kaki kalau tak mesti dah jerit ingat ular.
Lepas zuhur, dalam pukul 2, Sk keluar pergi kedai tayar. Memang lepaskan waktu lunch la, nanti dorang tengah makan pulak, kan. Kedai tayar ni dekat jer dengan office.
Lepas buka tayar tu, puas la Sk belek-belek pusing keliling tayar cari paku tapi tak ada. Encik ni sekali tengok aje terus tunjuk, hah.. paku, sambil tunjuk jari kat satu tempat, hahaha. Dah memang pakar tayar, kan.
Paku tu dah tak ada kepala, encik tu cakap, nasib dia tak masuk menyerong dan kena tepi tayar sekali. Kalau tak, memang tak boleh buat apa. Bila dah tarik keluar tu, panjang eh pakunya, tu takpa, tengah-tengahnya bengkok macam tu.
Lepas tampal tayar, encik tu celup dalam besen besar memgandungi air. Nampak tak ada gelembung udara maknanya tak ada bocor di tempat lain tapi dekat tepi belah dalam tayar yang dekat dengan tempat kena paku tu, ada benjol laaa.
Ni sebab bahagian yang bengkok tu, dia tersentuh dengan bahagian tepi tayar tu dan merosakkan nylon-nylon dalam tayar tu. Sk tanya, bahaya tak jika masih guna tayar tu. Encik tu cakap kalau jalan dekat-dekat boleh la. Jangan kau pergi sampai Melaka.
Eh, macam tahu pulak kita selalu pergi Melaka, hahahaha..
Dia kata, nanti dalam dua bulan, kalau ada duit tukarlah tayar baru. Nanti kau tukar jangan ambik yang 175, ambil yang 185, sedap sikit kau bawa. Tak masalahnya, takkan la satu tayar jer kita nak tukar 185, kan... Hahaha. 185 tu saiz tayar kita.
Lepas berfikir-fikir, encik tu bagi idea agar Sk terus gunakan tayar ganti tu memandangkan saiznya sama dan keadaannya pun elok macam tayar baru. Cuma dia kata, tayar ni kalau tak digunakan nanti rosak jugak sebab ia kering. Jadi, Sk minta encik ni pindahkan rim dari tayar asal tu ke tayar ganti.
Aku bukan apa, aku fikir kau tu perempuan nanti kau bawaaaaa aje tak ingat nak kena tukar tayar.
Okey, kita bukalah rim kat tayar asal ni ya. Nanti aku tunjuk kau nylon yang koyak tu ko tengok, nanti ko tak percaya pulak aku cakap.
Aaaa... Ni ko tengok!
Okey, kita buka tayar ganti ni punya rim.
Ada jer kerusi disediakan kat bengkel ni tapi segan pulak nak duduk tengok orang buat kerja.
Dah buka dah rim.
Pasang rim kat tayar.
Lepas tu buat balancing. Tujuannya untuk menyelaras atau mengimbangkan tayar sebelum dipasang semula ke kereta. Penting buat sebelum tayar dipasang selepas menggantikan rim.
"Aaa.. macam ni barulah lega aku nak bagi kau bawa," kata encik tu. Ya Allah.. bersyukur sangat selesai semua semalam. Kalau tak risau jugak nak balik rumah, kan.. bukannya dekat. Total RM20. Terima kasih banyak-banyak ya encik dan terima kasih banyak jugak untuk kawan Sk yang tolong tukarkan tayar. Nanti aku belanja kau Nasi Beriani Pak Akob eh, hehehehe.
Bagus betul Encik Tayar tu, concern betul pasal keselamatan pelanggan. Nampak ikhlas dia buat kerja 👍🏻
ReplyDeleteCicak kubing tu dah lama tak dengar org sebut SK 😁
benda ni la yang risau..SA risau anak dara tu...dia main bawakkkk je kereta...bukan dia engok bab2 tayar ni...dia balik nanti nak suruh check la kereta...kerja uncle dia la tu...
ReplyDelete