Assalamualaikum WBT
PENATNYA, baru lepas kemas dapur, buang sos-sos yang dah luput tarikh. Tak banyak kali ni sebab ada buat audit jugak dua tiga minggu lepas. Selain tu buang jugak benda-benda yang dah lama tak guna dan rasa macam memang tak mahu guna kot. Tu pun ada satu kabinet yang dah lama tak buka, hahaha. Tadi, Sk tarik lacinya, nampak alat utensil macam sudip-sudip, senduk, penyepit, rasa macam sayang nak buang sebab mana tahu akan datang boleh guna, hahahaha. Padahal kalau masak tetap guna senduk sudip yang sama jer, huhuhu.
Oh, ni lagi kisah balik dari BP tu. Petang tu, kami keluar semula untuk makan. PI kata, nak makan seafood, Sk ikutkan aje la dia kata nak makan di Ghanim Seafood Restaurant ni. Last datang hari tu kami makan mi-mi, kali ni nak makan nasi dan lauk. Maaf tau, tajuk tu salah, sepatutnya bukan Makan Malam tapi Makan Petang, ampunnn.. hahahah.
Hari tu datang, staf dia paksa duduk meja untuk dua orang yang mana agak tidak selesa. Makan pun terkepit-kepit. Dahlah rapat dengan meja sebelah, nak berbual pun tak selesa. Nak cakap kuat risau orang sebelah dengar. Nak cakap pelan, kita pulak yang tak dengar, hahahaha. PI kata, kali ni kalau dia suruh duduk meja dua kerusi, kita cakap jer nak duduk meja empat kerusi. Kalau dia paksa, kita balik, hahaha.
Masuk jer restoran, terus PI tunjuk meja empat kerusi dan mereka terus angguk dan persilakan kami duduk. Aaa.. nasib baik. Risau nanti jadi amukan sebab dipaksa duduk meja dua kerusi. PI kata, dia nak makan banyak lauk. PI ni memang suka lauk penuh meja. Seingat Sk masa arwah mak mentua masih memasak dulu pun memang jenis masak banyak lauk. Ada gulai, ada ikan goreng, ada sayur, ada sambal belacan dan ada sambal tumis jugak. Tu takpe, dari pagi sampai petang tak berhenti masak ya.
Sk dah cakap takyah sotong tapi dia nak jugak. Nasib baik la ambil jugak sotong tu.. sebab apa? Baca sampai habis, hihi.
Baby Kailan. Cara masakan dia memang sedap la walaupun kita rasa, alaaaa.. sayur jer pun.
Chicken lemon memang wajib walaupun makan di Seafood Restaurant. Yang hujung nampak kosong tu, PI dah cekut ayamnya. Memang sedap, ayam tu disalut tepung dan digoreng dahulu, kemudian dia letak atas sos lemon yang dah dituang siap dalam pinggan. Sebab apa, bahagian atas ayam tu tak ada sos lemon, dia terendam di dasar pinggan sahaja dan menjadikan ayam kekal rangup.
Aisehmannn.. ni Sk salah sebut. Patutnya Sizzling Tofu atau Hotplate Tofu tapi Sk sebut Claypot Tofu. Terkejut bila dia hantar tapi cepat sedar kita yang salah sebut. Apa lagi, buat muka la Pak Inchenya. Tapi, bila dah makan, okey jugaklah sebab dalam claypot ni ada banyak sayuran. Kalau sizzling tak ada sayur, cuma isi ayam dan tofu. Ni kuah dia macam ala-ala kantonis.
Sotong Cili Kering. Macam Kung Pao sikit-sikit. Sejujurnya Sk tak suka sangat sotong masak macam ni. Sk lagi suka dimasak telur masin tapi PI pulak tak suka masak telur masin. Ikut dia la kan, dia penaja, hahahaha. Tapi, kadang-kadang, dia ikutkan jugak kalau Sk nak makan telur masin. Ni Sk pun tak bersungguh, hanya menurut janji Sk tak payah masak, hahahaha. Penat tau masak!
Aaaa .. nilah nak cakap, nasib baik ambil sotong. Dekat sini memang tak macam kita makan kat kedai tomyam, terus hantar lauk sedulang semua siap serentak. Dekat sini, dia hantar lauk satu... satu... hurmm. Kalau kita tunggu semua lauk siap, memang sejuk la lauk dan nasi yang dah sampai dulu.
Kali kedua ni, pesan ikan tak siap-siap dimasak. Kami dah hampir habis makan dah, jadi, Sk minta bungkus aje la ikan siakap yang kami pesan masak sambal. Sk cakap dengan PI, lain kali datang Ghanim, tak mahulah pesan ikan lagi, lambat betul masaknya. Agaknya ikan tu masih beku lagi kot, pelanggan pesan baru nak defrost ke apa, tak tahu laaaa.. adehhhh! Masakan sedap tapi lambat tu, spoil betullah! Orang yang penyabar jer tau boleh makan kat Ghanim Seafood ni, hahahaha.
Kiranya SK penyabarlah juga orangnya, masih boleh minta bungkus ikan bawa pulang. Kak Ami baca ni pun rasa kembang kempis jew perut haaaa...
ReplyDelete