MENGINAP 1 MALAM DI THE KATERINA HOTEL BATU PAHAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


SELEPAS Makan Kenduri Tahlil di Kampung Belahan Tampok, Sk dan PI tidak terus balik ke Johor tetapi meneruskan perjalanan ke Batu Pahat. PI ajak tidur satu malam di The Katerina Hotel, Batu Pahat. Angah dan Cik Ani pulak balik ke Johor (JB) tapi sebelum tu singgah di rumah seorang saudara, ni Sk tak join la sebab arah tak sama.


Mercu tanda Batu Pahat. Kalau arwah abah Sk dulu panggil Batu Pahat ni Bandar Penggaram.  

Menurut Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang, nama Batu Pahat diambil bersempena dengan kisah tentera Siam yang diketuai Panglima Awi Di Chu memahat batu untuk mencari air minuman di Pantai Minyak Beku. Pahatan itu menghasilkan takungan air. Tentera Siam ketika itu sedang dalam persediaan untuk menyerang Melaka pada tahun 1456. Dikatakan sejak itu ramai pelayar singgah di takungan air tersebut sehingga ia diberi nama Perigi Batu Pahat. Menurut Hikayat Abdullah pula, nama Batu Pahat adalah berkaitan dengan kegiatan Portugis yang memahat bongkah-bongkah batu untuk mendirikan Kota A Famosa di Melaka pada abad ke-14. (sumber)


Kali pertama menginap di The Katerina Hotel ni masa tu Iman baru dalam umur 2 tahun, tahun 2003. Memang ingat sangat walaupun tak ada catatan sebab itu merupakan tahun terakhir Sk berkhidmat di sebuah IPTS sebelum bekerja di tempat sekarang. Tapi zaman tu mana ada sosial media. Selepas tu ada juga menginap lagi di sini tapi tak ada jugak catatan di blog, zaman 'writers block' la kot masa tu, nak menaip malas sampai blog bersawang, hahaha.


The Katerina Hotel diiktiraf sebagai hotel 4 bintang. Rasanya The Katerina ni cuma satu-satunya hotel dengan nama tersebut tiada cawangan di mana-mana.


Agak terkejut jugaklah selepas selesai urusan daftar masuk, kami diberi goodies sebungkus besar  kerepek ubi kayu. Aaaa.. jangan tak tahu, Batu Pahat ni terkenal dengan industri kecil dan sederhana antaranya kilang kerepek.


Dapat bilik aras 6, nombor bilik 620. Oh, penginapan di sini dikenakan deposit RM100 ya. Yang best biliknya dekat dengan lobi lif. Harga penginapan kami RM250 (gov rate) dengan sarapan untuk dua orang.


Dari kejauhan nampak Gunung Banang Soga. Sk teka aje ni Gunung Soga jika salah mintak ampun ya.


Tapi tu la.. depan bilik kami ni ada awning, terus terfikir nanti ada orang boleh panjat dan mengendap, hahahah. 


Masuk-masuk bilik aje perut Sk memulas jadi tak sempat nak ambil gambar katil, tengok-tengok PI dah landing, jadi kita ambil gambar sisi katil jer la. Nampak biliknya dah cantik la dari bilik lama tapi.. tilam dia kenapa melendut giler kat tengah-tengah. Sk syak budak-budak la ni melompat-lompat buat macam trampoline. Dah malam pulak baru sedar tilam dia seteruk itu melendutnya, nak minta tukar bilik malas pulak nak mengemas, bertabah ajelah sampai check out.


Bilik lengkap dengan seterika dan papan penggosok. Sk bawa tudung sarung twist aje, tak payah gosok. Baju pun tak payah gosok, senang.


Ada lampu suluh untuk emergency sekiranya terputus bekalan elektrik. 


Uncang teh dan gula tak ada, cuma ada pek kopi 3 dalam 1 ni. 


Petang tu kami keluar makan di dua tempat, tu nanti Sk cerita. Singgah 99 Speedmart jugak beli air dan mi segera. Sk cakap dengan PI, tak nak kongsi makan mi segera, PI pun setuju buat sorang satu, haha. Jadi malamnya, memang tak keluar dah, tengok Festival Filem Malaysia ke 34. Lama Sk tak layan siaran langsung anugerah-anugerah ni, rasa, kalau malam tu ada kat rumah, memang tak tengok dan tak tahu pun filem Babah dan dua pelakon utamanya menang award, hahaha. 


Gambar yang sebelum ni lupa nak setting mode makanan, hehehe.


Esok paginya, kami bersarapan buffet di Spazzo Cafe. Tenang aje ya, boleh dikira dengan jari berapa aje tetamunya. Tak tahulah awal sangat ke kami turun tapi kereta dekat parkir memang penuh.


Ada menu ala carte dan set untuk waktu tengahari dan petang. PI kata, ingat tak, dulu kita datang breakfast dia ala carte? Entahlah, Sk tak boleh recall langsung, agaknya masa tu lepas PKPB kot. Yang Sk ingat, yang masa datang pertama kali tu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah datang sebab ada function apa tah di Batu Pahat (tak ingat jugak). Masa tu Sultan Ibrahim masih Tunku Mahkota Johor. 


Luas buffet line dia, tak adalah sampai boleh terlaga bahu dan pinggul dengan tetamu lain. 


Tahu dah kannnn.. pinggan siapa ni, hehe. Lepas makan nasi lemak, PI makan Mihun Goreng dan Roti Canai. Pergilah buffet 10 bintang pun memang tu la PI makan. PI kata, nasi lemak dia sedap, Sk lupa pulak nak jamah.


Round pertama Sk, mestilah American Breakfast. Ambil sandwich dan popiah dan yang bulat tu ambilkan PI, ingatkan Gendang Kasturi rupanya Getuk Ubi, hehe.


Omelette dia besar ya. Side dish untuk western breakfast yang basic ajelah, tapi salad dia banyak jenis. Lain-lain ada wedges, bean baked dan mini sosej yang gemuk-gemuk tu. Buah pun ada tiga jenis, tembikai, nenas dan honey dew.


Ada soto jugak. Pilihannya nasi impit, kueyteow dan mi kuning. Rasanya kalau nak mihun soto, boleh ganti dengan mihun goreng sebab rencah mihun goreng dia pun light-light aje. Condiments untuk soto ada suhun goreng, taugeh, ayam carik, kacang tanah goreng, daun sup, daun bawang dan bawang goreng serta sambal kicap. Tak kedekut pulak ya dia sediakan ayam carik tu, bolehlah isi banyak-banyak dalam mangkuk, ahaks! Kuah soto dia marvelous, bukan sup rasa air hujan. Sambal kicap pun power walaupun tak berapa pedas cuma bergedil jer la tak ada.


Banyak jugaklah makanan lain ya yang memang tak larat nak makan. Kuih dan kek pun ada, bubur pun semestinya ada.


Kalau nak datang lunch, ada menu set ni jugak, boleh tengok gambar di atas jugak.


Sementara tunggu PI sapkoktang, Sk duduklah di lobi ni dan tu la, dah beberapa kali datang menginap kat sini, baru perasan ada beberapa lukisan besar yang memaparkan bangsawan Inggeris, sesuailah nama hotel ni, The Katerina. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. banyak pilihan makanan tu...puas hati betul

    ReplyDelete
  2. Rare ni, siap bagi goodies kerepek ubi peket besar. Terserlah ke-Batu Pahatan-nya 😁

    Dah lama tak sebut JB tu Johor, sebab dah lama berhijrah lupa sebutan gitu. Tapi family di Johor masih lagi sebut gitu. Nak pegi mana? Pegi Joho! 😂

    ReplyDelete
  3. nak pi sini la..duk smlm pas tu dpt kerepek kan..hihi...bln 12 nanti ada wedding..tp kat Masai

    ReplyDelete
  4. aduhh, tiba-tiba rasa nak makan soto, terliur pulak bila tengok pic tu.. selain dari kota tinggi dan muar, batu pahat juga termasuk dalam list yang saya nak pi.. katanya banyak tempat-tempat yang bersejarah..

    ReplyDelete
  5. Kerepek ubi tu boleh kudap2 dalam hotel...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!