TAPAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 


BANYAK gambar belum terbit, terutamanya gambar makanan yang ditapau.




Tapau Mi Kuah Udang Cik Bad.




Dia gunakan bekas sponge cake ni untuk letak mi kuning dan aksesori mi udang. Tapi tengoklah usaha dia susun segala condiments mi udang tu, rajin betul! RM12 jer sebungkus.




Hari yang sama, PI beli burger king, tapau jugak.




Mi udang sudah pindah dalam mangkuk. Sebelum ni, kami pernah makan di Gerai Mi Kuah Udang Cik Bad di Flat Bandar Baru Kangkar Pulai.




Ni tapau dari kantin, datang rajin kita snap pic untuk kenangan apa kita makan setiap hari, hihi. Nasi putih, ayam goreng dan dua jenis sayur, taugeh dan kacang panjang, RM9. Biasa kalau ambil dua sayur macam ni, Sk akan beritahu cashier, ada dua sayur. Kalau satu sayur, biasanya RM7 - 8.




Nasi, ikan caru sumbat, ulam dan sayur, RM8.




Nasi, ayam goreng berempah, sayur bendi dan terung berlado. RM9.




Ni tapau lempeng dua keping dan sambal hijau. Lempeng RM1 sekeping.




Tapau bubur berlauk. Lauknya kangkung belacan, kentang dan ikan bilis berlado serta telur masin, RM6.




Lontong kering rendang ayam curah sambal kicap. Tak ingat la ni berapa harganya, mungkin RM9.




Lama giler tak jumpa lauk ni. Kacang panjang, tauhu dan tempe masak lemak putih. Kalau makan dengan ikan goreng sedap tapi tak ada, jadi ambil ayam goreng, RM8.






Jemu jugak hari-hari tapau lauk kantin, kita pergi Syurga Dessert beli Cheesy Loaded Potato dan Laksa Johor.




Buat pertama kali ni makan loaded potato.




Laksa Johor tu makan kat rumah, kekenyangan makan loaded potato, hehehe. Banyak betul dia letak spaghetti.




Ni pulak Chicken Tenders (RM8/5's) beli dengan pelajar Penyediaan Makanan yang buat jualan di kolej. Ni makan dekat rumah sebab kekenyangan makan

v

v

v




Tomyam Seafood Pasta yang dibeli pada hari yang sama. Harganya RM8.






Kawan bagi nasi lemak bungkus. Gambar tak berturut pulak masuk, malas nak betulkan, aci jer la eh. Nasi lemak ni ada lauk ayam ya, tak pasti sebungkus berapa harganya.




Tapau mi goreng kantin. Terasa nak jugak sikit mihun goreng, hihi. Ni RM3.




Nasi lemak kantin ni kegemaran Iman. Dulu-dulu kalau ikut Sk ke office, mesti Iman tapau nasi lemak sambal melimpah. Hurmm.. baru-baru ni ada yang tulis di thread, nasi lemak tak perlu ada kacang tanah. Eh, siapa cakap! Nasi Lemak telur mata, RM4.




Kak Sab masak mihun goreng Singapore. Yang bulat tu cucur badak. Cucur badak 50 sen sebiji, mihun RM3.




Ok, last. Hari ni tapau mihun goreng dan sebiji jemput-jemput (RM3.50). Last la ambil gambar tapau hari ni, hahahaha.. boleh percaya ke???

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!