TONTON K-DRAMA AS YOU STOOD BY

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 




SATU lagi K-drama bersiri yang best Sk tonton, As You Stood By. Drama ni 8 episod je, tak meleweh-leweh. Tapi, ada juga yang kata ngantuk tapi bagi Sk okeylah. Sk cerita dengan bahasa yang ringkas.


Ia mengisahkan tentang seorang eksekutif jualan bernama Eun Su. Satu hari, ada seorang pelanggan datang nak beli jam berjenama. Kemudian masa staf nak tutup kedai baru perasan, sebuah jam hilang. Bila periksa cctv, Eun Su perasan pelanggan itu ialah seorang pemilik store barangan dari China yang dikenali sebagai Jin So Baek. Kerana sifat tanggungjawab, Eun Su pergi cari pelanggan tu.




Jin ni tak nak pulang jam tersebut sebab dia kata nak jual pada orang lain. Kalau orang tu tak nak, baru dia pulang balik. Eun Su tunggu ya dekat situ sampai dia bayar. Dahlah tempat tu agak terpencil, berani betul. Kita yang tengok ni pulak berdebar-debar takut dia kena belasah, hahaha. Bila dah dipulangkan jam tu, didapati tali jam tu calar. Eun Su paksa dia bayar harga tali jam sahaja. Lelaki ni macam kagum la dengan kedegilan dan keberanian Eun Su dan mereka berkawan sampai boleh pergi makan sama-sama.




Eun Su pulak ada seorang kawan baik dari zaman sekolah bernama Hui Su. Masa kecik-kecik dulu, Eun Su mengalami trauma sebab bapak dia suka pukul mak dia. Setiap kali bapak dia pukul mak dia, Eun Su akan sembunyi dalam almari dengan adik dia. Bukan masa kecik jer bapak dia dera mak dia tapi sehingga dia sekolah menengah sampai mak dia pernah nak bunuh diri. Kerana tekanan perasaan Eun Su juga pernah cuba melemaskan diri tapi diselamatkan oleh Hui Su. Sejak tu dia dapat semangat untuk bangkit dari trauma.


Hui Su seorang pelukis buku kanak-kanak yang ceria berkahwin dengan Jin Pyo. Dalam diam rupanya Hui Su menjadi mangsa keganasan rumahtangga dan menyembunyikan diri dari Hui Su. Apabila Eun Su tahu kejadian yang menimpa Hui Su, dia merancang untuk membunuh Jin Pyo.


Kebetulan pulak, masa datang jumpa Jin, Eun Su terserempak dengan Jang Kang ni. Jang Kang ni warganegara China yang masuk ke Korea secara haram. Muka dia sebijik sejibun dengan Jin Pyo, suami Hui Su. Eun Su tu pun merancang untuk membunuh Jin Pyo dan menyuruh Jang Kang menyamar menjadi Jin Pyo dan balik kampungnya di China menggunakan passport milik Jin Pyo jadi nanti orang lain ingat Jin Pyo ni pergi China.




Ini pulak adik Jin Pyo, Jin Young  yang bekerja sebagai polis dan bercita-cita tinggi kenaikan pangkat dan menjadi pegawai tertinggi. Jin Young ni tahu ya abang dia dera Hui Su tapi dia abaikan sebab tak mahu benda tu menjejaskan reputasi dan peluang dia untuk naik pangkat.


Mak mereka pulak seorang penceramah motivasi yang seeing memberi nasihat tentang kekeluargaan tapi sebenarnya dia tak praktikkan pun hal tersebut dan terlalu percaya dengan anak lelaki dia si Jin Pyo tu sampailah Jin Pyo hilang dan diberitakan pecah amanah, dia masih juga pertahankan anak dia. Paling mendebarkan bila apa yang dirancang Hui Su selepas membunuh Jin Pyo semuanya tak menjadi selepas Jang Kang balik semula ke Korea sebagai Jin Pyo. 


Apa jadi lepas tu, kenalah tonton sendiri. Paling tak sangka, peranan Jin yang macam samseng di awal cerita tu. Oh, drama ni adaptasi dari novel Jepun tau, bertajuk Naomi & Kanako oleh Hideo Okuda.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Okay boleh tengok kalau tak ada meleweh-leweh ni. Senang terus straight to the point je. Adaptasi cerita Jepun macam best je. Baik, masuk list.

    ReplyDelete
  2. Sinopsis macam menarik. Ada jugak tengok iklan cerita ni tapi belum ada mood nak tengok cerita K-drama lagi lepas tengok 'Bon Appetit, Your Majesty'.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!