Assalamualaikum WBT
LAGI tiga hari nak masuk tahun 2026, mari kita habiskan cerita bulan November 2025.
26 November 1025, PI ajak ke Food Court SS9 yang terletak bersebelahan Plaza Pelangi di Taman Pelangi. Selalu lalu aje nampak meriah, kali ni kita tengoklah apa yang dijual di food court ni. Sebaik sahaja duduk, nahhh kau, segabak dia letak menu, dah macam kat library, huhuhu. Penat nak kena study ni.
Luas food court ni dan ada banyak stall. Setiap buku menu tadi untuk satu stall.
Besar, kan. Tapi agaknya malam masih muda sangat lagi, orang belum berapa ramai.
Tak habis lagi study. Tempat kami duduk ni terbuka dan macam gelap sikit, terpaksa guna lampu picit, hihi. Tak lama lepas tu, gerimis, jadi kami pindah meja yang berbumbung.
Tulis sendiri kod menu dalam kertas order ni.
Wehhh.. sampai dah pindah meja tak habis lagi belek, hahaha.
Khusyuk sangat.
PI suruh pesan Pau Goreng. Sk pun tengoklah buku menu tu dalam keadaan terbalik, nampak kod dia terus tulis.
Sup-sup pun ada.
Korean food pun ada.
Ada sate Wak Radol jugak.
Lepas tu, dia bacakan balik pesanan kami. Sk terdengar macam satu bunyi pelik tapi tak endahkan sebab PI diam aje, betullah tu (dalam hati). Ni kena terus bayar tau. Dah bayar, Sk macam curiga dan minta tengok balik, kenapa ada siput gong-gong? Sepatutnya Pau Goreng (Mantao). Tapi tak boleh buat apa sebab dah bayar.
Kod T1 untuk pau goreng tu rupanya siput gong-gong. Dahlah baca terbalik, rabun pulak, nampak gong-gong tu goreng, kah kah. Puas eh belek menu lain, memang tak ada menunya roti goreng tu.
Siput gong-gong ni patut tarik durinya untuk ambil isi tapi asal tarik dia putus. Korek dengan lidi tu pun tak boleh. Malas nak komplen. Sudahnya bawa balik konon nak kukus semula tapi.. sampai ke sudah dia duduk jer dalam esbox tu akhirnya ke tong sampah.
Sup urat kot. Lembutlah urat, sup sedap la.. okey jer.
Mutton Keema Naan ni sedappp. Roti lembut dan spicy berempah.
PI pesan Mihun Hailam, rasa sos tomato jer kat kuahnya, tak rasa mi hailam. Kena bagi nama lain kot, hihi. Tu la, orang ajak makan tempat lain tak nak.
Harga Singapore.. tobat tak nak datang lagi.


























byk btul menunya tu..mau rambang nk pilih menu apa
ReplyDeleteTahun 1025 belum wujud kita ni kak. Hihi. Banyak betul menunya tu. Kemain buku menu macam nak suruh study.
ReplyDelete