TONTON FILEM MALAIKAT MALAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
1

 Assalamualaikum WBT 



Kejadian ni pada hari raya ke 5. PI dah masuk kerja, Sk dan Iman ambil cuti. Iman dalam sebulan boleh cuti sehari, jadi dia pujuk-pujuk Sk ambil cuti hari rabu tu. Bila dua beranak bercuti, memang panjanglah langkahnya. Iman ajak tengok wayang, filem Malaikat Malam, lakonan Syafiq Kyle. Iman memang tak pernah miss la kan filem-filem lakonan Syafiq Kyle ni. Die hard fan, gituh.





Masa Iman beritahu tajuk filem, Sk memang tak ambil kisah nak tengok trailer atau google sinopsisnya. Malam sebelumnya, Sk keluar makan dengan PI kat Restoran Thoufeeq, Sk pun beritahu la PI, plan kami nak tengok wayang esok pagi tu. PI tanya, tajuk apa? Sk tak ingat langsung pulak nak jawab, tapi Sk beritahu la Syafiq Kyle berlakon. "Oh, cerita pasal mat rempit tu," kata PI. Dalam kepala Sk fikir, tak ada pulak la rasanya perkataan rempit dalam tajuk filem yang kami nak tengok ni, hahaha. Dia bila dah remaja purba ni, memang macam susah nak ingat la. Kalau kenangan lama mengusik jiwa, susah pulak nak terpadam dari ingatan, haha.



Comel tumbler bentuk patung smurf ni tapi setakat berkenan ajelah, sebab comel dan memang minat dari kecik watak-watak smurfs ni. Sekarang ni tak nak dah menyimpan koleksi-koleksi macam ni, menyimpan habuk, lepas tu lama-lama buang. Kalau dulu-dulu memang suka benda-benda gini, keychain comel-comel, patung kecik-kecik, sekarang rasa rimas tengok, hahaha.


Ambil tayangan pagi la nak harga murah, baru RM15. Iman beli siap-siap popcorn dan air oren dalam apps masa beli tiket. Gedebak gedebuk, dekat RM50 jugak. Popcorn tu perisa keju masin, patut ambil flavor biasa aje la, lagi sedap. Ni rasa macam Super Ring, bosskuuuu!




Hurmmm... aci lagi ke nak ulas pasal filem Malaikat Malam ni? Hahahaha.


Malaikat Malam merupakan sebuah filem drama permotoran Malaysia 2026 yang disunting, ditulis dan diarahkan oleh Nazifdin Nasrudin dalam filem pertamanya sebagai pengarah. Filem yang dilakonkan oleh Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis, Kodi Rasheed dan Que Haidar ini mula ditayangkan pada 26 Mac 2026 di pawagam seluruh negara.

Sinopsis
Azam merupakan seorang pemilik bengkel motosikal yang mengimbangi aktiviti hariannya antara menjaga abang sulungnya yang bergelut dengan kemurungan akibat penyalahgunaan dadah, menyertai perlumbaan haram dan memenangi hati seorang gadis buta.

Disebabkan dah beberapa minggu tonton filem ni, jadi macam tak berapa ingat sangat tapi ada beberapa adegan yang memberi kesan antaranya babak Azam dan Ratna yang baru sahaja kenal, Ratna bawa balik rumah, rasa nak tampar muka Ratna tu. Memanglah tak ada apa-apa berlaku, tapi kalau ada family Ratna dalam rumah tu, okeylah.

Watak Azam yang asal jumpa Ratna terus lupa kawan. Kawan telefon tak angkat, mesej tak balas, sebab sibuk layankan si Ratna tu, haishhhh!

Amir Nafis tu memang jaranglah nak berlakon baik. Muka dia kan jenis muka yang handsome jahat, jadi bila dia berlakon jadi Boy tu memang benci betul menengoknya, hahaha.

Kodi Rasheed tu kan selalu jadi jahat, apasal tiba-tiba pengarah bagi dia watak suci ni. Aaaa... tak boleh terima KR berlakon baik jadi Jimmy dan lagi-lagi bila Jimmy ni lembik kena belasah dengan Boy, menangis bila motor dia dibakar dan mak dia kena pukul. Kenapa dia tak melawan??? Kan dia gangster. Sekali.. bila dia bangkit dan membalas dendammm, aaa... ini barulah hero. Bukan si Azam tu, hahahah. 

Que Haidar nampak terlalu tua dalam filem ni tapi mungkin sebab nak menunjukkan dia tu Mat Gian, tapi tu la, sado pulak, hehehe. Sepanjang menonton filem ni rasa macam dibayangi filem KL Menjerit pulak. Sk masih ingat lagi, dulu tonton filem KL Menjerit di pawagam Leisure Mall, Taman Pelangi. Masa tayangan tu, pelakon-pelakonnya hadir (kami media jemputan), antaranya Rosyam Noor dan Que. Filem tu merupakan lakonan pertama Que. Mula-mula tengok Que depan mata, Sk cakap dengan PI, macam (Allahyarham) Sudirman la. Que datang bersalaman dengan kami dan PI cakap dengan Que, muka dia macam Sudirman. Dia terus angguk-angguk dan cakap terima kasih. Memang sebijik nak nak pulak masa tu Que muda sangat lagi, hihi.

Aaa... paling tak boleh move on dalam filem Malaikat Malam ni, bila satu babak Azam dating dengan Ratna naik motor diiringi lagu Alleycats... ouch! Betul-betul mengusik jiwa la, jiwang habis, hahahaha.

Ingin kupergi jauh darimu
Agar kukenal erti rindu ini
Ingin aku menyelami jiwamu
Agar kukenal dirimu, kasih

Ingin aku membenci dirimu
Tapi kebencian tiada padaku
Walau apa yang kau sangkakan
Aku tetap cinta padamu

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padamu
Tapi jangan kau hanya coba
Untuk mempermainkan cintaku

Telah lama kuhidup melara
Telah kugagal dalam bercinta
Kini kau datang dengan seribu bintang
Bintang yang dulu sembunyi
Bintang yang tiada bererti

Kalau kau sudi menyentuhi hatiku
Aku kan selalu dekat padamu
Tapi jangan kau hanya coba
Untuk mempermainkan cintaku
Jangan permainkan cintaku
Jangan permainkan cintaku

Sampai habis eh dia putar lagu ni, hihihi.


Cuma tu la... apa yang dibisikkan Ratna pada Azam, dan apa yang dibisikkan Azam pada Ratna, sampai ke sudah penonton tak tahu. Sk dengan Iman siap tunggu sampai skrin gelap kot kotlah ada epilog ke apa kan, memang sampai keluar tak ada, hahaha.

Post a Comment

1Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!