Assalamualaikum WBT
KISAH malam tadi, Sk tiga beranak ke GSC Paradigm Mall untuk menonton filem Libang Libu. Dah beli tiket awal dan pilih tayangan jam 10.20 malam. Walaupun dah jam 10 malam, ramai yang datang bersama keluarga dengan anak-anak kecil lagi agaknya sebab esoknya sabtu tu cuti, kan.
FILEM: Libang Libu
PENGARAH: Bobby Husaini
CERITA: Bobby Husaini
PELAKON: Amerul Affendi, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Ozlynn Waty, Zahiril Adzim, Fikry Ibrahim, Sabri Yunus, Khir Rahman, Azhan Rani, Alvin Tan
GENRE: Komedi
TERBITAN: Tangerine Films
TAYANGAN: 23 April 2026
Libang Libu adalah sebuah filem santai, latar belakang kampung dan dekat dengan kehidupan seharian masyarakat di Malaysia dan turut mengangkat tema perpaduan.
Filem ini mengisahkan mengenai pelakon terkenal bernama Amir Daniel yang sering menjadi pilihan penerbit filem di Malaysia dan sedang menjalani penggambaran di sebuah kampung melayu di Perak.
Di sinilah bermulanya pelbagai cerita dan konflik yang membawa kepada pelbagai cerita lucu, tegang dan huru-hara apabila penonton menyaksikan watak dua beradik Alid dan Man Pilem yang tinggal di kampung tersebut. Man Pilem merupakan salah seorang kru produksi yang memperkenalkan penerbit untuk memilih sebuah rumah tradisional sebagai lokasi penggambaran. Konflik terjadi apabila abangnya mendapat tahu Man telah menggadaikan tanah milik keluarga. Man Pilem juga suka berjudi sehingga menggunakan sumber duit yang bukan miliknya. Sikan Man yang terlalu boros dengan berjudi membuatkan dia membuat pinjaman dari Ahlong sehingga orang sekeliling menjadi mangsa.
Filem ini menghiburkan dan mengingatkan kepada filem-filem arahan Allahyarham Mamat Khalid terutama apabila ia menggunakan loghat Perak. Kebanyakan pelakon merupakan pelakon mahal. Tak menahan tengok Sabri Yunos membawakan watak lelaki tua lembut, begitu juga Azhan Rani dan Zahiril Azam. Yang perempuan pulak berlagak macam lelaki, hihi. Macam buka tembelang sisi gelap industri filem di Malaysia ni. Nak kata gelak sepanjang filem tu tidaklah sebab ada jugak adegan serius dan ada masanya sedikit bosan tapi keseluruhannya bagi Sk menghiburkan, Sk bagi 4/5 bintang.
Oh, sebelum tu, kami pilih untuk makan malam di Paradigm Mall. Mula nak makan di Thong Bowl tapi beratur panjang pulak, jadinya kami ke Mee Hiris China Muslim.
Sk dan PI pilih Braised Beef Noodles Soup, RM21.90. Staf tanya nak mi tarik atau mi hiris, kami dua-dua pilih mi tarik.
Lima pilihan menu yang disyorkan Chef iaitu dumpling ayam, braised beef noodle, beef fried noodles, toothpick mutton dan ayam goreng bercili.
Tomato Beef Noodles Soup dapat harga istimewa tapi tak beriani nak cuba takut tak menepati citarasa. Kita nak makan yang pedas-pedas.
Catat pesanan sendiri dalam order chit. Tak perlu scan qr code untuk order.
Braised Beef Beef Noodle 🍜 dan dumplings.
Dulu Sk suka mi goreng-goreng tapi sekarang suka mi sup.
Mutton dumplings, sedap.
Iman makan mi tarik goreng. Dah macam tertukar pulak sebab dulu dia suka mi sup.
Bil yang dihantar ke meja, total RM115.40, tapi bila bayar ada diskaun lebih RM10 jugak. Tak pasti diskaun apa, malas pulak nak mencari resit selepas diskaun tu, hihi.
Jalan-jalan sekejap sementara tunggu jam 10, PI ajak singgah mengopi dulu di Tim Hortons. Buat pesanan di kaunter dan tunggu buzzer berbunyi, nanti boleh ambil pesanannya.
Menunggu..
Siappp.. Strawberry Shortcakes, satu kek, satu minuman. Lupa nak ambil gambar Iced Spanish Latte PI dan Iman ada beli donut jugak seketul. Share ajelah minumannya, beli dua, kongsi bertiga. Pukul 9.45 macam tu baru naik ke aras 7. Parking kereta pun dekat aras 7, senang.
















Ramai dah review baik cerita ni....
ReplyDelete