Assalamualaikum WBT
SEKEJAP aje kan dah masuk minggu ketiga bulan April. Bulan april ni tak ada apa-apa cuti, kan.. tapi tak sabarnya nak tunggu bulan Mei yang ada banyak cuti antaranya cuti Hari Pekerja, cuti Hari Raya Aidiladha, cuti Hari Wesak dan bersambung pulak di awal bulan Jun, cuti Hari Keputeraan Rasmi YDPA. Sk pulak tengah gigih menahan diri dari mengambil cuti tahun memandangkan anak saudara PI akan berkahwin tahun ini. Jadi, kena simpanlah cuti sebab nak pergi tu bukannya dekat. Perjalanan jer dah makan sehari, kalau pergi balik dah dua hari. Begitulah, orang lain yang kahwin, kita pulak yang melebih ambil cuti, hahaha.
Masak Asam Pedas Ayam ni masa raya ke 4, lepas balik dari beraya di Kuala Lumpur tiga minggu lepas. Kalau ikutkan, balik dari jalan-jalan selalunya malas nak masak, kan. Tapi, sebab dekat rumah ada burasak yang Sk tapau dari rumah Angah masa malam raya. Burasak ni paling sesuai jika dimakan dengan asam pedas ikan terutamanya ikan parang tapi sebab yang di rumah ni tak pandai makan ikan parang, kita masaklah asam pedas ayam. Sk masak asam pedas atau sambal-sambal sekarang guna cili kisar Abby Zam jer sebab tak ada rasa pelik. Senang sikit dah sejak guna cili kisar ni, tak payah lagi nak menggunting, mencuci, merebus dan mengisar cili kering sendiri. Tinggal bubuh bawang (kisar) aje. Sk masak asam pedas letak serai, halia dan lengkuas yang diketuk sahaja. Hari tu nampak orang bergaduh dekat thread pasal letak serai dalam asam pedas. Ada yang kata tak payah, ada yang kata letak. Tapi, kalau Sk, memang letak serai.
Sk cakap dengan Iman, nanti kahwin cari orang Bugis. Terpaling gemar makan burasak. PI terus tunjuk penumbuk. Aik, takkan nak cari orang Kedah pulak, hahaha. Satu hal PI ni, dari segi makan, kurang versatile, tak macam tekak Sk (Johorean) yang boleh terima masakan-masakan dari negeri-negeri lain. Burasak tak makan, Lontong tak makan, Nasi Kerabu tak makan, Nasi Dagang tak makan, Tempe tak makan. Dia tak tahu tempe tu sedap, lagi-lagi kalau gaul rempah sikit, goreng garing cicah sambal kicap. Tu mujurlah dah pandai makan asam pedas. Masa baru kahwin dulu, merajuk sebab Sk masak asam pedas. Masa tu Sk kata nak masak gulai, dia pun setuju. Orang Kedah kan sebut kari tu gulai, kita pulak asam pedas tu gulai, hahaha. Buka periuk tengok asam pedas, tak merajuk member, hahaha.
Untuk PI, ada ketupat palas. Ketupat palas ni beli dengan kawan office yang menjadi ejen Ketupat Palas Frozen Mokqoi. Antara ketupat palas yang sedap la Sk pernah beli. Yang ni bila kita kukus, dia elok berbungkus dalam daun tu. Pernah Sk beli yang pulutnya tersembul-sembul dari daun agaknya sebab lipat daun tak rapat dan ikat tak ketat. Tu, nasib baik kukus, kalau rebus, memang selamat laaaa.
Sk ambil ni yang jenis biasa, lemak masin. Satu pek tu beratnya sekilo, RM29. Setiap pek mengandungi antara 22 hingga 25 biji ketupat tapi Sk terlupa pulak nak mengira jumlah ketupat dalam bungkusan tu. Saiz ketupatnya tak adalah besar kecik, semua seragam. Selain tu ada ketupat lemak manis, kacang dan jagung. Kalau yang nakkan kelainan ada jugak ketupat pulut hitam dan ketupat berinti serunding daging. Haa.. ni tuari jalan-jalan kat Aeon Kulai masa bulan puasa, jumpa kiosk jual ketupat palas frozen, Sk belilah nak buat tambah-tambah. Rupanya, ada inti serunding daging. Dah PI tak suka pulak, hurmmm... cerewet betul, hahaha.
Rendang daging dah tak banyak, cukuplah untuk PI makan. Ni pun dah sibuk suruh merendang lagi. Masalahnya, bila nak merendangnya kalau hari-hari kerja, balik dah petang. Nak nak pulak lepas raya ni waktu balik dah normal, tak ada lagi balik pukul 4. Pukul 6 baru sampai rumah, memang lambertttt lagi la nak merendang, hahaha.
Selain tu, Sk masak nasi jugaklah untuk PI makan dengan asam pedas. Mana kenyangnya PI makan ketupat dengan rendang aje kan. Sk dan Iman tak apa, boleh jer makan burasak. Iman pulak tak makan ketupat palas. Sk ajelah yang tolak batu dengan kayu aje. Tu la Sk kata, tekak orang Johor ni versatile. Campak negeri mana pun dia boleh hidup ya. Macam Iman tu dah campur Kedah, makan pun memilih kadang.
Yassalammmmm.





sedapnya..tahun ni SA x makan lagi ketupat palas...eh..SA masak asam pedas memang letak serai gak..baru sedap baunya...kat kedai pun orang jual ada nampak dia letak serai...rupanya x letak pun x pe erk...
ReplyDeleteKita geng berdualah SK, makan belaka kata org Kedah. PI tu bagi geng dgn en suami kita haha... Geng nasi for life 😁
ReplyDeleteEh eh sama macam suami saya jugak. Lidah tak brp versatile 😅 dia pun tak makan tempe, padahal tempe tu sedap yakmat.
ReplyDelete