SOTONG GORENG KUNYIT VS SOTONG GORENG KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


AWAL Subuh tadi, terkejut tengok ada banyak notification di grup whatsapp kolej. Dia kalau banyak macam tu, sama ada dipenuhi ucapan tahniah (hari jadi) atau takziah (kematian). Tengok lady bos post sekeping gambar, tak download lagi gambar tapi baca caption, nama tu macam familiar. Rupa-rupanya, bekas pelajar yang baru selesai konvo akhir tahun lepas meninggal dunia. Bapanya merupakan staf dan rakan sekerja Sk cuma di bawah lain bumbung. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnn. Terkejut tambahan lagi arwah masih muda dan ditemui sudah meninggal dunia berseorangan. Tiada unsur khianat dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa dan mencucuri rahmat ke atas roh Muhammad Alif Rusyaidi bin Razali, Aminnnn YRA.


Lauk Ketam Masak Sambal yang masak hari minggu lepas dah wassalam. Ketam Masak Lemak Cili Api berbaki tiga keping. PI minta masakkan lauk Sotong Kicap. Iman kan tak makan lauk kicap, jadi dia bolehlah makan lauk lemak ni ha.


Sk keluarkan sotong empat ekor dari esbox dan rendam. Iman kata, takkan semua masak kicap, dia pun nak jugak makan sotong.


Jadi, dua ekor goreng kicap, dua ekor goreng kunyit.

Teknik masak dia sama aje, tumis bawang sampai garing kemudian masukkan sotong. Yang satu letak kicap, yang satu letak serbuk kunyit. Yang letak serbuk kunyit tu letak garam dan daun kari. Yang masak kicap tak perlu letak garam sebab kicap dan masin. Campak cili padi lima nam biji bagi kick!


Panaskan ikan patin Pais Tempoyak yang tinggal sekeping ni. Tahu tak, pes Pais Tempoyak tu, gaul sekali dengan masak lemak cili api, sedap betul. Memang matching sangat.


Ni gambar semalam, lama sungguh mengidam nak makan mee goreng Kak Sab, dari sebelum puasa tak ada.. sampai dah habis raya sebulan barulah jumpa semalam. Makan sambil cicah sambal tumis tu la, sedap. Memang tak jumpa orang lain masak yang rasa dia macam Kak Sab masak.
Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Dapnyaaaa... alamak, nak kena cari sotong jugak la nampak gaya ni 🤭 lama tak makan sotong.

    ReplyDelete
  2. kt umah ni kalo menu sotong biasa nya goreng kunyit or sambal sotong

    ReplyDelete
  3. Aduh...SA ni lapar betul ni..blom lunch lagi..kejap lagi ada kelas tajwid...berbunyi2 ha perut SA

    ReplyDelete
  4. bonda yang baik.... kalau ammi spesis nak makan, makan je taknak makan sudah hahaha. tp tulah, kalau anak sorang mungkin jadi macam SK juga kot

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!