CUTI SAKIT & MAKAN DI RESTORAN SENDJA PAGI ECO BOTANIC

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


BALIK daripada Jalan-Jalan di Hari Cuti Peristiwa sempena PRN NEGERI Johor, kelmarin, Sk top up ais dalam esbox. Senang kalau dah tambah siap-siap, pagi-pagi tinggal ceduk masuk dalam tumbler. Tengah-tengah buat ais yang baru, rasa tak sedap kepala. Sk abaikan dan bawa baring-baring sambil tengok cerita di netflix. Kepala mula rasa berpusing, masuk bilik air tengok baldi dan rak sabun bergoyang-goyang. Akhirnya, sebelum maghrib termuntah terbelahak dua kali. Mujur simpan lagi ubat pening dan muntah masa kena vertigo akhir tahun lepas.



Pagi esoknya, bangun Subuh macam biasa. Ingatkan larat nak pergi kerja tapi lepas siap gosokkan pakaian PI, rasa macam tak sedap badan semula lalu Sk putuskan untuk ke klinik. Sk beritahu doktor, Sk vertigo dan tunjukkan makan ubat yang pernah dapat sebelum ini.



Doktor kata, tak boleh sahkan vertigo atau tidak sebab bila periksa, bacaan tekanan darah agak tinggi. 

Bacaan tekanan darah normal untuk orang dewasa adalah kurang daripada 120/80 mmHg. Nombor atas (sistolik) ialah tekanan ketika jantung mengepam, dan nombor bawah (diastolik) ialah tekanan ketika jantung berehat. Boleh rujuk jadual di bawah:


Tengok bacaan, Sk tergolong dalam Hipertensi Peringkat 2. Doktor suruh pantau bacaan tekanan darah selama 5 hari untuk memastikan adakah pening kepala disebabkan vertigo atau hipertensi. Dapat cuti sakit sehari, mungkin doktor tengok Sk dah sihat la kot.


Terlanjur dah cuti tu dan rasa dah boleh jalan tegak, panjanglah langkahnya sampai ke Eco Botanic. Lama teringin nak makan di Restoran Sendja Pagi yang menghidangkan kuliner Indonesia ala-ala Nasi Padang tapi gaya modern.


Pesanan boleh dibuat dengan mengimbas qr code. Pilih menu lauk secara ala carte atau boleh pilih lauk di kaunter.


Kami pilih Set Nasi Ayam Pop.
Gemuk betul ayamnya. Dia punya tegang macam pakai botox. Tak silap set ayam pop bersama nasi ni RM18 -19. Boleh juga ambil Ayam Pop sahaja tanpa nasi.


Ambil Dendeng Daging semangkuk, RM7.90.


Kami dua beranak makan set ayam pop lain-lain. Tamak tak nak kongsi ayam pop, heheheh.


Ayam Pop datang dengan pucuk ubi yang direbus, sambal merah dan kuah santan untuk ayam. Bagi Sk sedaplah, tak mengecewakan.


Iman minum Lemon Ais.


Iman dah habis intern tapi belum dipanggil kerja. 


Sk minum Barli Panas. Kononnya sakit-sakit bagus minum air panas. Hujung-hujung dah rasa macam sinoneng, nasib dah dapat ubat baharu di klinik tadi, terus telan sebiji ubat untuk pening yang kena makan tiga kali.


Macam tak cukup jer kan makan nasi, boleh pulak pesan Set Mantao bersama Clam Salted Egg ni.


Mantao dia sedap, digoreng tapi tak ada berminyak langsung. Kuah salted egg pun sedap cuma lala dia macam tak berapa segar.


Lepas makan, singgah Beutea yang lat satu kedai dengan Sendja Pagi, Iman belanja air. Tu la tu, lupa nak ambil gambar depan kedai Sendja Pagi tu, hihi.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Allahu, bahayanya vertigo digabungkan dengan hipertensi ni, SK..dah ok ke tu... Betul kata doktor tu, kena pantau betul-betul bacaan dalam masa 5 hari ni. Rehat secukupnya ya!

    ReplyDelete
  2. Apa cerita SK sekarang? Moga khabarnya tambah baik ye. Bawa-bawa berehat. Dulu Kak Amie pun pernah alami perkara yang sama macam SK, tapi sekarang macam menjunam jatuh pula BPnya. Moga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Amin.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!