CUTI SAKIT & MAKAN DI RESTORAN SENDJA PAGI ECO BOTANIC

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


BALIK daripada Jalan-Jalan di Hari Cuti Peristiwa sempena PRN NEGERI Johor, kelmarin, Sk top up ais dalam esbox. Senang kalau dah tambah siap-siap, pagi-pagi tinggal ceduk masuk dalam tumbler. Tengah-tengah buat ais yang baru, rasa tak sedap kepala. Sk abaikan dan bawa baring-baring sambil tengok cerita di netflix. Kepala mula rasa berpusing, masuk bilik air tengok baldi dan rak sabun bergoyang-goyang. Akhirnya, sebelum maghrib termuntah terbelahak dua kali. Mujur simpan lagi ubat pening dan muntah masa kena vertigo akhir tahun lepas.



Pagi esoknya, bangun Subuh macam biasa. Ingatkan larat nak pergi kerja tapi lepas siap gosokkan pakaian PI, rasa macam tak sedap badan semula lalu Sk putuskan untuk ke klinik. Sk beritahu doktor, Sk vertigo dan tunjukkan makan ubat yang pernah dapat sebelum ini.



Doktor kata, tak boleh sahkan vertigo atau tidak sebab bila periksa, bacaan tekanan darah agak tinggi. 

Bacaan tekanan darah normal untuk orang dewasa adalah kurang daripada 120/80 mmHg. Nombor atas (sistolik) ialah tekanan ketika jantung mengepam, dan nombor bawah (diastolik) ialah tekanan ketika jantung berehat. Boleh rujuk jadual di bawah:


Tengok bacaan, Sk tergolong dalam Hipertensi Peringkat 2. Doktor suruh pantau bacaan tekanan darah selama 5 hari untuk memastikan adakah pening kepala disebabkan vertigo atau hipertensi. Dapat cuti sakit sehari, mungkin doktor tengok Sk dah sihat la kot.


Terlanjur dah cuti tu dan rasa dah boleh jalan tegak, panjanglah langkahnya sampai ke Eco Botanic. Lama teringin nak makan di Restoran Sendja Pagi yang menghidangkan kuliner Indonesia ala-ala Nasi Padang tapi gaya modern.


Pesanan boleh dibuat dengan mengimbas qr code. Pilih menu lauk secara ala carte atau boleh pilih lauk di kaunter.


Kami pilih Set Nasi Ayam Pop.
Gemuk betul ayamnya. Dia punya tegang macam pakai botox. Tak silap set ayam pop bersama nasi ni RM18 -19. Boleh juga ambil Ayam Pop sahaja tanpa nasi.


Ambil Dendeng Daging semangkuk, RM7.90.


Kami dua beranak makan set ayam pop lain-lain. Tamak tak nak kongsi ayam pop, heheheh.


Ayam Pop datang dengan pucuk ubi yang direbus, sambal merah dan kuah santan untuk ayam. Bagi Sk sedaplah, tak mengecewakan.


Iman minum Lemon Ais.


Iman dah habis intern tapi belum dipanggil kerja. 


Sk minum Barli Panas. Kononnya sakit-sakit bagus minum air panas. Hujung-hujung dah rasa macam sinoneng, nasib dah dapat ubat baharu di klinik tadi, terus telan sebiji ubat untuk pening yang kena makan tiga kali.


Macam tak cukup jer kan makan nasi, boleh pulak pesan Set Mantao bersama Clam Salted Egg ni.


Mantao dia sedap, digoreng tapi tak ada berminyak langsung. Kuah salted egg pun sedap cuma lala dia macam tak berapa segar.


Lepas makan, singgah Beutea yang lat satu kedai dengan Sendja Pagi, Iman belanja air. Tu la tu, lupa nak ambil gambar depan kedai Sendja Pagi tu, hihi.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Allahu, bahayanya vertigo digabungkan dengan hipertensi ni, SK..dah ok ke tu... Betul kata doktor tu, kena pantau betul-betul bacaan dalam masa 5 hari ni. Rehat secukupnya ya!

    ReplyDelete
  2. Apa cerita SK sekarang? Moga khabarnya tambah baik ye. Bawa-bawa berehat. Dulu Kak Amie pun pernah alami perkara yang sama macam SK, tapi sekarang macam menjunam jatuh pula BPnya. Moga kita sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Amin.

    ReplyDelete
  3. Uish... tinggi jugak tu.... Ubat jangan lupa ye

    ReplyDelete
  4. Aiiih tinggi juga kak. Istirahat yg cukup yaa. Tekanan darah saya pun sering tinggi. Tp penyebab nya Krn saya sering begadang. Tidur larut. Itupun kata dokter bisa jadi punca.

    Ayam pop nya pakai ayam broiler agaknya yaa 😄. Kalau di sini ayam pop sudah pasti pakai ayam kampung. Ini menu fav saya tiap makan di resto Padang

    ReplyDelete
  5. tinggi bacaannya tu kak...ada salah apa agaknya tu,kena cukup rehat ye kak..risau pula tengok bacaan tinggi sangat

    ReplyDelete
  6. Take care kak. Risau bab sakit-sakit ni. Semoga sihat walafiat hendaknya. Saya kalau kat rumah BP okay normal, kalau kat hospital ke, derma darah ke boleh cecah hypertensi type 2. Doktor kata saya ada white coat syndrome. Jenis nervous, begitulah dia.
    Eh eh bila dah jalan tegak dia melencong pulak ye...
    menariknya set food plating dia. Segar mata memandang tableware cerah-cerah ni. Barulah nampak easthetic. Ayam pop tak pernah makan lagi, tahu pun yang KA share bulan puasa haritu kalau tak silap. Mantou kalau goreng tak berminyak tu best. jenis ada melekat tu rasa macam tak syok nak makan.

    ReplyDelete
  7. Elok juga akak ke klinik kak, check betul-betul.. kalau tak risau kalau ada sakit lain yang kita tak tau.. moga akak segera sihat ya kak..
    Nanti nak gak laa singgah sini kalau lps balik kelas ngaji Khamis.. macam sedap ayam pop tuu

    ReplyDelete
  8. Kat blog cikgu amie tadi nampak mantou juga. Nampaknya kena cari mantou juga ni.

    ReplyDelete
  9. Moga cepat sihat SK...part bejalan lepas boleh jalan tegak tu tak tahan...

    ReplyDelete
  10. SK apa khabar hari ini? Semoga SK sudah sihat.
    Saya tergelak bila baca ayam dia tegang macam pakai botox. 😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!