Assalamualaikum WBT
BARU-BARU ni ada baca di thread kisah orang hidup berjiran ni. Ingat-ingat lupa ceritanya macam mana tapi lebih kurang laaa macam ni. Jiran A bagi keledek ke ubi apatah gitu kepada Jiran B. Lepas tu Jiran A nampak, Jiran B bakar ubi tu di tempat bakar sampah (daun pokok). Jiran A sakit hati sebab Jiran B buang ubi tu tapi ramai netizen komen, Jiran B sebenarnya bakar ubi tu, sebab itulah cara mereka bakar ubi keledek. Agaknya Jiran A pun tak tengok sampai habis, betul ke Jiran B buang ubi dia dalam tempat bakar sampah tu, hihi.

Tapi, Sk tak bakar keledek dalam tempat bakar sampah. Sk guna air fryer, belajar dari thread jugaklah ni. Selalu tengok ubi keledek bakar ni dijual di stall dalam mall tapi Sk tak pernah beli. Teringat masa kursus di Cameron Highlands dulu, Kak Min masak keledek dalam microwave. Sk bukanlah peminat keledek tapi bila tengok ramai yang kongsi berjaya buat Keledek Bakar guna air fryer, rasa nak cuba pulak. Kebetulan masa pergi kenduri di Senggarang tuari, nampak orang jual hasil kampung tepi jalan, Sk beli sebungkus keledek.
Caranya, cuci bersih keledek kemudian potong sikit di kedua-dua hujung keledek. Masukkan dalam air fryer. Setkan suhu 200°c dan panggang selama 20 minit.
Sediakan air berais dalam mangkuk secukupnya untuk keledek.
Selepas 20 minit, keluarkan keledek dari air fryer.
Rendamkan keledek dalam air berais tadi selama 1 minit.
Masukkan semula dalam air fryer. Panggang semula dengan suhu 200°c selama 20 minit lagi.
Rupa ubi selepas di keluarkan dari air fryer. Tunggu suam-suam dulu la ya, boleh tarik aje kupas kulit keledek. Sedap makan panas-panas jugak nak nak masa Sk buat Keledek Bakar ni musim hujan pulak di Tanah Jauhar.
Keledek empuk, manis berkaremel. Iman makan sikit aje, dia kata, dia tak minat. Aaaaa.. Sk pun masa muda-muda umur macam Iman ni tak minat makan keledek. Tak sangka, dah tua-tua ni minat pulak, ahaks!!
Nanti nak buat lagi, orang kata letak butter dalam keledek masa panas tu pun melting. Tapi Sk nak makan dengan kelapa parut. Maklumlah tekak orang tua, hahahaha.
Ehh sama pulakk sarapan kita.. Lin rrebus keledek pagi ni, makan 2 ketul.. lagi 3 simpan kang petang hehehe.. malas nak kuarkan AF ke oven ke, ingat nak bako tapi rebus jer laa hahahah
ReplyDeleteSenang rebus, masuk dalam air jer, hehe.
DeleteSaya dah try mmg menjadi. Sedap manis isi keledek tu.
ReplyDeleteKannn.. berkaremel jadinya.
DeleteTak pernah guna lagi AF, selalu saya kukus jer :)
ReplyDeleteKukus mesti lagi manis, kan.
DeleteSelalu keledek rebus je. Belum pernah buat keledek bakar.
ReplyDeleteBakar lagi sedap, Cie.
DeleteBoleh masak dalam air fryer rupanya. Kita macam Cie, rebus.
ReplyDeleteKalau rebus, mesti basah² kan keledeknya.
DeletePH peminat keledek. Tak kisah la warna apa mmg suka. Makan dgn kelapa parut memang sedap !
ReplyDeleteKita pulak baru tahu keledek Ungu ni isinya Oren.
DeleteYg femes bakor keledek ni kat korea. Time sejuk makan keledek Bakar ohsem. Akak suka rebus je. Cantik keledek ya. Tengah berangan nak pi ch cari keledek
ReplyDeleteUisj, sampai ke CH tu semata nak cari keledek. Alasan betul!
DeleteElok kejadian keledek bakar akak tu... nanti nak cuba jugak lah. Mungkin orang tu tkade air fryer itu dia bakar kat bawah, kat luar rumah la. macam zaman dulu-dulu tu hehehe.
ReplyDeleteMacam-macam hal tentang jiran. Tak pernah dengar pulak kisahnya. Mudah juga kan guna air fryer. Nanti boleh cuba sebab suka keledek. Air fryer tu dah lama pulak tersadai tak guna. huhu...Bagi dia bekerjalah nanti. Macam sedap tu letak butter.
ReplyDeleteKeledek rebus SA baru makan baru2 ni..antara menu diet SA..Rebus 2 batang sedang2..makan ngan salad dan telur..kenyang sampai malam...
ReplyDelete