Assalamualaikum WBT
PAGI tadi di kantin, terserempak dengan kawan dari ibu pejabat, Sk panggil En Ali. Beliau tanya, mengundi kat mana, esok? Sk jawab, Kampung Pasir. Borak sikit-sikit la pasal kenapa mengundi di Kampung Pasir, bukan di kawasan tempat tinggal sekarang macam PI dan Iman. Menutup perbualan, En Ali ucapkan Selamat Mengundi. Sk pun ucap la, untuk awak jugak. "Eh, kawan orang Melaka, belum lagi.." Aaaa.. laaaa.. baru teringat PRN (Pilihanraya Negeri) esok untuk mereka yang mendaftar sebagai pengundi di Johor sahaja. Macam En Ali, beliau tak mendaftar sebagai pengundi di Johor. Sebaliknya PI orang Kedah, tapi mendaftar sebagai pengundi di Johor. PI sendiri dah mengisytiharkan beliau sebagai bangsa Johor ya, namun Kedah tetaplah tempat jatuh lagi dikenang, gituhhh!
Kisah malam tadi, Angah belanja makan durian. Lambakan buah durian tahun ini memaksa peniaga menurunkan harga dan memang rezeki tahun ni, ramai dapat makan durian dengan harga yang murah.
Dorang semalam dinner durian jer la kot, Sk tak boleh, sebab PI kena makan ubat, jadi, kami pergi makan dulu di Mana Cafe, Ion Medini. Gambar makanan tak ambil pulak..
PI - Mee Hailam
Sk - Cantonese Kueyteow
Iman - Nasi Putih, Sup Daging Goreng
Tambah - Baby Sotong Goreng Madu
- Pau Goreng cicah Kari
Jus Nenas
ABC
Lepas makan, barulah kami ke rumah Cik Ani untuk makan durian. Tapi, Angah dah balik masa ni. Che Li tolong bukakan 4 biji durian, kami makan 3 biji jer tu pun tak habis. Kenyang kan makan kat Mana Cafe tu. Baki tiga biji yang tak habis tu, Sk bawa balik dengan kulit-kulit sebab masih dalam pangsanya.
Kisah kat rumah pulak, minggu lepas awal bulan Julai, PI beli durian lelong, 2 plastik saiz sederhana besar, RM30. Terma dan syarat pembelian, boleh letak seberapa banyak durian dalam plastik, tapi tangkai plastik mestilah boleh dicapai dengan jari-jemari dari tangan yang sama. Alaa.. tak ambil gambar pulak masa PI tunjuk contoh, bayangkan aje la ya, hehe.
Sayangnya PI tak berapa kenal jenis durian. Ada durian duri hitam jugak, kalau dia kenal, patutnya ambil semua durian duri hitam (black thorn).
Durian bercampur tapi macam dah tak fresh, tu la tu dia jual lelong. Ada pulak yang dalam satu pangsa, banyak sangat ulasnya.
Yang mana black thorn tu, Sk asingkan dengan yang lain dan makan begitu saja. Yang lain-lain tu, dua container, Sk buat serawa, makan dengan roti. Tapi, BT dia tak la sesedap BT yang mahal tu, mungkin grednya rendah sikit atau kurang pembajaan macam durian wak WP.
Vester anak bonda Mastura ni datang mengendeng durian. Dia sekor jer pandai makan durian.
Sk sedang pindahkan durian dari pangsa ke container.
Ambil seulas bagi anak bongsu.
Menyirap, dia jilat-jilat sikit lepas tu tinggal. Memilih rupanya tekak dia tak nak durian lelong. Sabar aje laaaa!
Kann Kak, banyak betul durian sekarang, nak tengok sampai tak lalu dah.. dalam ezbox ada 2 bekas belum usik, D24 dan ioi.. nak buat serawa ajaa nanti
ReplyDeleteLin kalau makan di Mana Cafe atau lepak Corner, tak lain mesti sup ekor goreng aja hehehe