MAKAN DI EAT IT CAFE

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum WBT 


MACAM kering kontang idea nak bermukadimah blog hari ini. Jadi, kita teruskan jer la kepada tajuknya, hehehe.


Kali ini, Sk nak bawa pembaca ke Eat It Cafe yang terletak di Bandar Dato Onn. Restoran ni dulunya di Permas Dan baru sahaja berpindah ke BDO ni. Macam biasa, PI merangkap penaja la yang menemukan restoran ini di TT. Itupun nak bergaduh-gaduh sebab dia kata restoran tu di Permas tapi bila Sk buka di waze, alamatnya menunjukkan Bandar Dato' Onn. Mujurlah Sk jumpa nombor telefon owner. Selepas owner beri pengesahan, barulah PI nak percaya.



Jom kita tengok menu di Eat It Cafe ni. Eat It Cafe menyajikan masakan timur dan barat. 


Pasta dan pembuka selera.


Masakan berasaskan ayam dan ikan.


Masakan berasaskan daging dan kambing, juga burger.


Makanan ruji orang Malaysia iaitu set nasi berlauk.


Menu minuman.


Boleh tahan ramai jugak walaupun tak penuh.


Sirap Bandung Soda, RM4.90
Ice Water, 80 sen
Orange Juice, RM8.90


Menu pembuka selera wajib kami,

Mushroom Soup, RM5.90
Garlic Bread, RM3.00

Mushroom Soup sedap, tidak didominasi rasa tepung. Garlic bread pun sedap.


Ox Tail Stew, RM27

Stew ekor ni datang bersama Roti Pita. Tengok rupa kuah macam sup tulang merah, rasanya sangat³ sedap. Daging pada tulang ekor pun cukup lembut dan empuk. Selain ekor ada carrot juga sebagai sayuran.



NZ Striploin Steak, RM49.90

Malam tu PI kata teringin nak makan steak. Kita layankan aje la sebab penat la nak masak steak sendiri ni. Lupa pulak nak minta mereka masak secara medium rare, ni dah jadi medium well. Walau bagaimanapun ianya tidak mengecewakan. Sos lada hitam pun tak masin. Ada mashed potatoes tu, Sk rasa mereka guna potato flakes.


Selain mashed potatoes, ada dua keping carrot dan seketul brokoli sebagai side dish.


Quesadillas, RM19.90

Tengok kulit quesadilla ni macam lempeng pun ada. Ianya sekeping tortilla yang diletakkan inti, dilipat dua kemudian dipotong empat. Intinya sedap cuma kurang herba mexico tu, ia dihidang bersama tomato salsa.


Blackpepper Grilled Chicken Chop, RM21.90

Setiap menu tu ambil masa jugak dihantar ke meja tapi tak la lambat sangat. Kita pun boleh la santai-santai makan cuma chicken chop Iman ni la lambat yang tak sikit lambatnya. Ayam tu kata PI macam kena hempap steamroll, hahaha.  Side dish chicken chop sama dengan side dish steak PI.



Tukang masak merupakan pemilik cafe sendiri dan kami diberitahu beliau masak seorang, tu yang jadi lambat. Tapi tu la, setiap masakan tu kita boleh rasa dimasak dengan bersungguh-sungguh dan penuh kasih sayang. Terserlah keikhlasan mungkin sebab kafe ini milik beliau sendiri.

Total RM143.
Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. owner sendiri yg masak...betul2 menjaga kualiti...sempoi je nama kedai...hihi..

    ReplyDelete
  2. PI memang suka makan steak ek Kak? Sebab perati rajin akak gi makan steak gan PI.. nanti nak try pulak makan steak kat sini..
    Akak yang makan jalans san sini pun takde idea, lagikan Lin ni haa.. buntu matimkutu nak update apa hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Hihi..ada je cari modal nak buat gaduh ek. PI 0, akak 1.
    Jenuh jugalah nak tunggu satu-satu makanan tapi since Chef sendiri masak dan sorang je takpelah kita maafkan sebab semua sedap kan. Cuma kurang sikitkan tang herba tu.

    ReplyDelete
  4. Lambat sikit sebab owner masak sendiri, tak apa lah asalkan makanan sedap

    ReplyDelete
  5. Setuju lambat masak sebab masak dengan kasih sayang..owner masak sendiri kan...kita nak balik JB tapi tu la..maybe awal August..8hb kot lepas suami balik kerja...

    ReplyDelete
  6. Aloloooo...gaduh-gaduh manja gitu kan.
    Tiba-tiba kita teringin nak makan mushroom 🍄 soup. Nanti nak cari mambang dulu suruh dia cari hihihi.

    ReplyDelete
  7. Adeh, penyek sangat ke chicken chop tu sampai gitu perumpamaan yg PI bagi hihi...
    Suka kalau tukang masak masak dgn bersungguh, terasa berbaloi bayar mahal² pun

    ReplyDelete
  8. Selamat menjamu selera menu kayangan

    ReplyDelete
  9. Tengok quesadilla teringin pulak rasanya. Esok la gi order kat grab hihi

    ReplyDelete
  10. Hahaha nak pi makan pun gadoh. Tapi air dia menggoda Dan makanan lagi le

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!