MAKAN DI HOUSE 89 STEAK MANSION

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


SEJAK jalan alternatif dibuka mulai 1 Julai lepas dari Setia Eco Gardens ke Taman Nusa Bayu, rasa macam satu keajaiban pulak setiap pagi dalam perjalanan ke pejabat. Dah tak ada lagi kenderaan merangkak-rangkak dari Pulai ke persimpangan Gelang Patah. Paling-paling pun berhenti tunggu lampu hijau di persimpangan Setia Eco tu. Lepas tu boleh luncur terus sampai Sekolah Memandu. Harap ini bukan mengampu penduduk semata la ya, sebab sabtu ni kan kami orang Johor nak be'raya', ahaks! Nampaknya raya orang Johor kali ni panjang betul, bukan sampai raya haji lagi tapi sampai bulan Muharam. Sikit lagi nak masuk bulan Safar ni haaa.. hehehe.



Baiklah, sempena tamat intern, Iman kata, reward la dia atas segala usaha, tungkus lumus menghabiskan pengajian dalam Program Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia) Dengan Kepujian selama 4 tahun di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Dalam tempoh tersebut, Alhamdulillah, tak ada sangkut-sangkut, jalan terussss sehinggalah Iman menamatkan internship di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri selama satu semester (5 bulan) pada 3 Julai lepas. Laporan internship semua siap dihantar pada hari yang sama. Aaa.. sekarang dah tak ada lagi nak kena buat hard cover, semua dalam bentuk softcopy dan dihantar secara online.



Sk membuat carian di thread, restoran-restoran dalam JB yang menawarkan steak, lalu beberapa restoran yang kebanyakannya kami pernah pergi. Ramai jugak yang mencadangkan House 89 Steak Mansion yang terletak di Bandar Dato' Onn ni yang mana kami belum pernah pergi lagi.  Jadi, malam sabtu lepas, kami ke sini.



Sebaik sahaja sampai di pintu utama, seorang staf terus menyambut kami dan bertanyakan bilangan tetamu. Ada dua meja kosong empat kerusi di lot pertama restoran, kami memilih meja di hadapan kitchen terbuka.



Boleh nampak chef masak dari dinding kaca ni. Makanan yang dah siap akan dihulurkan melalui tingkap kaca sliding. Dekat sini ada kaunter untuk staf letak sos dan sebagainya sebelum dihantar ke meja pelanggan.




Tomahawk Wagyu adalah potongan stik premium yang menggabungkan potongan daging lembu wagyu (dari bahagian ribeye) dengan tulang rusuknya yang masih utuh dan panjang. Ia dipanggil tomahawk kerana bentuknya yang menyerupai kapak tradisional orang asli Amerika (tomahawk). Ia sangat popular kerana saiznya yang besar, sangat lembut, dan mempunyai corak lemak putih halus (marbling) yang mencair ketika dimasak. Ini memberikan rasa mentega yang sangat lazat, berjus dan tekstur yang cair di dalam mulut.

Potongan daging ini diambil dari bahagian tulang rusuk keenam hingga kedua belas lembu. Tulang yang dibersihkan sepenuhnya berfungsi sebagai pemegang semula jadi semasa dimasak dan dihidangkan. Untuk mendapatkan rasa yang optimum, stik gergasi ini biasanya dibakar dengan teknik reverse sear (memasak perlahan di dalam ketuhar sebelum dikemaskan dengan rentung yang tinggi di atas kuali) bagi mengekalkan kelembapan dan jus dagingnya. Disebabkan beratnya yang sering mencecah 1.5 kilogram atau lebih, ia dianggap sebagai stik mewah dan sering dikongsi beramai-ramai.



Bolehlah pilih-pilih tomahawk mana yang berkenan di poket. Dia dah letak harga siap-siap, senang nak bajet. Tapi.. kami tak ada bajet, hihihi.



Daging Wagyu dari Jepun.

Daging Wagyu Jepun merujuk kepada lembu premium yang diternak di Jepun, terkenal dengan marbling (jaluran lemak) yang tinggi, tekstur yang sangat lembut, dan rasa yang cair di dalam mulut. Gred tertinggi adalah A5, diimport dan dihidangkan secara meluas sebagai stik atau hirisan nipis.



Daging Wagyu dari Australia

Daging Wagyu Australia terkenal dengan gandingan kualiti marbling ala Jepun dan rasa lembu yang lebih mantap. Di Malaysia, potongan seperti Striploin, Ribeye, dan hirisan shabu-shabu (Gred MB4 hingga MB9) mudah didapati secara dalam talian dengan harga bermula sekitar RM30 hingga ribuan ringgit.



Pilihan minuman

PI - Lemonade Juice, RM7.90
Sk - Mixed Berry Punch, RM14.70
Iman - Iced Red Velvet Latte, RM17.90



Topik apa yang asyik dibincangkan PI ni tak habis-habis?



Saja nak mengelat malam tu. Rugi pulak datang tempat macam ni minum ais kosong. Ternyata, pilihan yang tepat la, Mixed Berry Punch ni, rasa dia masam manis dengan buah blueberry segar.



Maaf, senget pulak gelas ni dalam gambar, haha. Tak sedap eh Iced Red Velvet Latte pilihan Iman ni, rasa ubat, huhu. Mungkin ia gunakan flavour red velvet. Ada perisa makanan/ minuman brand tertentu yang ada rasa ubat.



Caesar Salad, RM18

Daun selada romaine yang dipotong kasar digaul bersama potongan roti kering (croutons) yang dibakar rangup dengan sedikit minyak zaitun dan herba. Salad ini ditaburi keju parmesan yang diparut halus. Proteinnya merupakan telur rebus dan hirisan bacon panggang (dari lembu). Dressingnya kaya rasa minyak zaitun dan jus lemon.



Creamy Mushroom Soup, RM15

Sup Cendawan Berkrim datang bersama sekeping roti bawang putih. Supnya sungguh sedap, pekat dan berlemak serta sarat rasa cendawan. Rasa dia tu, benar-benar dimasak dari dapur bukan dari kilang (sup cendawan dalam tin).



Pilihan PI, Premium Black Angus Striploin, RM100

Daging ni pilih dari peti tadi la ya. Pilihan masakan, Medium Rare. Cepat jugak ia dihidangkan ke meja, datang bersama kentang goreng yang garing dan gebu serta sos berkrim dan sos lada hitam serta salad. Daging dia tu, bagi Sk, biasa aje la, mungkin sebab PI bagi rasa tu bahagian daging penuh. Daging tu jadi macam medium well pun ada, bukan medium rare. Sos lada hitam dia tu masin, PI minta buatkan yang baru, dah okey, tak masin. Masa balik tu, PI cakap sosnya cair tak berkrim. Aaa.. Sk perasan jugak, bila dia ganti sos tu macam cair sikit warna dia. Pada fikiran Sk, dorang guna sos yang sama, tambah air untuk kurangkan masin, bukan buat sos lain. Mesti dorang dah buat sos tu banyak terus. Ingat ada masa ke nak buat sos satu-satu untuk setiap hidangan macam babak dalam filem Indonesia, Luka, Makan, Cinta. Dalam filem tu, setiap kali ada pesanan steak, mesti chef buat sos baru, lepas tu terlebih masin la, kurang lada hitam la, hihi.



Spice Grill Lamb Shoulder, RM53

Iman yang beriya nak makan steak tu, tak jadi, sebab dia kata mahal sangat. Lahhh, ambik aje la, baru seratus, kata Sk, ahaks. Tak nak, mahal.. takut Yaya, kata Iman. Jadinya, dia pilih menu lamb shoulder yang ada dalam menu.



 Kambing diperap bersama rempah dan dipanggang ni datang bersama kentang dan salad serta sos minted green pea. Sos pudina tu, sedap betul tapi kambingnya macam garing sangat. Kambing pulak dipotong nipis, jadi bila dipanggang, ia kurang berjus dan agak kering. Bagi Sk, agak mengecewakan, kesian Iman, dahlah tak dapat makan steak, dapat kambing pulak tak capai KPI.



Pan Seared Salmon Fillet, RM50

Pan seared (atau pan searing) adalah teknik memasak daging atau ikan di atas kuali leper dengan sedikit minyak dan suhu api tinggi dalam waktu singkat. Tujuannya adalah membentuk lapisan luar yang renyah dan berwarna kecoklatan (crust), sambil mengunci kelembapan di dalam agar tetap lembut dan juicy. Teknik ini paling sesuai untuk memasak ikan salmon agar dapat memastikan isi ikan tetap lembut dan berjus



Tengok pada saiz potongan ikan, boleh bayang berapa besar ikan salmon ni. Perahkan dahulu lemon kemudian tuangkan sos krim lemon di atasnya, hidangan ni sungguh sedap. Dressing salad pun sedap. Hidangan ini datang bersama mashed potato.



Tenang-tenang jer makan kat sini, maklumlah restoran T20. Orang T20 ni selalu berbual berbisik-bisik jer. Kami pulak jenis cakap kuat-kuat macam ada speaker dalam mulut, hahaha. 


Dahlah PI tu suka makan sambil borak lepas tu gelak besar-besar. Nanti, kita cakap syhhhh, dia terus ketawa macam Aziz Sattar dalam filem Ali Baba Bujang Lapuk.



Selfie satu kali buat kenangan. Sk suka makan kat sini sebab suasana dia tu tenang. Staf dia pun sangat friendly, sentiasa senyum dan pantas bila kita perlukan sesuatu. Cuma tu la, mungkin chef kena praktis lagi teknik memasak daging dan kambing tu.



Mula Sk ingat nak belanja tapi masa dalam perjalanan tu, bunyi macam PI yang nak belanja dan memang dia bayar. Alhamdulillah.. selamat duhet Sk, syukurrrr.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Sedapnya steak.. Lin nak pergi makan kat Beard tu tak pergi lagii.. Laki tak berapa suka, asyikk nasi padang jerr..
    Iman sama macam Yana, kalau tgk harga mahal, dia tak jadi amik, tapi lain gan Maknya, nampak mahal, lagi pulak kalau Laki belanja, bedal terus tutup mata makan hahahahaha..

    ReplyDelete
  2. bagusnya Iman..kalau DakPia pantang pelawa..hahaha

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!