MASAK LAMB RACK UNTUK DINNER

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT


PERTAMA kali menikmati Rack of Lamb semasa menghadiri Majlis Resepsi Shazreen dan Arfan awal bulan Jun tu membuat PI teruja untuk memasak sendiri hidangan tersebut. Dia bukan pasal tak cukup atau tak puas makan, tapi PI ni dia suka bereksperimen. Masalahnya, kalau dia sorang nak bereksperimen tak apa, diajaknya kita pecah kepala otak sama-sama. Meratib la hari-hari nak cari rusuk kambing. Tu la tu sampai pergi makan Godfather Platter di KAWD dan Bob's Buffet Grill di Bob's Grill tapi kan semua tu tak ada rusuk kambing jugak. Jadi, masih tak capai matlamat dia, lepas tu nak yang masak sendiri.



Rusuk kambing di Jaya Grocer ni dah dipek siap-siap bersama daun rosemary. Rosemary merupakan herba paling sesuai untuk memerap kambing. Harganya RM120.90/kg. Ni dia dah pek porsi seorang makan, setiap pek ada dua keping lamb.



Setiap keping bahagian rusuk ni anggaran RM10+. Murah jugak la kan tapi Sk cakap dengan PI nanti kita beli dekat Lee Fandbee jer la, mesti lagi murah kot dekat situ.



Memang betul, di Lee Fandbee harga sekilo rusuk kambing baru RM75.19. Cuma, dia tak siap pek la, tapi kita boleh minta dia potongkan sekeping-sekeping bahagian tulang rusuk tu. 



Dah siap potong, dapat 9 keping. Tengok harga, macam lebih kurang kat Jaya Grocer, anggaran RM10+ sekeping, kan. Tapi kambing dia tebal-tebal la masih banyak daging. Dekat JG tu dia dah trim nipis dan daging di bahagian atas tu dia dah buang untuk menampakkan tulang.



Aaa.. macam ni. Masa ni rupa dia hanyalah macam sekeping daging kambing atau biasa kita sebut lamb shoulder.



SK hiris daging bahagian atas tu untuk menampakkan tulang, barulah nampak rack of lamb, gitu. Daging yang Sk dah hiris-hiris tu la Sk masukkan dalam nasi goreng yang Sk cerita sebelum ni. 



Tugas memerap diserahkan kepada PI. Bahan utama perapan adalah rosemary, garlic powder, garam dan lada hitam serta minyak zaitun. Rasa PI letak jugak mixed herbs. Ni semua perap guna ready made yang dalam botol jer. Tapi kalau betul, cara masak Rack of Lamb ni dia masak seketul besar terus, kan. Nak hidang baru potong sekeping-sekeping.



Sk cakap dengan PI, masak kambing dulu, nanti sementara rehatkan kambing, baru buat side dish. Eh, dia buat side dish dulu pulak.


Side Dish

Sauteed Asparagus & Mushroom
Baby Potato & Tomato Cherry 
Brokoli
Italian Salad (beli ready to eat)



Lepas masak semua side dish tu.. PI kata, tak larat dah nak masak kambing. Tiberrrrr... Kita pulak kena sambung masak???? Memang kena banyak bersabar dengan anak mak mentua ni ya. Baru dia tau masak tu penat!


Cara Sk masak lamb rack:

1. Panaskan pan, letak lamb, biarkan garing sikit.

2. Terbalikkan lamb, masukkan butter dalam 3 kiub dan bawang putih. 

3. Curahkan butter yang cair ke atas lamb. Masak sehingga kedua-dua bahagian sedikit garing.

4. Pindahkan lamb ke dalam air fryer. Set 180°c, panggang dalam 10 minit.



Kemudian, keluarkan lamb dan letak atas papan pemotong.



Tutup dengan aluminum foil. Tutup longgar sahaja, tak perlu balut. Tujuannya supaya kambing tidak berair dan kekal lembab serta tidak sejuk bila kita nak makan. Ni semua Sk belajar dengan google 😆.



Sementara tunggu lamb direhatkan, suruh Iman plating side dish. Dia siang tu pergi tengok wayang, Toy's Story, dah dia plating macam kartun pulak.



SK buat sos lada hitam. Senang jer buatnya, baki-baki perapan dari kuali yang panggang kambing dan buat sauteed vege tu, masukkan dalam pan kecik dengan sos bbq, tambah lada hitam tumbuk kasar, panaskan sampai mendidih. SK buat jugak sos Minted Green Pea tapi macam tak menjadi, gambarnya pun lupa ambik, hihi.



Makan sorang dua ketul. Kenyang sungguh sebab side dish banyak, kan. Eh, baru perasan, Minted Green Pea Sauce tu ada kat tepi asparagus. 



Kambing empukkkk sangat, langsung tak sakit gusi mengunyah. Eiii.. rasa nak repeat!! Tapi tu laaaa.. penatnya masak. Nak cuci kuali dan perkakasnya lagi. Nak makan kat kedai, mahal nak mampus!!!


Italian Salad tu makan sikit aje, bawa pergi office dua kali untuk sarapan, tambah telur rebus, letak Thousands Island dan serbuk lada hitam.



Kerja-kerja melupus, panaskan lamb rack yang berbaki lagi tiga ketul, bawa pergi office untuk lunch. Dengan side dish tu tinggal brokoli, baby potato dan tomato cherry. Burppp.. Alhamdulillah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Plating tu comel...sedap kak nengoknya...

    ReplyDelete
  2. Agaknya sebab tu mahal kot. Renyah jugak nak membuat lamb rack tu 😅

    ReplyDelete
  3. aduhai ujian betul pagi ni masuk rumah kak SA tengok beriani kambing,datang rumah akak tengok lamb rack pula...huwaaa semuanya menggoda

    ReplyDelete
  4. Betul sangat Sk, kalau beli kat Lee Fandbee memang selalunya dapat lagi murah dan berbaloi dagingnya tebal. Untung Sk rajin trim sendiri bagi nampak tulang rusuk tu, barulah vibe ala restoran mewah! Kreatif betul Iman plating, comel sangat macam orangnya...memang nampak sedap betul lamb rack tu Sk, juicy sangat tengok gambar. Berbaloi penat memasak kalau hasilnya empuk..tunggu dapur kita siap erk..hahahah

    ReplyDelete
  5. Dah boleh bukak restoran nie SK..sedap akak tengok

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!