Assalamualaikum WBT
BALIK dari window shopping di KTCC Mall Kuala Terengganu, kami terus menuju ke rumah abang PI, Na'E di Tok Jembal. Bagi yang baru mengikuti blog Sk ni, Na'E tu maksudnya, Abang E. Na tu merujuk kepada 'abang'. Dalam family PI, panggilan untuk abang ialah Nana dan Mamak untuk Pakcik. Tapi, mereka sebut suku kata yang akhir sahaja iaitu:
Nana (Abang) - Na
Mamak (Pakcik) - Mak
Macam PI, anak-anak saudara panggil Mak Ijai. Tak adalah adik-beradik yang panggil Na, sebab PI anak bongsu, hehehe.
Sampai rumah Na'E, tengok Kak Roz tengah sibuk menyediakan mi goreng untuk makan malam. Kak Roz tak silap dah sampai semalamnya (Rabu). Kak (kakak ipar sulung) dan Kak Shida (biras, balu arwah Na'Man) dah seminggu berkampung di KT selepas kenduri di Temerloh. Lepas makan sikit mi yang Kak Roz masak dan sembang-sembang, kami pun balik. PI singgah Speedmart beli rxxxx dan Sk buka galeri tengok file screen shot. Sk suka save perkara menarik di medsos mengenai tempat makan dan jalan-jalan, senang nak cari balik dan terjumpalah ....

Nostalgia Studio Jalan Ampas ni... yang terletak di Tok Jembal jugak. Aaa.. nasiblah teringat nak tengok gambar apa yang Sk simpan di file screen shot tu. Memang dah dekat sangatlah, Sk pun ajak PI cari tempat ni. Nostalgia Studio Jalan Ampas atau dikenali juga sebagai NOSJA ialah sebuah lokasi tarikan pelancong dan medan selera berkonsepkan retro klasik era 1960-an. Ia terletak di Dapo Pata, Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, yang membawakan suasana nostalgia zaman kegemilangan filem Melayu klasik P. Ramlee dan Studio Jalan Ampas Singapura.
Hiasan persekitaran, gerai dan papan tanda di NOSJA ini berunsur seni bina serta estetika lama dan menempatkan pelbagai gerai jualan makanan, minuman serta produk tempatan. NOSJA tidak dibuka setiap hari, ia cuma beroperasi pada hari Khamis hingga Sabtu, dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam.
Siapa yang tengok filem Ali Baba Bujang Lapok mesti tahu ini pintu apa, hahaha.
NOSJA ni dibuka pada 27 Jun 2025, kira-kira dah lebih setahun jugaklah ianya dibuka dan menjadi tarikan di Tok Jembal pada setiap hujung minggu.
Rumah Janda Normah, hahaha. ni dari filem apa, cuba ingat?
Bawah khemah ni disediakan kerusi meja untuk pelanggan menjamu selera.
Indah nian istana bunian puteri bunian manis menawan
Indah nian istana bunian puteri bunian manis menawan
berat rasa nak ku tinggalkanlah sayang
kerna hati dah tertawan
bagai bulan jatuh di tangan wahai puteri sri bunian
bagai bulan jatuh di tangan wahai puteri sri bunian
Aaaa... seram tak?
PI di Kedai Jajan. Ada tikam-tikam tau kat sini.
Bagi menampakkan ciri-ciri macam zaman dahulu, kawasan ini tidak diturap simen cuma ada hamparan pasir pantai. Harapnya tak adalah taik kucing, hihi.
Warung Pak Belalang. Yang kelakar dekat tepi tu memang ada pekerja tengah kikis bontot kuali tapi Sk tak teringat nak ambil gambar. Sebenarnya badan dah letih sangat, tu macam malas nak ambil gambar sebab dah jalan ke depan baru perasan dan malas nak patah balik.
Amran si penarik beca tak ada, dah budak-budak pulak naik beca.
Takut jugak lalu sini.. cobaaaannnnn!
Sebenarnya terliur baca Lempeng Kelapa tu. Boleh cicah kari ayam, sambal bilis atau gula. Kalau nak ayam (isi) kena tambah RM2. Tapi, PI tak nak makan kat sini. Dia kan memang memilih tempat makan.
Jadi, kami take away dessert jer la di Dapur Saloma ni. Beli tiramisu dan apatah sebiji lagi nama makanannya, lupa pulak, hahaha. Lepas tu, terus balik ke hotel. Menariknya di Raia Hotel KT tu, ada kopitiam di lantai bawah.. jadi, kami makan di situ laa. Tu nanti Sk blog lain.
Cerita pagi esoknya, lepas sarapan buffet di hotel, kami terus ke Pasar Payang. Selalu baca orang cerita, susah nak cari parkir di Pasar Payang. Sk pulak, sebelum ni kan dua kali beraya di KT, tak adalah pulak susah nak cari parkir. Rupanya sebab masa tu raya, orang tak ada sangat, semua sibuk beraya barangkali. Kali ni, jenuh ya, tiga kali pusing, baru dapat parking. Tu pun, jauhhhhhh! Sakit lutut dan buku lali menapak!!
Kami dapat parkir berdekatan dengan bangunan pasar basah, jadi jomlah tengok ikan-ikan dulu. Masuk-masuk jer nampak sotong ni.
Besar-besar tapak tangan. Sotong ni sedap ya, isi dia tebal berdaging. Ada yang panggil Sotong Katak.
Besar bas ikan ni. Tak tahu nama ikannya dan tak bertanya dengan peniaganya. Yang sekor tu kecik sikit, mungkin anaknya, hehehe.
Sotong besar lengan ni RM34 jer sekilo??? Besar lengan Sk ya, bukan lengan budak. Ni sekor pun agaknya dah sekilo.
Kalau yang nak tanya-tanya tu, bolehlah telefon nombor yang tertera pada poster ni. Segor setiap hari!
Dari pasar basah, kami ke bahagian yang menempatkan makanan tradisi Pantai Timur seperti keropok ikan, jeruk, sambal dan pelbagai jenis makanan berasaskan pulut. Sk tak beli la, tengok aje. Nanti bukan dimakan pun, Sk sorang jer yang makan nanti, tu pun sebab sayang dah beli.
Pelbagai jenis dan bentuk keropok kering dan keropok basah, sos, budu, kekacang dan jeruk. Tengok ajelah, Sk bercadang nak beli keropok basah jer tapi tak bolehlah beli awal sebab lagi tiga hari nak berkampung kat Ganu ni.
Dari bangunan pasar basah kami ke kompleks atau bangunan Pasar Kedai Payang ni. Dua kali Sk ngelak ambil gambar abang baju hijau ni tapi dia lalu lambat pulak sebab dia nak bergambar dengan apa nama tu, Kimono ke apa? Masa nak taip ni la tak ingat namanya. Ah, malaslah nak google.
Hilanglah sakit kaki sebab nampak banyak kedai emas, hahaha. Sk berhajat nak beli cincin dekat sini buat kenangan hasil dari simpan duit sarapan yang PI beri setiap hari bekerja. Tahun-tahun sebelum ni, Sk guna beli srapan, tahun ni sajalah nak simpan, tengok-tengok macam boleh beli emas, hahaha.
Sk dah berkenan dah dengan satu cincin tu untuk pakai harian tapi staf dia kata, tu tak boleh pakai harian, sebab kosong. Kosong la sebab bajet Sk tak sampai seribu pun, hahaha. Ah, menyampahlah, dahlah cincin-cincin yang ada pun semua tak boleh pakai harian. Sk cari cincin belah rotan tak ada pulak yang jenis licin, semua nampak oldskul. Iman kata, kita cari kat Johor jer la bonda.
Iman kata nak beli penanda buku kat sini. Tapi, mak aih, mahal-mahal semua. Tak jadilah Iman beli. Begitulah jika tak berwang sangat, semua nak kena ikut bajet, hehehe. Jadinya, kami terus naik ke tingkat atas, nak cari kaftan.
Tengah-tengah nak memilih, Sk disapa seseorang. Sk terus terjerit, bolehlah pulak terserempak pengantin dekat sini, hahaha. Menurut Nadia, mereka dah sampai sejak semalam dari Temerloh.
PI berbual dengan ayah Nadia. Sk masuk dalam jumpa mak Nadia. Pekedai tu pelik dan tanya, hubungan kami. Sk cakap, sayaaaa.. biras besan puan ni, hahaha, Kitorang punya borak tu macam kitorang pulak yang berbesan, hahaha.
Sk beli dua helai kaftan jer, RM15 + RM35). PI boleh pulak beli sampin sampai RM300 ya. Sk cakap PI kena mandrem, hahahaha. Disebabkan PI dah beli sampin sampai RM300, Iman cakap, apalah sangat belanja Yaya baju RM95. Yassalammmmm. Babah belanja baju, Yaya belanja air, hahaha.. bijak!
Hilangkan penat di medan selera Pasar Payang sebelum balik. Nak makan, masih kenyang lagi. Ni kalau tak ikutkan kenyang dan tak tahu nak makan bila, nak aje Sk tapau macam-macam makanan. Semua nampak sedap dan entahlah bila nak datang sini lagi, kan. Kena tunggu si bujang sorang lagi tu kahwinlah pulak agaknya, kan, hihihi.
Kakk, menariknya tempat studio Jalan Ampas tu.. nostalgia betullah. Kita duk terbayang Retna, dia sukalah kalaunjenis tempat camni hehehehe.. ehh one day nak singgah laa, berkenan betuul konsep dia..
ReplyDelete