Assalamualaikum WBT
HARI ini dah masuk minggu ke 4 dan minggu akhir bekerja di bulan Ogos tahun 2026. Esok pula merupakan cuti umum sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, tapi tak semua la yang ambil cuti maulid ni, kan. Iman pun tempatnya kena kerja esok. Bertabah ajelah Iman. Di Malaysia ni, setiap syarikat wajib pilih 11 hari cuti umum dan mungkin dah cukuplah tu cuti umum yang dipilih oleh syarikat. Kalau tempat Sk dan PI ni, semua cuti kami balun, hehehehe. Walaupun esok cuti, tapi hari ini tak la pura-pura kerja. Kerja pun banyak, pagi-pagi tadi pun Sk dan beberapa rakan ada perjumpaan dengan Bos Besar, tu la tu lambat sikit mood datang untuk berblog. Lepas makan tengahari tadi, barulah rasa otak ni boleh berfungsi, hihihi.

Baiklah, cerita pasal makan pulak, kali ini, Sk nak bawa pembaca ke Restoran Rumah Laksa Enam Bintang yang terletak di Kempas. Lama jugak dah tahu tentang kewujudan restoran ini tetapi sentiasa tak kena waktu pulak. Restoran ini pula hanya dibuka pada waktu petang sehingga malam dan lokasinya tu, Sk tak berapa nak cam, risau ke dalam sangat, nanti datang malam, tak nampak jalan.
Rupa-rupanya, lahhhh.. dekat dengan tempat kerja Iman ni, hehehe. Dia dekat dengan Starhill Resort dan Bricks, tempat event orang kahwin. Orang JB tahulah di mana Starhill tu, kan.. kalau orang luar JB tak tahu pun, boleh jer guna waze. Kami ke sini Sabtu lepas, hari tu Iman dan PI ada urusan di Kulai. Pukul 2.30 kami keluar rumah. Dari Kulai, waze beri arahan masuk lebuhraya Johor Bahru dan keluar di Seelong/ Senai.
Seorang staf yang sangat manis dan sopan datang menghantar menu ke meja dan terus menunggu dengan sabar untuk mengambil pesanan. Hari sabtu tu, kan.. (nak cerita sikit), pagi-pagi tu Sk dah keluar tapau sarapan, setiap seorang sekeping roti telur dan roti kosong. Kemudian Sk tapau terus makanan untuk tengahari, nasi lemak untuk PI dan Lontong untuk Iman dan Sk sendiri. Balik dari Kulai tu, punyalah lapar.. jadi, macam-macamlah kami pesan dekat Rumah Laksa ni, hihihi.
Rumah Laksa ni juga dikenali sebagai Rumah Karat atau Pasar Karat sebab banyak koleksi barang lama. Kebanyakannya barang lama yang moden. Maksid Sk, barang-barang tahun 70-an hingga 90-an.
Rumah siapa dulu-dulu ada gerobok lauk ni ya. Sk rasa, rumah Sk tak ada. Rumah Nenek Ayah ada. Nenek Ayah tu ialah atok Sk (bapak ibu). Dekat sebelah ibu, datuk dipanggil Nenek Ayah, nenek pula dipanggil Nenek Umboi. Nenek Umboi meninggal masa Sk dalam umur 6 tahun, Nenek Ayah meninggal masa Sk tingkatan 1.
Hiasan dinding dan tempayan lama serta piring hitam digantung di dinding. Iman kata, dulu selalu nampak lukisan pemandangan macam tu dekat rumah Tok Usu. Ialah, dulu Tok Usu kan pelukis. Bakat melukis tu diwarisi oleh anak-anaknya dan tiba-tiba Sk pun ada bakat melukis, dorang kata dapat dari Pak Usu, hahaha. Padahal, tak ada kena mengena, kan.. sebab Pak Usu tu adik ipar ibu. Tapi tu la, bakat melukis pun dah berkarat dah sebab tak diasah dan ditinggalkan terus lepas habis sekolah.
Projektor, telefon, pemain piring hitam dan pembesar suara.
Mesin jahit goyang kaki. Kaki mesin jahit pulak dijadikan kaki meja di luar restoran.
Kalau datang malam, bolehlah makan dekat meja luar ni.
Soto Mihun untuk PI. Ada bergedil sebiji dan suhun goreng pun ada. Walaupun kuah soto kurang berempah, tapi taklah macam sup. Paling power dia punya Sambal Kicap ya.
Sk pesan Laksa Johor (double). Mana cukup kan spaghetti satu chap, kena dua chap baru kenyang, fikir SK la. Padahal satu chap tu pun dah cukup sebenarnya, sebab satu chap dia banyak ya. Kuah laksa sedap, berasa rempah ratusnya, ni bukan enam bintang lagi ya, 10 bintang Sk bagi!
Iman cakap, kita kan dah makan banyak kat rumah, kenapa lapar ek? Memang la pun sebab dah dekat pukul 5 petang masa ni. Iman makan Nasi Ayam Gepuk.
Ayam dia whole leg. Garing di luar, empuk di dalam.
Sekarang ni, sana-sini banyak jer kedai-kedai jual Ayam Gepuk, termasuklah kopitiam dan kedai mamak pun dah ada jual Ayam Gepuk. Ialah, menu ni bukan banyak bahan pun dan kebanyakannya memang ada di kedai. Kelainannya cuma ada kacang gajus tu la kan.
Jemput-jemput kat sini pun sedap ya. Ia datang dengan sos homemade. Ni bila pelanggan pesan, baru dia goreng la, panas-panas sampai ke meja.
Tauhu Lentok.. memang melentok-lentok sebab dia guna tauhu lembut celup telur dan digoreng. Ada timun, carrot dan sengkuang yang disagat halus dan dicurahkan kuah rojak yang cair serta taburan kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk kasar. Syahduuuuu.
Sk ada pesan Tempe Goreng jugak, tapi habis. Nasibbbbbb baik, sebab dah kekenyangan sangat penangan makan Laksa Double, hahaha. Kami take away Laksa Penang jugak untuk PI makan malam, sebab malam tu, Sk dan Iman pergi Senai, Angah ajak makan-makan. Total termasuk minuman, Sirap Bandung, Barli dan Limau Ais, RM84.
Luas kawasan parkir di hadapan restoran. Ni tempat cuci tangan, disediakan di luar restoran.
Kena cedoklah airnya tapi. Nanti nak repeat la, tapi nak datang malam pulak, sejuk sikit, heheheh.
Teringat tauhu bakar..kuah dia mcm tauhu lentok tu rasanya...lama benor x makan...
ReplyDeleteMenarik betul konsep Rumah Laksa ni, penuh barang-barang nostalgia. Terus teringat rumah atok-atok kita dulu bila tengok gerobok lauk dengan mesin jahit tu. Tempat makan santai macam ni memang best lepak petang-petang..SA kalau balik kempas x pernah jumpa tempat ni...boleh la ajak suami nanti
ReplyDeleteHihi..syoklah kalau company balun semua cuti. Kita pun senang hati gitu. kann...
ReplyDeleteMengimbas nostalgia sungguh la makan kat sini ek. Macam-macam perhiasan barang lama ada. Baru tahu ada bakat melukis tu. Lepas ni bolehlah flex sikit. hihihi...
Banyak betul jenis mesin jahit lama yang dipamerkan.
Aduh, tergoda betul tengok soto macam ni. Confirm sedap. Kita suka soto nasi impit. Sambal kicap kena power baru syok makan.
Wahh menang Laksa Johor dia ek. Full mark terus.
Semua serba sedap ek. Pertama kali dengar menu lentok. Macam tauhu bakar rupa dia.
Tempat basuh tangan pun kaedah tradisional juga ye.
Menarik tempat ni.. banyak koleksi dolu² hehe...
ReplyDeleteAlmari lauk tu rasanya rumah Cie dulu ada masa kecik ingat2 lupa.
ReplyDeleteAlmari pinggan lama dan gerobok lauk tu, rumah arwah opah saya ada. Menarik betul deko kedainya, SK. Wah... akhirnya jumpa laksa johor syedap, ya. Boleh repeat la, lain kali. Tempat basuh tangan pun old school sangat. Hehe..
ReplyDeleteSuka betul vesi antik Rumah Laksa ni! Sambil makan laksa, dapat cuci mata tengok koleksi nostalgia 80-an/90-an.
ReplyDeleteBila akak kata semua sedap termasuk Laksa Johor tu, makanya Lin akan usahakan nak pergi juga sini makan...
ReplyDeleteKak liiiiiin macam mana kalau nanti kita coba makan siniii hahahahahha. Saya langsung tertarik pas baca laksa Johor nya. Sampai kak SK pun kasih 10 bintang hahahahah 😍😍🤣. Sedap sangat lah tuh.
DeleteTempat pun uniiiik. Sukaaa lah liatnya, vibe klasik dapat sangat