Assalamualaikum WBT
TENGAHARI tadi terkejut baca whatsapp dari bos dalam grup besar, bekas rakan sekerja kami, Ali, baru sahaja disahkan mengidap kanser sarcoma tahap 4. Symptomnya, migrain hampir sebulan dan bila dibuat pemeriksaan mendalam pada awal bulan Julai lepas, didapati ada ketulan-ketulan dalam kepala. Dan semalam, baru dapat keputusan yang ketulan-ketulan itu adalah kanser dan tak sangka dah tahap 4. Begitu cepatnya kanser merebak. Ali masih muda dan anaknya pun masih kecil lagi. Sedihnya, semoga Ali dan isterinya tabah dengan ujian ini. Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan beliau dan dipermudahkan segala urusan rawatannya.
Baiklah, kali ini ole-ole dari selatan membawakan pembaca ke Restoran Sang Gerai yang terletak di Bandar Baru Uda. Restoran ini dulu dikenali sebagai
Grand Chicken Rice dan kini bertukar menggunakan nama Sang Gerai. Unik nama baru pilihan mereka. Sk tak pasti sebenarnya, pemilik yang sama atau sudah bertukar pengurusan sebab kebanyakan menunya sama.
Antara penyebab Iman suka nak makan nasi ayam kat sini sebab sambalnya free flow atas meja. Ada jer tempat lain yang bagi sambal free flow tapi sekejap-sekejap kena minta, tu segannnn.
Memang tujuannya datang ni nak makan nasi ayam. Kami ambil set kombo nasi ayam yang mengandungi nasi ayam, taugeh, pie tee dan minuman.
Minuman tu kami pilih Teh O Ais. SK lupa la pilihan minuman yang lain untuk set kombo ni. Harga tak silap, RM18.80. Resit dah campak mana tah, heheh.
Tiada salad, cuma ada dua hiris timun, sehiris tomato. Nasi tu banyak jugak semangkuk, ngam portion makan seorang. Kalau yang tak kuat makan tu mungkin tak habis kot. Dalam sup ada dua ketul wantan. Makan letak sambal banyak, memang kick la, rasa nak repeat bila-bila masa nanti cuma dekat sini agak sukar nak dapat parkir, tu la tu kadang berfikir panjang nak datang kawasan ni.
Iman kata, lama tak makan nasi ayam dengan taugeh. Ialah, tiba terfikir, Sk selalu masak nasi ayam, tak pernah terfikir nak tambah sayur taugeh dalam hidangan. Tapi, nak sediakan nasi ayam ni penat, tak mo la tambah penat lagi nak masak taugeh pulak. Kalau nak makan macam ni makan kat kedai aje la yang senang, betul tak?
Nasi Ayam Malaysia.
Tiba-tiba terfikir pulak, nasi ayam berasal dari negara mana, jom kita tanya pakcik google.
Jawapan: Nasi ayam berasaskan Nasi ayam Hainan berasal dari wilayah Hainan, China (terutamanya dari bandar Wenchang yang terkenal dengan ayam Wenchang).Walau bagaimanapun, bentuk hidangan nasi ayam lengkap dengan nasi berminyak, sup, dan sos cili seperti yang kita kenal hari ini telah diubah suai dan dipopularkan oleh masyarakat perantau Hainan di Asia Tenggara, terutamanya di Malaysia dan Singapura.
Asal Usul dan Perkembangan
Akar Umbi di China: Berasal daripada hidangan tradisional ayam Wenchang di Pulau Hainan.
Evolusi di Asia Tenggara: Pendatang dari Hainan membawa resipi ini pada abad ke-20 dan mengubah suainya mengikut citarasa tempatan di Tanah Melayu dan Singapura.
Populariti Serantau: Ia kini menjadi hidangan ikonik yang sangat digemari di Malaysia, Singapura dan Thailand.
Sekarang ni penyakit datang tanpa kita duga. Lepas tu kalau tahu mesti tahap 4. Allahuakbar. Beratnya ujian. Semoga mereka sabar dan tabah. Kita dah sedih, mereka apatah lagi. Hanya doa yang dapat kita bantu.
ReplyDeletesetuju, unik nama kedainya. Terus terfikir sang kelembai pulak. Bagus juga idea sediakan sambal di meja, free flow. Tak segan nak tambah. Orang tak makan pedas pun boleh ambik sikit je tak membazir.
Sedapnya taugeh rangup macam tu. Simple tapi sedap.
Kalau masak nasi ayam memang hidangan tu je lah. Nak tambah taugeh yang simple pun rasa bencinta pulak kan. hihihi...
Asalnya nasi ayam tu simple je, dah berkembang macam macam rupa ada.
Bila pesan Hainan Chicken Rice tu, bermaksud versi original la tu. Saya lebih suka nasi ayam Hainan dari nasi ayam yg dah di Melayu kan.
ReplyDeleteSemoga ex boss SK tabah dan kuat mengharungi ujian..aamin.
ReplyDeleteBerbaloi set nasi ayam tu..lengkap semua..
Eh..bekas rakan sekerja...
DeleteSaya kurng sikit nasi ayam ni.. tp kalau dah xde menu lain, kita telan je la kan hahaa...
ReplyDeleteSemoga bekas rakan sekerja SK tu dipermudah rawatannya. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
ReplyDeleteSaya suka nasi ayam. Ha ah kan, tak pernah pula buat lauk taugeh bila masak nasi ayam di rumah. Hehe...
Semoga dipermudahkan urusan buat Ali sekeluarga.
ReplyDeleteKalau masak nasi ayam di rumah tu wajib ada daun salad. Tapi bila makan di kedai ada tauge jadi bolehlah betuiar² selera gitu
Allahu, sedihnya. Kanser memang cepat merebak. Semoga beliau sekeluarga tabah dan dipermudahkan urusan rawatan kanser ini. Pelbagai pilihan makanan sedap di Restoran Sang Gerai, memang port bertukar nama tapi menu kekal mantap.
ReplyDeletesedap tgk menu nasi ayam tu..ada pai tee lg...smoga dipermudahkan urusan rawatan bekas rakan sekerja SK
ReplyDeleteAllahuakbar, sedihnya bila dengar berita Ali. Memang betul penyakit sekarang datang secara tiba-tiba. Semoga Ali dan isterinya kuat serta dipermudahkan segala urusan rawatan. Bagus betul kedai yang bagi free flow sambal macam ni! Tak ada lah rasa segan atau serba salah nak minta tambah. Nampak menyelera betul nasi ayamnya
ReplyDelete