NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH DI HARI CUTI MAULID

Seri Kandi Tanah Jauhar
8

 Assalamualaikum WBT 



SALAM Maulidur Rasul SAW 1448H.

Tema sambutan Maulid bagi negeri Johor tahun ini, 

MAJU JOHOR DIHAYATI, UMMAH DIBERKATI


Tema ini menekankan bahawa kemajuan sesebuah negeri perlu seiring dengan nilai-nilai Islam, kekuatan akidah, serta perpaduan ummah agar mendapat keberkatan.



Sempena cuti hari ini, Sk masak Nasi Tomato dikawankan dengan Ayam Masak Merah. Masak satu lauk aje dengan Pencuk (Acar Jelatah). Masak petang dan malamnya baru makan. Pagi tadi Sk dan PI sarapan di Ashoka Curry House sebab tak ada apa nak masak untuk sarapan kecuali telur. Ada nasi semalam tapi sikit beno, tak cukup untuk masak Nasi Goreng. Balik dari sarapan, singgah econsave beli ayam dan faham-faham sajalah, kalau dah ke supermarket, memang tidaklah beli ayam saja-saja, hihi.


Hari tu baca di thread, apa bezanya Ayam Masak Merah dengan Ayam Sambal. Beza memang berbeza ya. Ayam Masak Merah ni kita tumis guna minyak lebihan goreng ayam dan letak minyak sapi sikit bersama daun pandan dan rempah empat sekawan. Kemudian, tumis bawang dan cili kisar, bila dah terbit minyak, masukkan tomato puri dan ayam yang digoreng setengah masak. Renihkan hingga ayam masak dan masukkan susu cair. Akhir sekali masukkan kacang pea dan renihkan. Tapi, ni Sk guna butter sebab minyak sapi habis, heheh. 


Acar Jelatah atau Pencuk wajib ada bila masak nasi tomato atau apa-apa nasi berperisa. Rasa nenas yang manis-manis masam tu hilangkan muak sebab nasi berperisa ni selalunya berminyak dan berlemak sedikit.


Masak nasi tomato satu cawan jer.  Sk guna beras basmathi dari goodies pengantin kat Ganu. Ada pulak buah tomato, jadi selain puri tomato, Sk letak jugak tomato segar dipotong dadu yang ditumis sekali bersama bawang dan rempah empat sekawan. Tak masak waktu tengahari atau makan waktu tengahari sebab Iman kan kerja hari ni, jadi kita masak petang untuk makan malam. Eloklah tu semua makan penuh berselera sebab kelaparan. PI siap nak repeat esok malam ya, dia lupa esok malam dia ada kerja, tak makan malam di rumah, hehehe.

Post a Comment

8Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam Maulidur Rasul SK. Menu cuti yang sangat membuka selera. Makan malam ramai-ramai sekeluarga memang bertambah nikmat, nampak sedap betul Nasi Tomato & Ayam Masak Merah tu...

    ReplyDelete
  2. lama tk mkn ayam masak merah ada kacang peas

    ReplyDelete
  3. Okay baik, sekarang dah faham dah masak merah dengan masak sambal. Nasi tomato ni lagi sedap ada acar jelatah tu kan. Kadang suka ratah je suka makan nanas tu sebenarya ada rasa masam manis dan pedas sikit.
    Sesekali menu lain, terus berselera semua orang. Kelaparan dan sedap pulak kan.

    ReplyDelete
  4. Cukup ye nasi 1 cawan je.. Kalau PH, kena masak lebih nasinya :D

    ReplyDelete
  5. Sedapnya ayam masak merak akak.. lamanya tak masak, raya ajer baru menu ni muncul.. nanti nak suruh Yana laa masak hehehehe

    ReplyDelete
  6. Betuuuul kalau makan nasi tomat atau yg berperisa lain, memang wajiiib pakai acar. Jadi tak buat eneg atau muak Krn santan atau rasanya.

    Sedaap terlihat ayam masak merah nih kak 😍😍

    ReplyDelete
  7. Wow nasi tomato. Akak datang bawak piring nak makan. 😋😋

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!