MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

anda pengunjung ke

MENGHITUNG HARI

DEMI MASA

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI

CHEESE TART SELAMANYA DI HATI
Untuk tempahan hubungi Sari 012-7799705 (JOHOR BAHRU SAHAJA)

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Search Alam Sari

Loading...

Wednesday, February 24, 2010

Nasi Ayam Penyet Resepi Asli... katanya...

MELAYARI blog-blog dunia masakan di internet, banyak sekali terjumpa resepi ayam penyet ni. Masih ingat lagi, mula-mula dulu saya jumpa ayam penyet ni masa makan di Leisure Mall, tapi saya tak pernah order pun, pasal orang cakap.. orang cakaplah... ayam penyet ni ialah ayam goreng yang dimakan dengan sambal belacan. OIC, ayam goreng ngan sambal belacan.. tapi sepinggan mau cecah RM8, buat sendiri lagi baik, saya cakap.
Banyak jugalah jumpa restoran-restoran yang menghidangkan ayam penyet ni.. ada tu dia tulis ayam penyek. Mmmm, yang mana satu ek, penyet ke penyek? Tapi sebenarnya maksud tu sama.. cuma di Indonesia disebut penyet,sampai sini ada yang panggil penyek.. suka hatilah.
Sebenarnya saya belajar masak Ayam Penyet ni dah lama jugak, tapi maklumlah baru-baru ni jer ada masa dan kesempatan nak berblogging ni, jadi bolehlah saya kongsi resepi saya ni. Tak tahulah sama ke tak dengan resepi orang lain, sebab setakat ni saya tak jumpa lagi resepi yang sebijik macam saya punya.
Resepi ni saya dapat dari Tiasmi, pembantu ibu mertua yang dulu saya cerita masakannya yang tip top tu. Menurut Tiasmi, ini resepi asli, penyet tu yang benar ya buk, ayamnya diletakkan pada lesung kayu berbentuk piring, bawahnya di letak sambel, pas tu dipenyet (penyet dengan menekan anak lesung kayu ke atas ayam, bukan diketuk).
Duh, asyik potpet2 jek, respinya gax diberi juga ya.. hehe...

Ayam Penyet
(untuk hidangan 4 orang)
Bahan-bahan & cara-cara:
Bahan A
Setengah ekor ayam (dipotong 4)
2 batang serai*
2- 3 ulas bawang putih*
1" halia*
1" lengkuas*
1" kunyit hidup* (boleh ganti dengan serbuk)
sedikit ketumbar dan jintan manis*
garam secukupnya* (* dikisar sekali)

1.Ayam hendaklah diperap semalaman/ seharian bersama bahan kisar.
2.Kukus ayam yang telah diperap selama 1/2 jam.
3.Goreng ayam yang dikukus dalam minyak yang banyak sehingga agak garing bahagian luarnya (sekejap sahaja lebih kurang 10 - 15 minit)

Semasa anda mengukus ayam bolehlah menyediakan bahan B.
Bahan B:
1 labu bawang besar (dipotong baji)*
2-3 ulas bawang putih*
7 tangkai lada hidup - buang bijinya*
9 biji cili padi (ikut suka)*
1 1/2" belacan*
sedikit air asam jawa/ perahan limau nipis
gula merah secukup rasa

1.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, gorengkan semua bahan bertanda * sehingga agak garing.
2. Tumbuk semua bahan yang telah digoreng, masukkan gula merah, tumbuk lagi. Tuangkan air asam jawa @ perahan limau nipis.

Cara menyediakan ayam penyet:
1.Letakkan salad, timun dan tomato yang dihiris di atas lesung kayu yang leper.
2.Letakkan sesudu kecil sambal (bahan B), letakkan ayam yang telah digoreng di atasnya.
3.Penyetkan ayam tersebut dengan anak lesung kayu (jangan ketuk, cuma tekan sahaja, ayam lembut kerana telah dikukus)
4.Terbalikkan ayam, tambah sedikit lagi sambal jika suka.


Enak dimakan bersama nasi putih, jemput makan...

p/s: timun dah hiris lupa nak letak.. hehe

7 comments:

Badrul Hisham Abdul Kahar said...

Sodap ni....nak cuba...nanti
Jemput ziarah blog saya dan sudi2 jd follower
http://badrul-perjalananku.blogspot.com/

Miss Nina said...

Terima kasih atas resepi nasi ayam ini. Patut cuba! =)

sitiezahim said...

akak saya mau terai ok :D

reenaqelia said...

nk try la recipe ni...kt penang susah sgt nk cari ayam penyet yg sodap...

Rohah said...

Salam kenal kak,
enak makan nasi ayam penyet ni, mmg ada versi alal-ala kampung cam tu..
klu buat sendiri mesti puas makan kan..

Nastyna said...

Salam...
Dulu selalu makan kat Curve tu, sedap la for my anak tekak. Untung la u pandai buat sendiri, resepi asli lagi. Seriously my perut tetiba "kreukk" tengah duk baca resepi ni. huhuuuuu

nurul said...

rasanya ni lebih real punya ayam penyet. sbb makan dgn nasik putih je. try google resepi lain dah macam nasi ayam je sebab tumis butter + rempah utk tanak nasi. dan cara akak ni lebih simple. yes resepi jawa selalu simple je sbb saya asal org jawa. resepi lain mcm kompleks pulak. TQ =)

Share It

Anda Sukakan Ini?