MESTI KLIK

MESIN TEKAN CRUST TART

MESIN TEKAN CRUST TART
PEMBERITAHUAN : Sebarang pertanyaan atau tempahan mesin tart dan sebagainya hendaklah diajukan melalui sms dan whatsapp sahaja ke talian 0127844524. Terima kasih.

Sunday, November 7, 2010

NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH

ASSALAMUALAIKUM wbt

SALAM hujung minggu. Ada yang bermalas-malasan tu... hik.. hik. Wah, pagi ni saya bangun dengan penuh bersemangat. Biasanya, waktu-waktu macam ni adalah waktu yang paling sibuk dengan kain-kain yang bergumpalan di dalam mesin, tapi pagi ni semuanya sudah siap tergantung di jemuran. Alhamdulillah, cuaca pun nampaknya baik walaupun malam tadi hujan. Kain-kain semalam pun sudah siap dilipat dan disusun dengan bantuan Yaya dan Encik Rizar... wah, mood rajin sudah mariiii... kih.. kih.. kih.

Hari ni nak tayang menu saya petang semalam, hik.. hik.. bukan makan tengahari tapi dah kul 3 lebih baru makan... hahaha. Itu biasa bagi kami hujung minggu, sebab selalunya sarapan pun dah lewat, jadi waktu-waktu makan yang seterusnya pun semakin tertunda. Sebenarnya dah lama nak masak nasi tomato ni, sejak hari raya kedua yang lepas, tapi semua plan tak menjadi. Tetiba jerlah terlintas nak masak nasi tomato ni, semua bahan dah ada kecuali bahan untuk dalca. Jadi terpaksalah lupakan dalca. Nasib baik ada ayam, jadi idea terbaik adalah ayam masak merah. Tak bolehlah nak menjemput ibu saya makan kerana beliau tak makan ayam. Makanlah kami tiga beranak dengan semahunya, maklumlah... dah lama tak jumpa nasi tomato ni. Resepi nasi tomato boleh tengok di sini. Ayam masak merah pula boleh tengok di sini... hehehe. Kita layan gambar jerlah ya... hik.. hik.. hik.


5 comments:

  1. salam kak sari..

    wah..makin menjadi2 yer hasil tangan dia...
    sangat menepati selera gitu..layan degn arca pun sedap

    ReplyDelete
  2. Salam, Ayu. Yeah, sudah semestinya tu, acar buah & acar pencuk, tu menu sampingan wajib... hehehe

    ReplyDelete
  3. salam Sari
    wah tengok ayam tu terasa lapar pula,:)

    ReplyDelete
  4. salam kak yus, menyelerakan betul nasi tomato ngan ayam masak merah tu....

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Ummu, ha.. kalu lapar baik cpt pi makan.. hi3

    Mas, menyelerakan & siap btambah2 nasi tau.. kih3

    ReplyDelete

tak nak komen???
urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :)))))

PERIUK NOXXA

Assalamualaikum... BEBERAPA kali saya dipelawa oleh kawan-kawan untuk membeli periuk serbaguna jenama noxxa. Bukan tak nak tapi saya rasa m...