PUDING ROTI SOS VANILLA
January 10, 2011
5
ASSALAMUALAIKUM wbt
SEDANG menikmati puding roti dilitupi sos vanilla yang mewah pagi ini. Sebagai seorang yang suka makan, memang rasa teruja sangat apabila ada kawan-kawan yang nak berkongsi resepi dan resepi ini datangnya dari E-na Sayang, sahabat fb saya. Terima kasih, ya E-na.. pudingnya sangat sedap lebih-lebih lagi dengan adanya sos vanilla tu. Walaupun pada orang lain resepi puding roti ni biasa saja, tapi saya tetap menganggapnya luar biasa. Meh kongsi resepi...
Bahan-bahan ( 1 happy family )
* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)
* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla (saya gantikan dengan madu)
* 1 s/b tepung jagung
* 1 ktk (kecil) kismis hitam*(optional)
* Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 1 sudu teh esen vanilla
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula
Cara-cara
1. Koyakkan roti dan rendam dalam susu selama setengah jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dengan bahan A yang telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak (Saya bakar 1 jam bagi garing sikit.. hehe. Selepas 40 minit membakar saya parutkan keju cheddar di atasnya). Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam peti ais.
4. Kacau rata bahan sos vanilla (C) dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
5. Sejukkan sos dan tuangkan di atas puding semasa menghidang.
Tags
grrrr... tak leh tengok puding bersos mcm ni..giler tergoda..haha
ReplyDeletesedappnya kak...tompang makan sekali...
ReplyDeletesedappnya kak...tompang makan sekali...
ReplyDeletemohon share.. :)
ReplyDeletemohon share.. :)
ReplyDelete