SEBELUM saya bagi resepi tiramisu ni saya nak cerita dulu, ya. Ceritanya panjang.. jadi silalah layannnn… hehehe.
SEMASA Kena Serang! dua tiga minggu yang lepas sekaligus mendapat tajaan cuti dari Klinik Asia Tebrau, saya berpeluanglah baring-baring malas mengadap kaca televisyen di petang hari. Almaklumlah, kalau hari bekerja manalah ada peluang begitu. Masuk sahaja ke rumah, belumpun lagi menanggalkan tudung di kepala terus TIT! Tekan punat mesin basuh. Kalau tidak pun capai periuk nasi, capai itu, capai ini. ‘Remote Control’ TV???… huhu.. memang tak sempat pun akal ni nak memikirkannya, pendek kata selagi jarum pendek jam tu tak menghala ke angka 9, belum tahu tugas-tugas saya selesai. Bila siap semuanya, barulah sedar Buletin Utama pun dah habis, mata pun rasa dah nak tertutup dan badan pun rasa dah nak terlentok. Tulang temulang rasa nak tertanggal dan terlerai, agaknya kalaulah setiap sendi tulang kita ni menggunakan skru, tentu ada skru yang dah longgar dan perlu diganti yang memerlukan kos pembedahan beribu-ribu ringgit yang pastinya saya tidak termampu. Alhamdulillah, badan yang dipinjamkan Allah swt ini masih lagi berfungsi dengan sihat dan sempurna, syukurrrrr..
Ceritanya pasal baring-baring tadikan, hek.. hek.. hek.. maaf ya, terlajak… Hendak cerita pasal kami menonton kisah bersiri ‘Tiramisu’ lakonan Pierre Andre dan Syarifah Amani tulah… anak saya pun bertanya…
“Bonda, tiramisu tu, apa?”
Dalam hati saya, urmmm, dah sudah.. kalau saya bagitahu ia sejenis dessert, mahunya disuruh saya buat takpun beli kat kedai.
“Ala… tiramisu.. ingat tak dulu kita ada beli aiskrim vanetta ke apatah tu, yang perisa tiramisu. Mana sedap, rasa ubat tu..”
“Oh… yang dulu tu, kan dah lama, Yaya dah tak ingat rasanya, bonda buatlah, Yaya nak rasa…, takpun bonda beli jer aiskrim vanetta tu.”
Ha… kan dah cakap…
Saya: InsyaAllahhhh…… (macam tak nak beli jerrr… hik.. hik.. hik..)
Sebenarnya memang tak ada niat pun nak membuat tiramisu ni, alah.. tak tergoda pun dengan tajuk drama bersiri tu, tapi masa jalan-jalan cari resepi (cakap jerlah blogging… huk.. huk..) kat blog Chef Hanieliza, maka terpandanglah saya resepi tiramisu ni. Nampak tersangatlah senangnya, terbayang-bayang cream cheese yang berbaki dalam peti ais tu, kena cuba juga buat tiramisu sendiri sebab apa yang saya cerita dengan Yaya kat atas tu, tak bohong tau. Kadang-kadang, bila orang sebut-sebut tiramisu tu, saya pelik juga, memang sedap sangatkah, aish! Dah jumpa resepi ni kenalah cuba, alang-alang dah ada hobi mencuba dan membedal nikan… hak.. hak.. hak!
Hendak sangat makan tiramisu punya pasal, saya bantai juga guna swiss roll berperisa coklat lantaran tidak jumpa yang berperisa kopi. Lepas tu semasa Encik Rizar ke kedai saya berpesan membelikan saya yogurt perisa asli.. saya ulang… ASLI.. tengok dia ada tulis original.. PLAIN… (sebenarnya saya tak pasti sepatutnya tulis apa.. hehe) tup.. tup dibawanya balik perisa strawberry… Dush! Layankan jerlah… kui.. kui.. kui.
TIRAMISU
Sumber : Chef Hanieliza
Bahan-bahan:
1 gulung kek swiss roll kopi (saya guna perisa coklat)
250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli (saya guna perisa strawberry 150gm/1 cwn)
1/2 cawan gula (saya kurangkan sedikit sebab yogurt dah manis)
1 biji lemon [ambil jusnya] (saya tak letak… takde)
serbuk nescafe
Larutan Agar-agar
1/4 cawan air (saya letak ½ cawan)
1 sudu kecil serbuk agar-agar
Cara
1. Kek swiss roll dihiriskan nipis.
2. Masakkan larutan agar-agar sehingga mendidih.
3. Pukul keju, gula dan yogurt sehingga gebu.
4. Masukkan perahan jus lemon dan kacau lagi.
5. Masukkan larutan agar-agar dan kacau rata.
6. Susunkan hirisan kek dalam bekas kaca atau gelas.
7. Tuangkan adunan keju dan ratakan.
8. Letakkan lagi hirisan kek dan tuangkan lagi adunan keju tadi.
9. Ayakkan serbuk nescafe dan sejukkan sebelum dihidangkan.
Dan rupanya memang sedap ya tiramisu ni, tak sangka pula Encik Rizar pun nampaknya suka sangat. Kalau Yaya tu jangan cakaplah… jadi lepas ni nampaknya Tiramisu akan jadi dessert wajib ni.. hehehe.
salam sari, thanks for the award. tapi malu2 kucing gitu nak ambik sebab akak ni tak lah creative mana pun. masak pun menu sempoi2 gitu. tinggi sungguh penghargaan tu, terima kasih banyak2. tiramisu tu sedapkan, akak pun ada gak buat . anak2 pun suka makan
ReplyDeleteterguda la nengok tiramisu tu...sedapnya..:)
ReplyDeletesalam yus..memang nampak sedap tiramisu tu...nak kena cuba la jugak..tapi tunggu seru dulu..hihi
ReplyDelete