CARROT CAKE

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

ASSALAMUALAIKUM wbt

MAKAN apa sedap petang-petang? Pandai... makan keklah sedap. Kalau dapat cheese cake, mak mertua lalu pun tak sedar. Tapi cheese cake tak adalah pulak, yang ada carrot cake atau dalam bahasa Melayunya Kek Lobak Merah. Ni kalau dinikmati bersama teh 'o' kurang manis, wallaaaaaaaaaa... memang boleh habis setengah buku kalau makan ramai-ramaikan. Resepi carrot cake ni saya C&P dari dapur Khai Sedap-sedapan. Tapi cuma sempat ambil gambar semasa belum disapukan cream cheese jer, bila dah sapu terus lupa dunia... hahaha. Jadi sesiapa nak tengok rupa carrot cake yang cantik berhias, bolehlah tengok di sini. Khai, saya C&P di sini, terima kasih berkongsi resepi ya.. Oh, ya.. sebelum buat carrot cake ni saya sempatlah juga menelefon Khai. Amboi, lemak betul suara tuan punya resepi ni, orang kata serak-serak basah. Terkejut Khai bila saya telefon. Bukan apa, saya keliru dengan sukatan mangkuk dalam resepi Khai ni. Menurut Khai saiz mangkuknya ala-ala saiz mangkuk kecil yang selalu orang-orang kampung buat cuci-cuci tangan kalau ada orang datang tu. Kalau orang bandar, selalu tak guna mangkuk, nak basuh tangan terus cari sinki. Jadi gunakan mangkuk kecil cuci tangan tu tau, jangan guna besen basuh tangan pulak, haru nanti. Tentang kacang badam dalam resepi ini pula boleh digantikan dengan kacang tanah. Kalau anda menggunakan kacang tanah, goreng dulu kacang tanpa minyak sebentar dan kisarkan kasar bersama kulitnya sekali. Kulit kacang tadi akan memberi aroma harum kepada carrot cake anda apabila dibakar. Okey, banyak menceceh ni, jom intai resepi...

Bahan-bahan kek:

250 gm mentega
1 mangkuk gula perang
5 biji telur (A)
1 3/4 mangkuk tepung naik sendiri (saya guna tepung gandum biasa + 2 sk serbuk penaik (diayak bersama)
3 cawan lobak merah (diparut kasar)
1 cawan kacang badam (dikisar kasar)
..... kalau tak da kacang tu, kacang tanah pun boleh .....
2 sudu kecil soda bikarbonat (saya ayakkkan bersama dalam tepung)
1/2 cawan mix fruits
sedikit esen vanila

Cara-cara:
1. Panaskan ketuhar dengan suhu 175'C (Mengikut jenis ketuhar)
2. Putarkan mentega dan gula dalam mixer sehingga kembang dan putih.
3. Masukkan telur dan tepung gandum berselang-seli sambil terus memutar sehingga habis. Masukkan pula esen vanilla. Matikan mixer.
4. Masukkan pula carrot, badam dan mix fruit, gaul rata.
5. Sediakan loyang 4 segi 8"x8" dan alaskan dengan kertas minyak. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar antara 45 minit hingga 1 jam.
6. Uji bahagian tengah kek dengan lidi sate, jika belum masak tambahkan masa 15 minit lagi.
7. Sejukkan di atas redai kek selama 1 jam sebelum menyapu dengan cream cheese.

Bahan-bahan untuk Cream Cheese: (saya buat setengah adunan)
500 gm cream cheese
250 gm mentega
3 sudu besar gula aising

Cara-cara:
Satukan semua bahan dan putar di dalam mixer sehingga kembang dan putih. Setelah itu bolehlah disapu dan dihias pada kek tadi mengikut citarasa anda. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit sebelum dipotong.


Tags

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam sari ..... maaf la saya khai lama dah tengok2 blog sbb seibuk ngan keja opis dan balik umah pun dah lewat malam ..... wah cantik nyer Kek Carrot sari buat tu nampak moist lah .... cam rasa nak wat lak petang ni .... memang betul sari buat tu .... cuma len kali jgn lupe sapu kan cream cheese dier ok .... tahniah ....

    ReplyDelete
  2. Salam, sedapnya...pernah mkn tapi lum pernah buat....nanti kena cuba la ni....btw cuba mkn kat sini dulula yer....hehe

    ReplyDelete
  3. kak sedapnye kek carrot....blh oder x?

    ReplyDelete
  4. Khai, ada sapu cream cheese tapi lupa ambil gambar sebab tak sabar nak mkn, hehehe. Memang moist, sbelum ni sy pnah buat carrot muffin tapi gunakan minyak.

    Mr. Mama, ambillah, jgn lupa bayar tau... hik3

    Nieza, jemput makan... hehehe

    Erienz, kalau nak order bgtau awal2 tau..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!