ASSALAMUALAIKUM wbt
SUDAH lama rasanya tidak mengukus ikan dan sudah lama juga tidak menikmati ikan kukus stail nyonya ni. Nom.. nom.. nom... mulut Yaya tak habis-habis memuji sedapnya.. sedapnya... . Chefnya Encik Rizar tapi tukang masak (Encik Rizar cuma sediakan sos nyonya jew) dan tukang sental periuk belanga lepas tu saya... huk.. huk. Nasib baik masing-masing tahu cuci pinggan sendiri. Tapi sebelum tu saya nak cerita sikit.... syhhhhh!!! Jangan bagitahu orang tau... cakap sini habis sini ya... janji tau... hihi.
Nak ceritalah, malam tadi saya menunaikan hajat seorang kawan yang teringin sangat nak makan kek karemel. Sebenarnya dah lama dia tempah kek karemel tu dengan saya tapi takdir-Nya saya kena serang chicken pox, jadi saya suruh dia tempahlah dengan orang lain. Tapi sampai la minggu lepas, orang tu tak juga buatkan kek karemel tu. Jadi saya pun janji saya akan buatkan, kiranya sepatutnya hari ni dia akan dapat kek tu. Saya pun dengan baik hatinya menambah bahan untuk karemel kononnya nak tinggikan sikit karemelnya tu. Bersungguh-sungguhlah melapis dengan penuh kasih sayang. Siapa yang pernah buat kek ni tentu tahu macammana cerewetnya dari nak mengasingkan putih telur sampai nak melapisnya tu. Jadi sepanjang dalam ketuhar tu, nampaklah kek tu naik dengan sempurna dan masak dengan elok. Tup-tup, bila saya keluarkan dari loyang...... oh! Tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!! Meleleh karemelnya, tulah pandai sangat nak menambah-nambah tapi sukatannya tak betul... huk.. huk..
Nak tengok rupa dia??? Lagilah sadis.. usb card reader pulak rosak, jadi tak dapat nak pindahkan gambar, nanti saya update dan tunjukkan. Nasib baik gambar siakap tu dah simpan awal-awal dalam pc, kalau tak, entri tak bergambarlah hari ni. Berbalik pada kek tu, rupa kek memang cantik, nampak rata pulak kali ni lapisan tu, tapi karemel menangis... hehe. Tapi untuk tidak menghampakan kawan tadi, saya jamahkan juga yang tak jadi ni, jangan kempunan orang tua-tua kata sebab dia akan menjalani satu pembedahan kecil Isnin depan, mudah-mudahan segalanya berjalan lancar ya, Shuhaida... aku doakan yang terbaik untuk kau... Amin. Ha... tulah ceritanya... hehehe.
Jom, sambung balik cerita ikan kukus tu. Sebenarnya dah selalu sangatkan keluar gambar ikan kukus ni, cuma posing jer lain-lain.. yang ni kepalanya terdongak gitu, bukan main eksen lagi kau ya ikan... hehehe. Resepinya boleh tengok di sini. Tak susah sangatpun, cuma gunakan bahan pes segera. Encik Rizar gunakan pes nyonya yang memang ada dijual di pasaraya. Bagi yang suka masam tu boleh lebihkan jus limau nipis. Bagi yang suka pedas boleh tambahkan cili padi tapi biasanya masakan nyonya ni taklah pedas sangat. Kalau gunakan pes tu semata-mata rasanya taklah berapa umph jadi kenalah pandai me'modified' ikut citarasa masing-masing. Kali ni Encik Rizar kata dia masukkan sedikit sos ikan, owhhh.. patutlah sedap, asyik main tipu jer... kih.. kih.. kih.
mas pun ada cerita pasal kek karamel tu...tobat tak buat lgi walaupun memang seddappp..memang cerewet kek tu...
ReplyDeletearrgghh...ikan kukus tu...sedappnya...
Mas, akak dah 2x buat kek ni tak gagal, yg kali ni nak alter tapi tak pndi, padan muka.. hehe. Akak dah tengok kek karemel Mas tu... serikk ya.. hihihi
ReplyDelete