KENA SERANG! (Episod 2)

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
ASSALAMUALAIKUM wbt

RAMAI yang terperanjat apabila mendapat tahu saya diserang virus cacar air atau dalam bahasa glamournya 'chicken pox'. Maklumlah, selalunya orang kena masa muda-muda remaja, ni dah taraf remaja purba baru nak kena. Haiiii.. Datuk Najib PM kita tu pun kena baru-baru ni juga tau, cuba ingat-ingat balik dah berapa umur beliau. Apa yang saya tahu bahawa virus penyakit ini akan menyerang seseorang itu sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Jadi takdirnya saya diserang ketika berumur 35 tahun... huhu.

Maka bermacam-macamlah nasihat dan petua yang saya kutip daripada ibu, adik-beradik, doktor dan kawan-kawan. Yang paling popular.... minumlah air kelapa muda.. perghhhh! Sampai naik kembung perut saya. Dahlah tiga hari yang pertama tu tekak ni amatlah perit nak menelan makanan atau minuman. Tapi saya paksakan juga tak mahu penyakit lain pula yang timbul. Hari ketiga cacar mula merebak ke seluruh badan dan muka. Huwaaaaaaaaa... muka yang sudah sedia berjerawat ni menggerutu dah macam kena sengat binatang sampaikan tiada satu inci pun bahagian yang licin. Adoiiiii!!!Tersangatlah sedih dan hilang terus percaya diri tau.


Banyaknya pantang-larang yang perlu dipatuhi antaranya orang kata.. jangan makan kicap, nanti bertanda hitam bekas cacar tu, baiklah.. saya tak kisahpun kalau tak dapat makan nasi dengan kicap. Makan yang rebus-rebus dan kukus-kukus sahaja, jangan makan makanan laut, jangan makan telur, jangan makan ayam, jangan makan daging. Pendek kata semuanya jangan dimakan. Jadi makanan saya selama tiga hari tu hanyalah bubur kosong yang tak bergaram pun. Nasib baiklah memang tengah tiada selera nak menelan, jadi semuanya tak menjadi masalah. Maka isilah perut dengan isi kelapa muda dan bubur kosong sehinggakan berat badan saya turun mendadak sebanyak 3 kg.... uh.. sikit sangat turunnya tu... hehehe.

Lepas tu tempat tidur tu kenalah berasing dari orang lain... hehehe. Tempat tidur saya dialas dengan daun maplai yang dibawa oleh kakak saya dari rumah seorang jirannya dan seorang kawan sepejabat suami saya turut memberi satu plastik besar daun maplai ni. Daun maplai atau orang Melayu panggil daun semambu ni banyak ditanam di rumah orang India dan biasa didapati di kuil India. Antara kegunaannya ialah untuk mengurangkan rasa gatal akibat cacar air dan daunnya jika ditumbuk dan disapu ke bekas cacar dikatakan dapat menghilangkan parut cacar. Tetapi daun ini ada pantangnya. Ia tidak boleh dipegang atau dipetik oleh orang perempuan yang sedang mengangkat bendera merah kerana dikatakan khasiatnya akan hilang. Meh tengok rupa daun maplai ni.


Selain daun maplai, daun pokok cermai juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan cacar air ni. Tetapi orang kata sama ada menggunakan daun cermai atau maplai kenalah dipastikan semua cacar telah kering barulah boleh diletakkan daun-daun tersebut supaya cacar tu tidak bantat. Aik! Ingatkan kek jer yang boleh bantat ek... hik.. hik.. hik.

Setelah dua minggu diserang, akhirnya hari ini saya kembali ke pejabat. Semua nasihat-nasihat telahpun diikuti. Daun maplai tumbuk, daun cermai tumbuk semua dah disapu. Tapi nampaknya kesan cacar ini belum lagi sembuh sepenuhnya. Memanglah rasa huduh dan buruk sangat tetapi orang kata parut-parut tu semua akan hilang. Tapi kalau kolagen dah kurang macam saya ni rasanya kalau orang muda hilang tiga minggu kalau dah tua-tua ni mahunya tiga bulan. Aiseh! Hidup harus diteruskan. Kepada pengunjung setia Alam Sari, jangan lupa jaga kesihatan ya, minum air masak banyak-banyak dan jaga pemakanan anda. Semoga bertemu lagi ya.

hari-hari sup kentang rebus... hehehe.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. siannye akk...teruk gak yer...nasib baik rin dh kena...kalau tua2 kena ni, adoi hi...hari2 rin nagis x tahan sakit...

    ReplyDelete
  2. Erienz, nak nangis dah tak berairmata.. huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. ayu kena masa umur ayu 15 tahun,,nak ambil try pmr...
    ya ampun..sakit dan rasa demam lain macam..........sabor jerlah..

    kak..daun tu orang tiak daun cemai..bubuh beras dan kunyit basah..

    alhamdullilah..dah sihat..kurus lagi...tak apa,,nanti makan kolegen...sure cantik semula...

    ReplyDelete
  4. baguslah Ayu kena masa bdk2 remaja tu, msti dah takde kesan lgsung skrg.. nak mkn kolagen ker??? okey, nt dah mkn akak entry wajah terbaru eh.. hihihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!