ASSALAMUALAIKUM wbt
NAMPAKNYA sehari dua ini tak dapat nak memuat naik gambar-gambar terbaru. Selagi tak berjumpa dengan usb card reader yang baru nampaknya tiada cerita baru yang dapat diterbitkan kerana saya menggunakan tiga pc dan lappy yang berlainan jadi gambar-gambar yang telah disimpan entah di mana-mana saya simpan... hehehe. Semasa menerbitkan edisi ini rupanya tiada satu gambar pun yang boleh dimasukkan maka tiadalah cerita hari ini ya.
Ops! Ada cerita sikit pasal makan tengahari tadi... p/s: Sebenarnya dah jam 3 petang baru makan tengahari.. hehe. Hari ini saya masak sambal tumis udang. Tapi bila menyuap nasi bergaul sambal dalam mulut saya rasa macam ada sesuatu yang tak kena. Urmmm... apa ya? Suap lagi... urmmm... erkkk!!! Baru teringat, lupa nak masukkan gula... huhuhu... patutlah... terus masukkan semula sambal udang dalam kuali dan tambahkan gula. Arrr... barulah betul.. hahahaha. Nasib baik tuan rumah tak komplen lebih-lebih.. (mesti dia takut saya mengamuk kalau dia komplen.. hik.. hik.. hik)
Sejuk-sejuk kerana hujan ni jomlah kita karaoke lagu feberet saya ni. Mendayu-dayu menusuk ke hati dan saya sukakan suara Dayang yang serak-serak basah ni, tiada siapa yang mempunyai suara segemersik suara Dayang. Saya sertakan liriknya sekali di sini ya...
Hanya Padamu oleh Dayangku Intan
Hanya padamu
Terbuka hatiku yang dilanda sepi
Kerna dirimu
Aku menjadi seorang perindu
Hanya cintamu
Yang dapat membalut duka di hatiku
Hanya kasihmu
Yang dapat kembalikan kebahagiaan
Sekian lama ku sengsara
Mengharap kau menghapuskan duka
Biarkan sekadar untuk sementara
Sebelum ku pejamkan mata
Hanya padamu
Ku serahkan segala cintaku ini
Hanya dirimu
Yang dapat memadamkan rindu ini
Hanya cintamu
Yang dapat membalut duka di hatiku
Hanya kasihmu
Yang dapat kembalikan kebahagiaan
sari ni..memang pandai..akak kalau tak de gula dalam sambal..tak perasan..jangan tak de garam..awal2 dah tau..
ReplyDeletesebab akak masak sambal..jarang letak gula..kecuali cili tu pedas sangat..
Kak Erna, memang dah biasa letak gula dalam sambal kecuali sambal ikan bilis tu yang rasa macam kureng bila tak letak... hehehe
ReplyDelete