KEK CAWAN COKLAT CIP VANILLA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

ASSALAMUALAIKUM wbt

KEK cawan vanilla ini ditempah oleh seorang kawan sekerja, kononnya nak buat food testing... hehe. Suka hati kaulah ya, kalau suka boleh order lagi. Kali ini saya ingin kongsikan resepi kek cawan yang sangat mudah. saya dah paparkan beberapa kali di sini di mana nak dapatkan resepinya tetapi disebabkan ada yang bertanya, maka saya taipkannya di sini. Resepi krim di atas kali ini saya gunakan cheese cream, sebab saya sukakan rasanya yang lebih lemak... hehehe, biasalah, kalau buatkan orang, kitapun menumpang makan sekali.. kih.. kih.. kih.

Bahan-bahan kek cawan:
  • 250 gm mentega
  • 200 gm gula kastor/ gula pasir halus
  • 5 biji telur ayam
  • 1 1/2 st esen vanilla
  • 310 gm tepung gandum*
  • 2 st baking powder*
  • 1 st baking soda* (ayak bersama bahan bertanda*)
  • 200 gm coklat cip
Cara-cara:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 170 - 180'C.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memutar sehingga sebati.
  4. Masukkan esen vanilla.
  5. Perlahankan kelajuan, masukkan bahan yang diayak. Putar perlahan sehingga semuanya sebati, matikan mesin.
  6. Masukkan coklat cip, gaul dengan spatula hingga rata.
  7. Sudukan ke dalam mangkuk kertas yang disukai lebih kurang lebih sedikit dari setengah mangkuk. (3/4 pun banyak sangat)
  8. Bakar antara 25 hingga 30 minit, cucuk bahagian tengah kek dengan lidi bagi menguji.
Bahan Krim
  • 250 gm krim keju
  • 125 gm mentega
  • 3 sb gula icing (rasa manis mengikut citarasa anda)
Putarkan semuanya sehingga gebu dan putih. Sapu dan hiaskan di atas kek cawan bila ianya betul-betul sejuk.

Selamat Mencuba.

Kalau malas, rasa tinggal nak makan jer.. bolehlah tempah dengan saya ya... hehehe.
Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. sedapnya boomark blog ni nanti senang jika nk buat kek!

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum, cik Sari Yusa... cupcake ni mmg sedap ler.... thanks for da recipe... saya dh cuba dh & dah jual pun cupcake ni hehehe.... kwn2 kata sedap.... nak tgk hasilnya? jom la jln2 ke blog saya... saya letak resepi cupcake tu kat blog x per ke? :D

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!