POTATO PRESTO

Seri Kandi Tanah Jauhar
0
ASSALAMUALAIKUM wbt

MENYEPI lagi.... Macam tak ada berapa cukup mood untuk berblogging tetapi dalam pada tu aktiviti memasak dan mengambil gambar tetap dibuat untuk mengisi slot yang lama dibiarkan kosong. Maaf ya kepada pengunjung setia... hik... hik... ada ke??? Kiranya tak silap saya, saya langsung tak menjengah ke sini sejak 2010 melabuhkan tirai sehinggalah 2011 muncul menjanjikan pelbagai peristiwa pahit manis. Kisah suka 2010 akan saya kenang, kisah duka akan saya simpan dalam lipatan sejarah dan berdoa ia tak terulang... mudah-mudahan.

Ini dia apa yang saya godeh di dapur petang semalam untuk makan malam semalam. Lama dah mengidam nak makan ni selepas diusik-usik oleh dua kakak ipar saya kerana kegagalan saya menghadiri parti makan-makan di rumah mereka. Maklumlah, saya ni masih dalam perintah berkurung, itupun ada juga saya curi-curi keluar sebab menyelesaikan beberapa urusan yang penting. Sehingga hari ini saya masih diberikan cuti sakit dan pastinya hari ini hari yang terakhir, tak sanggup lagi saya nak menyambungnya, tengoklah.. blog saya pun ikut cuti sakit sekali... hehehe.

Potato Presto ni resepinya saya dapat dari Kak Fauziah yang merupakan saya punya biraslah. Memang resepi yang mabeles dan amat mudah untuk dicuba. Bahan-bahannya pun amat senang didapati pendek kata anda tak perlu pandai memasak untuk menikmatinya yang penting ada oven ya.. hihihi. Jom.. layan resepi. Resepi asal boleh lihat di sini.

Bahan-bahan:
1 kg kentang (dikupas dan dihiris nipis - saya guna sagat)
300 ml krim (saya guna Nestle Cream 160g)
166 ml susu (saya guna Full Cream Dutch Lady)
5/6 ulas bawang putih (dikupas, pecahkan dan dicincang)
5 batang sosej dihiris nipis (boleh ganti dengan cendawan butang dsb yang anda suka & sesuai)
garam
serbuk lada sulah
sedikit daun parsley yang dicincang (boleh guna daun bawang)
1 cwn parutan keju Cheddar/Mozarella (saya guna Cheddar)

Cara-caranya
1. Panaskan ketuhar 200'celcius.
2. Campurkan krim dan susu di dalam mangkuk, gaulkan rata.
3. Susun selapis hirisan kentang di dalam loyang pembakar. Taburkan sedikit bawang putih yang dicincang, garam, serbuk lada sulah dan cincangan daun parsley. Kemudian taburkan hirisan sosej atau cendawan butang.


4. Lapiskan semula dengan hirisan kentang. Ulang langkah 3. Buat selapis-selapis sehingga selesai. Lapisan terakhir hendaklah hirisan kentang.
5. Tuang bancuhan susu dan krim ke atas lapisan kentang. Tutup rapat dengan aluminium foil dan bakar di dalam ketuhar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kentang masak. (saya bakar 25 minit).
6. Keluarkan loyang. Bukakan balutan aluminium foil dan taburkan hirisan keju cheddar atau mozarella. Taburkan daun parsley dan bakar lagi antara 15 hingga 20 minit. Tambah suhu ketuhar 220'Celcius.
7. Biarkan anggaran 10 minit atau lebih barulah dipotong.

Selamat Mencuba.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!