ASSALAMUALAIKUM wbt
SALAM pagi Isnin.. perjalanan ke pejabat yang agak panjang pagi ini kerana sebijik (sepatutnya buah) bas tersadai di tepi jalan yang sedang dalam pembinaan. Sudahlah kon pembinaan bersusun sepanjang jalan, ingatkan apalah yang merangkak-rangkak di depan, rupanya laaaaaaa.... apa hendak dikatakan, saya percaya pemandu bas ataupun tuan punya bas ataupun sesiapapun tak mahu mengalami situasi seperti ini yang mana bukan sahaja menyusahkan orang lain tetapi menyusahkan diri sendiri. Siapa yang sengaja hendakkan kenderaan yang dipandunya rosak atau berlaga secara sengaja dengan orang lain, tapi kalau sudah berlaku begitu kenalah terima dugaan yang melanda. Saya selalu berusaha untuk tidak menyalahkan pemandu tersebut kerana saya pasti itu bukan kehendaknya. Marilah kita berdoa semoga dijauhkan dari sebarang kesulitan ketika berada di atas jalanraya.. Amin.
Panjang pula mukadimah saya pagi ini kan... hik.. hik.. hik... Ni nak tunjuklah, setelah sekian lama menyimpan penukul tembaga yang dua biji ini, akhirnya semalam terasmilah sudah dan tercapailah cita-cita untuk membuat pie tee sendiri yang selalunya hanya diintai dari buku menu di CRS. Pernah membeli sekali tetapi saya bukanlah pengunjung setia CRS kerana rasanya lebih sedaplah kalau saya masak nasi ayam sendiri.. hehe.. perasan, kan. Jadi bila sang suami menyuarakan keinginannya untuk menikmati pie tee air tangan sang isteri maka saya pun mengorek-ngorek fail resepi dan yang ini datangnya dari dapur Kak Ilah JY. Saya cuma mempraktikkan resepi kulit pie tee dari dapur Kak Ilah. Perghhhh! Mula-mula tu jangan cakaplah kepayahannya nak menghasilkan kulit pie tee ni, almaklum percubaan pertama dan calung pun masih baru. Bila dah agak lama barulah dapat skillnya tu. Hasil memula tu memang agak kelakar dan tak boleh dapat 1 markah pun... hehehe. Mnakala intinya tentulah sesuka hati dari citarasa saya dan suami. Sebenarnya kami berdua ni selalu berkolaborasi berdua di dapur jadi hasil kolaborasi semalam sedap juga ya, licin... Alhamdulillah.
Bahan Kulit Pie Tee:
Sumber : Dapur Kak Ilah JY
- 4 sb tepung gandum
- 3/4 cwn tepung beras
- 3/4 cwn air
- 1 biji telur
- secubit garam
- sedikit lada sulah
- sedikit air kapur
- gula dan bahan perasa
- minyak secukupnya untuk menggoreng
- Ayakkan tepung-tepung dan garam, masukkan lada sulah, bahan perasa dan gula.
- Campurkan telur dan air, gaul sebati. Pukul semuanya sehingga kembang dan berbuih.
- Peramkan adunan selama 20 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali yang dalam (saya guna periuk)
- Rendam calung pie tee dalam minyak yang panas, biarkan lama sedikit supaya calung benar-benar panas.
- Celupkan calung pie dalam adunan separas 3/4 dan masukkan ke dalam minyak panas seperti membuat kuih goyang atau kuih ros. Biarkan sebentar sehingga adunan agak lekang. Tolak keluar dengan lidi atau garfu.
- Gorengkan sehingga kekuningan. Buat sehingga habis.
Sumber: Dapur Alam Sari... hehehe
- 3 sb minyak masak
- 3 ulas bawang putih dicincang kasar
- 300 gm isi udang di cincang kasar
- i biji sengkuang diparut kasar
- 1 biji lobak merak diparut kasar
- 1 biji timun diparut kasar
- Panaskan minyak, tumiskan bawang putih hingga naik bau dan masukkan udang. goreng sehingga udang masak. Tutupkan api.
- Masukkan lobak merah, sengkuang dan timun, gaul rata. Ketepikan.
- 8 tangkai cili hidup
- 1 1/2 sb gula
- 1/3 st garam
- 2 sb sos thai
- 2 sb sos plum
- 2 sb cuka
- 1/2 cwn air
- sedikit minyak masak
- 1 st tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
- Masukkan semua bahan ke dalam jug pengisar kecuali bancuhan tepung jagung.
- Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk, masak sehingga mendidih.
- Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung jagung. Gaul sehingga sos pekat, tutupkan api.
Selamat mencuba.
cantik pai tie akak, entah bila mas nk buat pai tie ni....
ReplyDeleteMas, yang cantik tu yg dah terpilih jer..
ReplyDeleteThanz sari coz sudi share resepi nie..penat gak cri..sib baek jmp..hubby terigin mkn coz aritu pi jamuan hari raya ada makanan nie..blik umh terus d suh cri...he3
ReplyDeletelp laa nk tnya benda yg nk wat kelonsong tue nak cari kt mna?
ReplyDeleteHai, Amna.. maaf ya, baru perasan soalan dari Amna ni. Calung Pie T ni Amna boleh cari kat kedai2 baking atau kedai2 yg jual brg perkakas dapur pun ada kot sbb sy pnah jumpa di kedai jual pekakas dapur ada menjual calung pie t ni, cuba cari ya
ReplyDelete