CERITA TAPAK TANGAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
4
Assalamualaikum wbt

Ini merupakan petikan email yang saya terima dan telahpun diedit. Email ini mengupas berkenaan tapak tangan yang kering dan basah atau lembab.

Nota: Email yang bermanafaat akan saya simpan untuk bertahun-tahun akan datang pun. Saya dalam email ini tidak saya kenali dan jika beliau terbaca blog ini saya minta izin untuk menerbitkannya di sini.

Apabila bersalam dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah.

Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa?

Pada kira-kira lebih sepuluh tahun lalu, (email ini saya terima pada 2007 bermakna sekarang ni dah jadi 14 tahun lalu) arwah guru saya mengajarkan satu perkara iaitu berkenaan tapak tangan kering, basah atau lembab. Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya. Kalau tapak tangan kering dan hangat ia
menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.

Begitulah cantiknya kejadian Allah. Melalui kaedah ini , seseorang rakan mudah mengetahui sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.

Kira-kira beberapa bulan lalu di TV3, saya menonton satu program kesihatan bersama seorang doktor pakar. Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah berpeluh yang keterlaluan di tapak tangan dengan kos rawatan sebanyak RM9000 ‘sahaja’ iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan pesakit agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doctor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah. Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia
kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.

Saya mengambil kesempatan dalam pengajaran saya untuk menerangkan sedikit ilmu kesihatan melalui penjagaan pemakanan dan gaya hidup.. Saya menceritakan mengenai keadaan tapak tangan seseorang
yang mungkin kering, lembab atau basah dan dalam kes tertentu, air sentiasa menitis dari hujung jari di mana dalam kes ini jari agak sedikit menggeletar. Allah menjadikan situasi ini sebagai symptom gambaran tahap kesihatan seseorang di mana tapak tangan yang kering adalah tahap terbaik. Basah
adalah menggambarkan tidak sihat.

Selepas saya menjelaskan ilmu ini, dua orang pelajar perempuan saya menceritakan pengalaman mereka. Kedua-dua mereka menceritakan bahawa beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Salah
seorang menambah lagi bahawa dahulu beliau sangat gemuk dan kini sudah kurus. Kedua-dua mereka bercerita bahawa dahulu mereka sangat suka makan makanan ringan dan kini sudah berhenti amalkan pemakanan yang tidak sihat ini.

Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang ??

Keadaan tapak tangan yang basah / lembab memberitahu pemiliknya bahawa jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini.

Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar janganlah suka makan makanan ringan, mandi malam, minum air batu, pengambilan makanan segera dan sebagainya.

Wallahualam.

Semoga memberi manafaat.

Kredit gambar kepada forum.putera.com

Mari Baca: Diagnosa Penyakit Melalui Tapak Tangan

Tags

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Salam sari..info yg sgt berguna tuk panduan kita...jap!nk rasa tapak tgn k.atie lak..hihi

    ReplyDelete
  2. Salam Sari,
    actually dh lama dah akak dok menjejak blog Sari ni. Actually Sari jadi my follower tapi tak meninggalkan jejak, tu yg akak takleh nak follow balik. Kebetulan hari tu singgah kat rumah siapa ya (dh tak ingat dah) ternampak nampak Sari. Info pasal tapak tangan ni sangat berguna, tks for sharing

    ReplyDelete
  3. assalam sari...info yang amat berguna..rasanya ada betul apa yus sampaikan tu..tq.

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah dan ukhwah,
    Tertarik dengan info yang bermanfaat ini......

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!