ASSALAMUALAIKUM wbt
UDANG lagik!!! Tuan rumah saya ni memang gila dengan udang jadi stok udang tu biasanya memang jarang putus. Lepas tu pulak gila makan sambal udang jadi stok cili kisar pun tak boleh kasi putus jugak. Jadi masa saya kena serang! tempohari, orang tua-tua kata pantang menggoreng di dalam rumah, tak kiralah sama ada orang yang kena serang tu menggoreng, ataupun orang lain yang menggoreng perkara tersebut adalah dilarang sebab dikatakan akan mengakibatkan kegatalan yang teramat pada si pesakit. Ya, memang betul sebab oleh kerana kerajinan saya memasak daging sambal tumis (aktiviti menumis pun tak boleh kerana ada minyak panas), saya rasa nak menangis menahan gatal sepanjang malam. Satu lagi pantangnya dikatakan tidak boleh memasak makanan yang berdarah, tu pun boleh mengakibatkan pesakit kegatalan yang tidak boleh tertahan... adush! Serik betullah.
Jadi saya pun mengintai-ngintailah koleksi resepi dalam simpanan yang tak perlu menumis ataupun menggoreng ni maka terjumpalah resepi Tomyam Songkhla ni. Sejenis masakan Thailand aka Siam yang didatangkan jauh dari Japang nun. Rumah orang ni memang bergasak makan macam-macam ada. Kalau tak percaya, haaa.. cuba pergi tengok kat sini. Terima kasihlah Hana resepi Tomyam Songkhla ni memang mabeles. Takyah pening-pening sangat masak tomyam yang penting... licinnnnnnnnn.. Sesiapa nak tengok resepi asal bolehlah tengok di sini.
RESEPI TOMYAM SONGKHLA
by : pulutsekaya.myresipi
source : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
Cara-cara - 5 ekor udang (lagi besar lagi sedap)
- 1 batang serai diketuk
- 1 ulas bawang merah dimayang halus
- 1 ulas bawang putih dimayang halus - saya ketuk jer macam Hana buat
- 1 labu bawang besar merah/holland dibelah 4
- 1 biji tomato dibelah 4
- 2 helai daun limau purut dikoyak2
- 4-5 biji cili api dipotong2/ketuk
- 1/2 biji limau nipis
- 1-2 cawan air ikut suka
- sos ikan/garam secukup rasa
- sedikit daun bawang dihiris- saya macam Hana guna daun ketumbar
- Didihkan air bersama serai dan bahan yg dimayang.
- Setelah mendidih masukkan udang,bawang besar, tomato dan daun limau.
- Bila udang dah masak boleh letakkan dalam mangkuk.
- Taburkan cili api dan daun bawang,perahkan limau masa nak makan(jika perah awal jadi pahit)
- Sedia dihidang.
sedap tu...nak cikit....:)
ReplyDeletesedap ni saya suka mkn tomyam..:)
ReplyDelete