MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam arab asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerang kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi kurma laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin MH17 minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sardin sayur sejarah selfie semur seram SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Friday, January 25, 2013

KENAPA MYKAD SERI KANDI DITEBUK ?

ASSALAMUALAIKUM...

TIDAK perlu isi borang cuma tunjuk Mykad jika anda ingin menggantikan Mykad lama dengan Mykad baru. Ya, betul. Tiada pen, tiada kertas dan borang, tidak perlu salinan Mykad asal/lama tetapi cuma bawa diri anda dan Mykad. Kalau Mykad hilang itu Seri Kandi tak tahulah ya, kenalah tanya dengan orang yang ada pengalaman. Bagi orang lelaki adalah digalakkan untuk anda berpakaian berwarna gelap (jika tiada anda boleh menyarung vest yang disediakan) dan bagi wanita muslim yang bertudung pakailah tudung yang berwarna terang tetapi jangan hitam. Seri Kandi cadangkan anda pakai tudung warna merah supaya menyala-nyala menyerlah. Macam gambar Mykad lama Seri Kandi di bawah tu ;-))))

Ambil nombor giliran anda dan tunggu nombor dipanggil, duduklah di kaunter untuk mengesahkan cop/cap??? ibu jari kanan dan kiri anda. Lepas tu sahkan alamat jika masih sama atau ada pertukaran. Ambil gambar dan selepas siap semua proses, Mykad lama anda akan dipulangkan dalam keadaan asal (tidak ditebuk, digunting atau sebagainya) bersama satu salinan resit yang perlu dibawa ketika menuntut Mykad baru yang telah siap. Errr.. Kak Zuwaidah bagitahu Seri Kandi ketika menggantikan mykad tidaklah pula mykad lamanya ditebuk macam Seri Kandi. Kenapa ya??? Hehehehe.. Meh Seri Kandi cerita.. jeng! jeng! jeng!

Selepas selesai urusan memperbaharui Mykad, maka Seri Kandi pun bergerak ke bangunan lain untuk memperbaharui Pasport Malaysia Seri Kandi yang akan tamat tempoh pada Jun 2013. Sama seperti proses memperbaharui Mykad, tiada lagi borang yang perlu diisi cuma tunjukkan pasport dan nyatakan tujuan anda. Borang cuma perlu diisi sekiranya anda hendak menggantikan/ memasukkan gambar baru atau nombor Mykad. Sekejap sahaja nombor Seri Kandi dipanggil. Seri Kandi kemudian menyerahkan pasport lama dan Mykad Seri Kandi. Kemudian bila Seri Kandi letak ibu jari di mesin pengimbas, kakitangan kaunter Imigresen yang manis dan tidak lokek senyuman itu terdiam dan mengeluh sedikit.

"Urmmm, tadi puan baru 'renew' Mykad ke?"

"Ya," Seri Kandi dah cuak masa ni.

"Maaf puan, tak boleh nak 'renew' sebab data dah berubah," Astaghfirullah, terperanjat Seri Kandi. dahlah Mykad Seri Kandi cuma akan siap dalam tempoh tiga bulan lagi. Untuk pengetahuan kawan-kawan, ada sedikit tidak kenormalan berlaku menyebabkan Mykad Seri Kandi cuma akan siap dalam tempoh tiga bulan berbanding tempoh biasa, sebulan. Kenapa? Nanti Seri Kandi cerita di lain entry.

Seri Kandi dah gelabah masa ni. Ialah, Seri Kandi dan ER adalah merancang untuk ke sesuatu tempat sedikit hari lagi. Habislah plan Seri Kandi :'(

"Habis tu, saya tak boleh 'renew' ke?"

Kakitangan kaunter tu senyum manis, "Boleh, tapi puan kena gunakan dokumen pengenalan sementara."

"Macammana tu?"

"Puan pergi semula ke kaunter yang puan proses Mykad tadi, puan minta dokumen pengenalan sementara. Nanti dia akan bagi satu dokumen warna hijau, puan datang balik ke kaunter ini," Kakitangan kaunter tersebut menyerahkan kembali pasport lama, kad pengenalan dan nombor kaunter kepada Seri Kandi. Ingat ya, jika kita berurusan dengan kaunter kerajaan ini, segala nombor kaunter tu jangan dibuang sehinggalah urusan kita tamat.

Apalagi, dengan gagahnya Seri Kandi pun pergilah semula ke bangunan membuat Mykad tadi. Nasib baiklah sepelaung sahaja jaraknya tapi rasanya ada jugalah 500 kalori terbakar, hehehehe. ER pula menguruskan urusan Iman yang memohon memasukkan nombor kad pengenalan di kaunter yang lain pula.

Di sana, Seri Kandi diminta untuk pergi ke kaunter di mana Seri Kandi berurusan tadi dan Seri Kandi nyatakan tujuan Seri Kandi untuk mendapatkan dokumen pengenalan sementara kerana Seri Kandi hendak memperbaharui pasport. Seri Kandi tunjukkan Mykad dan salinan resit urusan Seri Kandi tadi dan disemak dan kakitangan JPN tersebut terus memproses dokumen pengenalan sementara Seri Kandi tanpa perlu menunggu atau mengambil nombor lain. Kemudian, Mykad Seri Kandi terus ditebuk di 'cip' dan satu tebukan lagi dan ia tidak sah lagi digunakan dan Seri Kandi sekarang menggunakan dokumen pengenalan sementara untuk sebarang urusan rasmi. Macam ER, walaupun beliau juga dalam proses memperbaharui Mykad tetapi ER masih lagi menggunakan Mykad lamanya yang dah separuh patah tu, hehehehe. Itulah jawapannya kenapa Seri Kandi punya Mykad ditebuk. Semoga penjelasan Seri Kandi ini dapat memberi manafaat kepada semua yang belum lagi berkesempatan untuk memperbaharui Mykad .


Tamat.

15 comments:

  1. Kakak tak ada pengalaman ini. Tempohari kakak renew passport senang aje sebab masih guna ic lama. Tak tahulah bila nak tukar.

    ReplyDelete
  2. Kena tebuk tu macam kejam je. Haha

    ReplyDelete
  3. kira ok la tue dia tebuk jer...saya punya ic lama dia ambik terus bila kita tukar baru....huhuhu

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi mykad ditebuk.. sbb belum berganti pun lagi.. hehe.. kalau ic lama dulu digunting tepinya aje..

    ReplyDelete
  5. maklumat dan pgetahuan baru ni...:)

    ReplyDelete
  6. Owhh...kisahnya... Thank u kak, sharing experience.

    ReplyDelete
  7. sy pun nak tuka ic ni kak....da lama rasanya....

    ReplyDelete
  8. gitu pulak kisahnya ye..kita tak tukar IC lagi..alamat pun dah tukar..huhu..

    ReplyDelete
  9. saya pun pakai tudung kaler merah! tudung yang ada kat jpn tu sebenarnya. ehehehe..

    ReplyDelete
  10. Begitu ceritenyer...one good ecperience. Tapi di imigresen KL ni nak renew passport perlu photo baru dan isi borang. Lain pulak kaedahnya. Awat dia org tak standardised satu malaya ni kan senang.

    ReplyDelete
  11. Begitu ceriternyer. One good experience. Tapi di Imigresen KL kalau nak renew passport perlu ambik photo baru dan isi borang. Passport lama akan digunting (sayangnya) dan dikembalikan. Kalau zaman 80an dulu, nak renew still pakai yg lama sekiranya masih byk mukadurat kosong cuma lekat sticker saja bagi tempoh tahun yg kita renew. Hmmmmmmm

    ReplyDelete
  12. Ayu barukan y lama. Kes macam y awal2 kak yus syer.

    Lps tu smpai kes renew pasport ayu terus baca sebiji2..
    Seriusss xtauu.

    Hehhe


    thanks laling bkongsi

    ReplyDelete
  13. nice day :)
    hargailah hari kemaren,
    mimpikanlah hari esok,
    tetapi hiduplah untuk hari ini.
    bagi-bagi motivasinya yaah...

    http://wisataoutboundmalang.com/

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi mengomen... jangan mengomel sudahlah ya.. hihihi

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?