MESTI KLIK

Sahabat Seri Kandi

Pada-Mu Ku Bersujud

Pada-Mu Ku Bersujud

Labels

aaron aziz aboo acar ady putra aidilfitri ais krim apa cerita apam asam pedas award ayam bali Bandung Batam BelangaSatu belasungkawa belimbing bengkel bihun biskut raya blogger bloglist blueberry BMI Boboiyot bola Bono boycott buah burasak burger cake in jar cendawan cerita bersiri coconut shake coklat cookies cookies & ginger cream puff cucur cuti jumaat cutiecakemaker daging diabetes doa donut durian embun fear factor malaysia fettucinne filem GA goreng gulai kawah gunung kinabalu gyoza hari lahir hidayah ikan ikan bakar Ilham Iman itik jalan-jalan jeruk Johor jus kad kaki kambing Kapten Zaharie karaoke kari kasut keju kek kek cawan keluarga kenangan kentang kepala kerutub ketam kisah pelajarku kucing kuey teow kuih melayu kuih tradisi laksa laksa janggus lala lawak legoland legoland water park lembu lemon lempeng lepat link best lobster lontong love u mr arrogant macaron makan makanan laut mangga MAS masakan barat maulid meatball medan mee melaka merdeka mesin minuman mistik monopod muffin Munduk myChef Mykad nangka nasi nasi ayam nasi padang nenas ngeteh no label novel nukilan untuk teman nutella ombre oreo page Pak Chu Pak Itam panduan pasta pastri pau pavlova Pekanbaru Penang pencuci mulut pengantin penne petua pie pie maker pisang pizza pod premix promo pulut racun rahsia rainbow cake ramadan ramadhan raya red velvet rendang resepi adigun resepi ibu Riau rock roselle roti roti canai roti jala rumah terbalik sabah safee sali saja salam salam maulid sambal sayur sejarah selfie semur SeriKandi Cintaku siput soto sotong spaghetti sup swans cream puff tagged tapai tart tauhu tayar tazkirah Teluk Kumbar telur tempahan tempoyak terbang tetel tinggi tomato tortilla tudung tulang twisties ubi udang ulangtahun perkahwinan untuk dijual upin ipin villa nabila wang western wheels wordless wednesday yang popular Yaya zonan

Search Alam Sari

Loading...

Thursday, January 31, 2013

BATAM, SYURGA SIAPA?

ASSALAMUALAIKUM...
google image - Hotel Seruni
 
google image - lobi hotel
google image - beginilah ruang dalaman bilik Seri Kandi, mungkin gambar lama, kini tv LCD
UNTUNGNYA tinggal di Hotel Seruni adalah sekurang-kurangnya terdapat empat buah rumah makan Nasi Padang yang berhampiran selain beberapa kedai yang menjual makanan panas pada waktu malam. Seri Kandi dan ER hanya perlu menyeberang  sebatang jalan kecil sahaja untuk menikmati nasi padang di rumah makan yang tertulis Goyang Lidah. Seram sejuk jugaklah Seri Kandi baca nama yang terpampang di papan tanda kedai tapi bagi Seri Kandi ia tidak sehebat menikmati nasi padang di Restoran Simpang Raya di Bandung. Tapi yang pentingnya nasi padang, kannnn. Seri Kandi agak ralat di sini kerana tidak ada sambal ijonya yang mengancam-ngancam gitu. Kerana makan berdua, kami hanya pilih empat lauk sahaja iaitu dua keping ayam goreng potongan kecil yang dua-duanya dibelasah ER, dua kepingan ikan tongkol dimasak lemak cili api yang tak berapa berapi yang dua-duanya dihabiskan Seri Kandi, satu piring kecil sambal terung ijo dan sepiring kecil gulai daging tetel bersama dua pinggan nasi dan segelas ais limau, kami membayar sebanyak Rp100.000. Mahal tak? Bagi Seri Kandi mahal, looo. Dan dari pengalaman Seri Kandi kos makan ketika bercuti di Indonesia amatlah mahal dan ini diakui oleh beberapa kenalan Seri Kandi yang berbangsa Indonesia sendiri.

sila sengetkan kepala untuk pilih lauk
Gendang gendut tali kecapi.. lepas makan Seri Kandi dan ER terus menyusur kaki lima kedai dan menyeberang jalan utama menuju ke Nagoya Hill Shopping Mall. Lama tak berjalan kaki, agak mengahlah juga Seri Kandi dan dah bacapun namanya 'Hill' kan, jadi jalannya agak mendaki. Sebaik kaki melangkah masuk ke komplek beli belah yang terkenal di Batam ini Seri Kandi agak ternganga sedikit. Sudahlah besar, banyak sungguh kedai yang menjual beg tangan yang berjenama walaupun khabarnya semuanya adalah cetak rompak sahaja tapi kualitinya setanding dengan yang asli. Tengok depan beg tangan, jangan pandang belakang pun beg tangan, toleh kiri beg tangan, toleh kanan beg tangan. Syurgaaaaaaaaa bagi wanita yang gilakan beg tangan pastinya. Seri Kandi?? Aduh! Duh! Berpinar-pinar biji mata Seri Kandi. Cakap saja nak jenama apa, warna apa, corak apa, beriben, takde riben, polos, berantai dan macam-macam stail, sungguh banyak pilihan. Kalau nak dibelek satu-satu mahu sampai malam Seri Kandi di situ. Tapi, jangankan beli, membelek sikit tu adalah. Seri Kandi memang tak kuasalah lebih-lebih lagi Seri Kandi memang tidak berniat pun nak membeli. Seri Kandi hanya meneman ER memilih beberapa pasang kemeja untuk pakaian pejabat sahaja. Bagi yang tak tahu, Seri Kandi ni memang tak berapa pandai 'window shopping' jadi lepas beli apa yang patut dan tengok apa yang tak patut kami pun balik semula ke hotel. Tapi tetap juga pusing habis-habisan dalam Nagoya Mall tu, aduh.. lenguh lutut.. hehe.


google image Nagoya Hill waktu siang
Dan ramai sungguh Seri Kandi nampak kaum wanita yang ber'shopping' sakan kat dalam mall tu terutamanya warga Singapura. Macammana tahu? Kami orang-orang Johor ni memang boleh cam tau sama ada orang tu warga Malaysia, Indonesia atau Singapura dari gayanya sahaja, hebatkan?? Hehe. Seri Kandi tak nampaklah pula ada bapak-bapak gula yang mengepit anak-anak gula kat dalam mall tu macam yang selalu Seri Kandi dengar dan baca tentang ramai warga tua berkahwin dengan gadis muda di Batam. Tapi Seri Kandi tak tahulah pula kalau destinasi mereka di tempat lain kerana sepanjang perjalanan Seri Kandi tak perasan pulak tentang kewujudan rumah-rumah urut atau tempat-tempat libur tidak seperti ketika Seri Kandi ke selatan Thailand dulu... errr.. tak perlulah Seri Kandi cerita kat sini ya.
google image - malam di Nagoya Hill
google punya google rupanya ini gambar dari blog Kak Lady... Kak Anie, minta izin kak, pinjam fotonya ya

fav Seri Kandi!
meriah sungguh!
cuci tekak dengan jus kedondong (kiri) dan strawberry rainbow... sedap!!
cenderahati dari Batam
Malam itu selepas menyegarkan diri dan minda sekali lagi kami berjalan kaki menyusur kaki lima kedai menuju ke restoran yang memang sudah kami 'aim' sejak petang iaitu Restoran Siti Nurbaya. Walaupun pada mulanya ER ada plan hendak menikmati makanan laut yang segar di satu tempat tu (Seri Kandi lupa nama) tapi kami bertukar fikiran kerana masih kenyang lagi makan nasi padang. Kami bercadang hendak pekena makanan panas yang ringan-ringan saja dan hanya menempah sekeping murtabak dan sepuluh cucuk sate daging yang ditulis sate padang serta tiga gelas jus buah-buahan. Harganya, Rp95.000, agaga!!!


sate padang - daging diperap sama lada dan garam dan kuahnya... kuahnya... urmmm...
murtabak ini betul-betul sedap!
Jus Alpukat - wajib order jika ke mana-mana destinasi Indonesia
Jus Sirsak - tak pernah jumpa seenak ini!
gigih menyiapkan masakan
Esoknya, sebaik selepas sarapan dan mengemas barangan kami membuat keputusan untuk 'check out' awal dan terus ke Batam Center. Kami memeriksa jadual feri (Eh! Kenapa tetiba entry Seri Kandi jadi karangan budak Tahun 5 ni???) dan feri terakhir adalah pada jam 5.45 petang (waktu Indonesia lewat sejam dari Malaysia). Memandangkan kami ni belum puas lagi berjalan jadi ER mencadangkan untuk kami menyeberang ke Batam MegaMall yang bersambung dengan Batam Center. Seri Kandi nikan selalunya kalau berjalan ke obersi (obersi sangatlahkan) memang tak lepas kepit dengan ER (bukan ngada tapi seram) tapi di sini Seri Kandi boleh berjalan seorang tanpa rasa bimbang kerana Batam khabarnya bebas dari gelandangan (ada papan tanda tentang ni) dan Seri Kandi sendiri berasa selamat. Tidak ada peminta yang mengejar Seri Kandi dan tidak ada juga yang mengetuk cermin kereta meminta simpati ketika berhenti di persimpangan lampu merah. Seri Kandi tak tahulah kalau memangnya tempat yang Seri Kandi lawati ini bukannya kawasan mereka ya.

memilih-milih CD artis Indonesia untuk kenangan
CD Hafiz pun ada!
Magnum Gold?
Seri Kandi rasa sampai di sinilah cerita Seri Kandi tentang Batam. Gigih betul Seri Kandi mengarang ni tau sampai tiga hari tiga malam. Bagi yang ingin melihat sendiri dan menjejakkan kaki di sini cuma ada dua cara sahaja iaitu melalui jalan laut melalui feri dari Stulang Laut (kalau dari Malaysia) atau jalan udara melalui Firefly.
pemandangan di pertengahan jalan
Cara ke Batam melalui feri dari Malaysia : Melalui Terminal Feri Stulang Laut, Zon Bebas Cukai, Johor Bahru. Anda boleh meninggalkan kenderaan anda di lot letak kereta Zon Bebas Cukai dengan bayaran yang berpatutan.

Harga tiket pergi balik : RM125/seorang termasuk cukai. Untuk perjalanan balik, anda cuma perlu tunjukkan tiket balik ke mana-mana kaunter tiket feri ke Malaysia dan akan dikenakan bayaran tambahan (cukai sana) sebanyak Rp110.000 atau boleh dibayar dengan wang Malaysia RM40.

Jarak/ Masa perjalanan : 1 1/2 jam

Hotel yang dicadangkan : Berhampiran Terminal Feri / Batam Mega Mall - Harris Hotel
                                          Berhampiran Nagoya Mall/ Rumah Makan Nasi Padang - The Hills,
                                          I Hotel, Hotel Seruni.

Perkhimatan udara : Firefly (Subang - Batam)

awan dan langit yang memukau
yey! kapal terbang!
babai!!






Wednesday, January 30, 2013

47,450,000 LANGKAH BERSAMAMU

ASSALAMUALAIKUM...

JIKA purata seorang wanita menangis sebanyak 30 kali dalam setahun mungkin Seri Kandi telah menangis sebanyak 390 kali sepanjang tempoh perkahwinan Seri Kandi dengan ER. Eh! Biar betul, banyaknya... hehehehe. Eh! Tak semestinya Seri Kandi menangis kerana ER. Wanita kalau menangis atas banyak sebab. Merajuk dengan suami tu semestinyalah masuk dalam senaraikan, mungkin stress di tempat kerja, stress di rumah dan stress tak cukup fulus, hehehehehehe. Tu semuanya boleh jadi punca untuk Seri Kandi menangis.

Tapi yang Seri Kandi nak cerita di sini bukanlah tentang tangisan Seri Kandi tetapi Seri Kandi nak canang (hehehe) bahawa pada hari ini, 30 Januari 2013, Seri Kandi dan ER menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 13. Seri Kandi kira-kiralahkan, kalaulah Seri Kandi dan ER sejak dari awal perkahwinan dulu menyahut seruan kempen berjalan 10,000 langkah sehari tu, sekarang ini Seri Kandi dan ER telahpun melangkah sebanyak 47,450,000 kali sepanjang tempoh perkahwinan kami. Urmmm, Seri Kandi rasa belum berapa jauh lagilah. Seri Kandi percaya setiap insan bercinta tentunya mengharapkan perjalanan yang lebih jauh lagi walaupun semakin jauh berjalan itu kita akan menempuh lebih banyak onak durinya namun itu semua akan lebih mematangkan kita cuma sama ada onak dan duri yang melukakan itu akan semakin menguatkan kasih sayang atau membuat kasih sayang berkurangan, pandai-pandailah kita mencabut duri itu dan menyembuhkan lukanya.

Bagi Seri Kandi selain dari doa yang setiap hari Seri Kandi panjatkan agar perkahwinan ini berkekalan, Seri Kandi rasa adalah penting agar setiap pasangan itu sentiasa membajai cinta yang disemai ketika diijabkabul dulu. Pokok yang disemai 13 tahun lalu itu walaupun kini mungkin telahpun berakar tunjang namun tidak mustahil dahannya adakala bergoyang dan bergoncang. Macam lirik lagu P Ramlee tu, jom nyanyi sikit...

"Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri..".. kan.. kan...

Seri Kandi juga rasa beruntung kerana ER ini walaupun dari segi luarannya orang nampak ER ni garang dan bengis tapi tak pernah lagi ER meletak tangan pada Seri Kandi. Dan ER juga seorang yang amat mengambil berat tentang perbelanjaan rumahtangga dan perbelanjaan pembelajaran Iman Fatiha. Seri Kandi juga rasa terharu kerana kasih sayangnya terhadap Seri Kandi tetap utuh (kot!) dari zaman pinggang Seri Kandi secekak sampailah tak boleh nak dicekak, hehehehe.


Mudah-mudahan percintaan kami hingga ke syurga di sana nanti, Amin.. amin.. Ya Rabbal Alamin... Tolong doakan untuk kami ya :-)))))







Tuesday, January 29, 2013

NGERI-NGERI AYAM DI BATAM?

ASSALAMUALAIKUM...

SEMASA keluar dari kawasan parkir The Hills itu kami ternampak sebuah hotel yang kelihatannya agak baru, I Hotel dan ER mencadangkan agar bapak teksi itu membawa kami ke sana tetapi menurut bapak teksi itu harga bilik di I Hotel agak mahal.

"Eh! Tak apalah... pergi saja ke sana," kata ER.

"Jangan bang. Mahal tu di sana, kita tengok Seruni saja ya."

Kami pun terus di bawa ke Hotel Seruni yang terletak kira-kira 400 meter dari The Hills. Sebaik sampai, ER dan Seri Kandi terus ke kaunter lobi untuk bertanyakan tentang bilik. Alhamdulillah, masih ada bilik deluxe lagi yang berharga Rp405.000 iaitu kira-kira RM128. Bagi Seri Kandi agak berpatutanlah dengan keadaan hotel yang Seri Kandi jangkakan mungkin ada dua atau tiga bintang ni. Kalau nak dibandingkan dengan Harbourbay Amir, Habourbay Amir tu nampak lebih baik tapi macam Seri Kandi beritahu tadi agak jauh dari segala kemudahan seperti mall, makan dan sebagainya. Berbeza dengan Hotel Seruni yang berdekatan dengan komplek membeli-belah dan banyak pula terdapat rumah-rumah makan nasi padangnya... ish! Kecur pulak Seri Kandi, hihihi.

Jadi, selepas mendapatkan kunci bilik kami terus menunggu lif untuk naik ke bilik kami di tingkat tiga. Ternyata ramai sekali yang menunggu lif yang sebuah itu.

"Maaf ya, bang. Lif ini lagi jem," beritahu bellboy yang bertugas di situ.

Aduhai, jenuh betul menunggu lif. Rasa macam nak lalu tangga pun ada. Akhirnya dengan susah payah dapatlah juga kami menaiki lif tersebut. Dengan lafaz Bismillah dan salam Seri Kandi membuka pintu bilik.

"Allahhhh," ER senyum kambing pada Seri Kandi. Seri Kandi geleng-geleng kepala. Seri Kandi tak bersalah sebab Seri Kandi dah pilih hotel yang baik tadi, siapa suruh tak nak... hahahaha.

Dengan harga RM128, Seri Kandi rasa bilik tu agak baiklah juga berbanding dengan sebuah bilik hotel cinonet yang Seri Kandi pernah tersewa di KL dulu. Biliknya sederhana dengan sebuah katil bersaiz raja, lengkap dengan LCD TV dan peti ais. Cuma, ia bukanlah sebuah bilik hotel yang mewah. Bilik mandinya lengkap dengan tab mandi tapi untuk berendam dalam tu, tidaklahhhh Seri Kandi. Malah untuk ambil gambar pun Seri Kandi tak berani sebab Seri Kandi macam seram-seram gitu takut ada imej lain yang timbul dalam skrin kamera Seri Kandi. Alhamdulillah, walaupun ada rasa ngeri tapi tidur malam Seri Kandi agak lena diulit mimpi dan tiada apapun yang menghantui. Ngeri-ngeri ayam tu rupanya cumalah perasaan Seri Kandi, hihi.

Seri Kandi belum pernah jumpa lagi susu pekat manis coklat seumpama ini di Malaysia.
Seri Kandi beli di kedai runcit kaki lima ni tau, satu tin Rp8.000. Nak beli banyak-banyak berat pulak nak bawa :(


BATAM .. JALAN-JALAN MAKAN ANGIN!

ASSALAMUALAIKUM...

SELAMA ini bila mendengar nama Batam, Seri Kandi selalu sahaja berfikiran negatif. Batam yang selalu dikaitkan sebagai syurga lelaki. Batam yang dikatakan tempat lelaki tua Singapura dan Malaysia berlibur dan berpeleseran.  Batam yang dikatakan terkenal dengan wanitanya yang cantik manis dan lemah lembut serta pandai menggoda. Semua ini melahirkan satu persepsi yang negatif terhadap Batam kepada Seri Kandi dan Seri Kandi rasa kepala dan telinga Seri Kandi jadi besar dua kali ganda bila panglima Seri Kandi memberitahu hendak ke Batam bagi satu kunjungan persahabatan antara Media Johor dan Media Batam tahun lepas.

Lewat kunjungan ER ke Batam, ER beberapa kali mengajak Seri Kandi untuk melihat sendiri keadaan di Batam. Tetapi bagi Seri Kandi, entah kenapa Seri Kandi tak berminat. Seri Kandi tetap juga berfikir yang bukan-bukan dan yang tidak-tidak. Ish! Teruk betul Seri Kandi nikan. Mengadil sebelum menilai dengan mata kepala sendiri. Menghukum hanya dari mendengar cerita orang lain.

"Jomlah.. jomlah..", ajak ER.

"Tak molah... tak molah..." balas Seri Kandi. "Apa ada kat Batam tu?" Seri Kandi jeling cemburu.

"Kita jalan-jalanlah.. kita makan-makan.. lepas tu kita ambil flight dari Hang Nadim kita pergi Padang," saran ER.

"Peh!" Kening Seri Kandi naik dua-dua belah. Aiii, dari dulu tak pandai-pandai naik kening sebelah macam Ziana Zain, kalau tidak pasti lebih terserlah kegarangan Seri Kandi, hihihi.

Baju belum dikemas malah jam 9, mandi pun belum. Kami masih berkira-kira untuk pergi ke Batam. Sebetulnya Batam memang ada dalam perancangan destinasi kami semasa Seri Kandi perbaharui pasport tempohari. Malam sebelumnya, pukul 12.30 baru sampai ke rumah. Jam 1 pagi baru dapat bermimpi. Urat-urat rasa macam tersimpul-simpul.

"Arghhhh! Duduk rumah lagi sedap," Seri Kandi menggeliat. Seri Kandi toleh ER di sebelah. "Jadi ke tak nak gi ni?"

"Entah, nak gi tak?" ER pun macam malas. Mungkin letih 'cover' dua perlawanan bola semalam belum hilang.

"Aik! Kita tanya dia, dia tanya kita balik, urmm".

"Nak gi tak?"

Seri Kandi angkat bahu, "Ba nak gi tak?"

"Ikutlahhh.." maksud ER segalanya sekarang bergantung 200% di atas keputusan Seri Kandi.

Seri Kandi tengok jam, dah 9.30 pagi. "Eh! Jomlah kita pergi." Seri Kandi dan ER bingkas bangun. Seri Kandi capai tuala. ER pun.. dan... setengah jam kemudian kami dah siap mandi dan kemas beg. Seri Kandi cuma bawa sepasang baju dan seluar, telekung dan baju tidur. ER hulur baju, Seri Kandi campak-campak jer dalam beg. Iman pula mengeluh penat, dia tak mahu ikut. Lebih rela tinggal di rumah nenek dengan Cik Embun. Seri Kandi pujuk-pujuk pun tak mahu. Urmmm, suka hati Iman ya. Jangan kata bonda dengan babah tak mahu bawa pula. Kami pergi tanpa beli tiket feri dan tanpa tempah bilik hotel. Kata ER, kalau tak ada bilik, kita tidur masjid. Adaka??


Kami sampai di Terminal Feri Stulang Laut kira-kira jam 11.55 pagi. Mujur tiket masih ada untuk perjalanan jam 12.30 tengahari. ER membayar harga tiket pergi balik untuk dua orang sebanyak RM250 termasuk cukai. Menurut kakitangan kaunter tiket tersebut, kami bebas memilih mana-mana feri (open ferry) dalam perjalanan pulang nanti dengan tambahan cukai sebanyak Rp110.000 seorang dan bebas juga memilih masa perjalanannya.

Walaupun dipanggil masuk seawal 12.10 tengahari ke balai perlepasan kami hanya dipanggil menaiki feri pada jam 12.45. Kira memang sudah sampai tahap mendatangkan marah jugaklah, huhuhu. Sampai di Terminal Feri Batam, urusan di kaunter Imigresennya agak mudah. Kami terus mencari teksi dan sebenarnya sehari sebelum ke Batam ni Seri Kandi adalah jugak meng-google hotel-hotel yang dicadangkan di Batam ni. Salah satu yang tersangkut di hati Seri Kandi adalah Harbourbay Amir Hotel yang dicadangkan oleh Kak Shahriah yang dah selalu ke Batam. Kadar tambang ke hotel tersebut adalah sebanyak RP55.000 iaitu kira-kira RM17. Ini adalah mengikut kadar pertukaran wang Seri Kandi pada masa itu ya.

Sampai di hotel, kami meminta bapak teksi itu menunggu sebentar untuk mengesahkan bilik. Manalah tahukan, kalau dah tak ada bilik lagi, aiii.. pengsan. Masih ada bilik lagi tapi... errr... kalau siapa yang selalu mengikuti siri jalan-jalan di Alam Sari ni tentu tahu apa yang dicari ER kalau sampai di tanah seberang nikan. Apalagi, nasi padang.. makan.. makan... dan tiada satupun yang berhampiran selain sebuah 'shopping mall'. Muka ER dah berkerut-kerut. Muka bapak teksi pun sama. Bapak teksi kata kalau mahu ke hotel di sekitar Nagoya maka dia boleh bawakan. Oh!Ya.. Nagoya tu satu kawasan daerah di Batam. Menurut ER, di Nagoya cukup lengkap kemudahannya. ER tanya Seri Kandi, nak duduk di situ atau di Nagoya? Seri Kandi kata, ikutlah mana-manapun. Akhirnya, bapak teksi itu terus membawa kami ke Nagoya dan kami di bawa ke The Hills yang betul-betul berdepan dengan Nagoya Shopping Mall. Sayangnya, The Hills sudah kehabisan bilik. Mujur ada satu hotel di belakang sikit dari The Hills tu masih ada lagi biliknya... maka tinggallah kami di situ dengan perasaan ngeri-ngeri ayam... hehehehe.


Bersambung....

Friday, January 25, 2013

KENAPA MYKAD SERI KANDI DITEBUK ?

ASSALAMUALAIKUM...

TIDAK perlu isi borang cuma tunjuk Mykad jika anda ingin menggantikan Mykad lama dengan Mykad baru. Ya, betul. Tiada pen, tiada kertas dan borang, tidak perlu salinan Mykad asal/lama tetapi cuma bawa diri anda dan Mykad. Kalau Mykad hilang itu Seri Kandi tak tahulah ya, kenalah tanya dengan orang yang ada pengalaman. Bagi orang lelaki adalah digalakkan untuk anda berpakaian berwarna gelap (jika tiada anda boleh menyarung vest yang disediakan) dan bagi wanita muslim yang bertudung pakailah tudung yang berwarna terang tetapi jangan hitam. Seri Kandi cadangkan anda pakai tudung warna merah supaya menyala-nyala menyerlah. Macam gambar Mykad lama Seri Kandi di bawah tu ;-))))

Ambil nombor giliran anda dan tunggu nombor dipanggil, duduklah di kaunter untuk mengesahkan cop/cap??? ibu jari kanan dan kiri anda. Lepas tu sahkan alamat jika masih sama atau ada pertukaran. Ambil gambar dan selepas siap semua proses, Mykad lama anda akan dipulangkan dalam keadaan asal (tidak ditebuk, digunting atau sebagainya) bersama satu salinan resit yang perlu dibawa ketika menuntut Mykad baru yang telah siap. Errr.. Kak Zuwaidah bagitahu Seri Kandi ketika menggantikan mykad tidaklah pula mykad lamanya ditebuk macam Seri Kandi. Kenapa ya??? Hehehehe.. Meh Seri Kandi cerita.. jeng! jeng! jeng!

Selepas selesai urusan memperbaharui Mykad, maka Seri Kandi pun bergerak ke bangunan lain untuk memperbaharui Pasport Malaysia Seri Kandi yang akan tamat tempoh pada Jun 2013. Sama seperti proses memperbaharui Mykad, tiada lagi borang yang perlu diisi cuma tunjukkan pasport dan nyatakan tujuan anda. Borang cuma perlu diisi sekiranya anda hendak menggantikan/ memasukkan gambar baru atau nombor Mykad. Sekejap sahaja nombor Seri Kandi dipanggil. Seri Kandi kemudian menyerahkan pasport lama dan Mykad Seri Kandi. Kemudian bila Seri Kandi letak ibu jari di mesin pengimbas, kakitangan kaunter Imigresen yang manis dan tidak lokek senyuman itu terdiam dan mengeluh sedikit.

"Urmmm, tadi puan baru 'renew' Mykad ke?"

"Ya," Seri Kandi dah cuak masa ni.

"Maaf puan, tak boleh nak 'renew' sebab data dah berubah," Astaghfirullah, terperanjat Seri Kandi. dahlah Mykad Seri Kandi cuma akan siap dalam tempoh tiga bulan lagi. Untuk pengetahuan kawan-kawan, ada sedikit tidak kenormalan berlaku menyebabkan Mykad Seri Kandi cuma akan siap dalam tempoh tiga bulan berbanding tempoh biasa, sebulan. Kenapa? Nanti Seri Kandi cerita di lain entry.

Seri Kandi dah gelabah masa ni. Ialah, Seri Kandi dan ER adalah merancang untuk ke sesuatu tempat sedikit hari lagi. Habislah plan Seri Kandi :'(

"Habis tu, saya tak boleh 'renew' ke?"

Kakitangan kaunter tu senyum manis, "Boleh, tapi puan kena gunakan dokumen pengenalan sementara."

"Macammana tu?"

"Puan pergi semula ke kaunter yang puan proses Mykad tadi, puan minta dokumen pengenalan sementara. Nanti dia akan bagi satu dokumen warna hijau, puan datang balik ke kaunter ini," Kakitangan kaunter tersebut menyerahkan kembali pasport lama, kad pengenalan dan nombor kaunter kepada Seri Kandi. Ingat ya, jika kita berurusan dengan kaunter kerajaan ini, segala nombor kaunter tu jangan dibuang sehinggalah urusan kita tamat.

Apalagi, dengan gagahnya Seri Kandi pun pergilah semula ke bangunan membuat Mykad tadi. Nasib baiklah sepelaung sahaja jaraknya tapi rasanya ada jugalah 500 kalori terbakar, hehehehe. ER pula menguruskan urusan Iman yang memohon memasukkan nombor kad pengenalan di kaunter yang lain pula.

Di sana, Seri Kandi diminta untuk pergi ke kaunter di mana Seri Kandi berurusan tadi dan Seri Kandi nyatakan tujuan Seri Kandi untuk mendapatkan dokumen pengenalan sementara kerana Seri Kandi hendak memperbaharui pasport. Seri Kandi tunjukkan Mykad dan salinan resit urusan Seri Kandi tadi dan disemak dan kakitangan JPN tersebut terus memproses dokumen pengenalan sementara Seri Kandi tanpa perlu menunggu atau mengambil nombor lain. Kemudian, Mykad Seri Kandi terus ditebuk di 'cip' dan satu tebukan lagi dan ia tidak sah lagi digunakan dan Seri Kandi sekarang menggunakan dokumen pengenalan sementara untuk sebarang urusan rasmi. Macam ER, walaupun beliau juga dalam proses memperbaharui Mykad tetapi ER masih lagi menggunakan Mykad lamanya yang dah separuh patah tu, hehehehe. Itulah jawapannya kenapa Seri Kandi punya Mykad ditebuk. Semoga penjelasan Seri Kandi ini dapat memberi manafaat kepada semua yang belum lagi berkesempatan untuk memperbaharui Mykad .


Tamat.

Thursday, January 24, 2013

SALAM MAULIDUR RASUL 1434H

ASSALAMUALAIKUM...
 
image kredit UTM
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
hari yang mulia penuh syahadah
bermulalah sebuah kisah
 
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awal yang cerah
20 April tahun gajah
lahirlah zuriat yang syahadah
 
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambutnya
lahirnya putera yang utama
 
Muhammad nama diberi
Gelaran yang terpuji
Nikmat Ilahi sama disyukuri
Terima putera yang berbakti
 
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam gelita jadi gembira
Terima junjungan mulia...




Wednesday, January 23, 2013

TUMPANG DUA KAKI

ASSALAMUALAIKUM...

SEBOLEH-BOLEH Iman nak buat mykad-nya kelmarin (sehari selepas hari lahir). Iman dah genap 12 tahun. Iman pun nak ada 'IC' juga ;p...... dan seboleh-bolehnya ER paksa Seri Kandi ikut walaupun cukuplah dengan kehadiran beliau sebagai bapa kepada Iman. Dalam mengelak-ngelak akhirnya Seri Kandi ikut juga. Seri Kandi bukan apa, Seri Kandi malas dan rimas kalau dah ramai-ramai dan berebut-rebut pulak nanti. Rupanya sekarang semua sistem sudah di hujung jari. Segalanya cepat dan pantas. Dan Seri Kandi pun tumpang sekaki buat mykad yang terkini... hehehe.


mykad lama dah ditebuk-tebuk sebab Seri Kandi gunakan dokumen pengenalan sementara.
Lepas tu, Iman kena ke bahagian pasport untuk masukkan nombor mykad. Dan... dan... memandangkan pasport Seri Kandi pun tamat tempohnya dalam enam bulan lagi, Seri Kandi pun perbaharui sekali. Kira ni bukan tumpang sekaki tapi dua kakilah kan... hehehe.

Seri Kandi rasa Seri Kandi makin cunlah... hahahaha..

Daaaaaaaaaaa...

Tuesday, January 22, 2013

COKLAT LOLIPOP OREO

ASSALAMUALAIKUM...


AMBOIIII.. banyak sungguh masa Seri Kandi ya taip entry panjang-panjang dan masukkan gambar banyak-banyak ek... Jangan tak tahu Seri Kandi ni selalu simpan draf. Biasa Seri Kandi akan curi-curi taip bila ada waktu terluang contohnya ketika rehat pagi, makan tengahari, pelajar ambil ujian dan silap-silap boleh membawa sampai ke malam dan kadang sambung semula esok pagi-pagi (sebab Seri Kandi sampai pejabat awal) barulah Seri Kandi publish. Kalau entry Seri Kandi panjang berjela tu adalah akibat dikarang dan diedit yang terlampau, haha sebab Seri Kandi memang seorang yang teliti ketika mengarang dan membaca. Kalau entry Seri Kandi tu agak ringkas tu maknanya Seri Kandi terus taip dan publish masa tu juga.. jadi jangan sangka yang Seri Kandi ni tak ada kerja pulak ya ;p Macam sekarang ni Seri Kandi sedang menyelia satu tugasan penilaian amali. jadi, daripada Seri Kandi melangut tengok pelajar ni dan tersangap-sangap sebab oksigen dah berkurangan baiklah Seri Kandi caj bateri dengan menaip entry yang Seri Kandi janjikan ini ;-)))))

Seri Kandi juga jarang buat entry auto publish sebab Seri Kandi nak tengok sendiri bulat-bulat macammana entry Seri Kandi selepas di'publish'. Seri Kandi taknaklah nanti akan keluar pula simbol-simbol yang tidak sepatutnya sebagaimana masalah yang dialami sekarang di mana blogger bermasalah untuk memasukkan gambar, perlu tukar dari 'compose' ke 'html' lepas tu nanti banyak pulak istilah dan simbol yang terkeluar. Memang blogger.com sekarang ni agak memeningkanlah.. pada Seri Kandilah, blogger lain mungkin okey jer, Seri Kandi nikan mudah panik, hehehe.

Sebagaimana yang semua sedia maklum (alahai... macam surat rasmilah pulakkan) Seri Kandi dah berjanji akan kongsikan cara untuk menghasilkan 'Coklat Lolipop Oreo' ini yang Seri Kandi buat untuk diagih-agihkan kepada kawan-kawan anaknda Seri Kandi, Iman aka Yaya di tahun akhir Iman bergelar kanak-kanak nikan, memandangkan ada permintaan untuk Seri Kandi kongsikan cara membuatnya. Tapi rasanya, kalau tak ada yang meminta pun tetap juga Seri Kandi masukkan entry di sini sebagai kenang-kenangan untuk diri sendiri. Sebelum membuat sendiri Coklat Lolipop Oreo ini sebenarnya Seri Kandi banyak merujuk kepada blog Kak Ita Masam Manis. Cuma Seri Kandi tidak masukkan coklat cair ke dalam piping bag macam Kak Ita dan lebih selesa menuang terus coklat yang masih cair ke dalam acuan lolipop oreo. Seri Kandi juga menggunakan periuk khas untuk mencairkan coklat jadi kerja Seri Kandi menjadi lebih mudah. Bagi yang tiada periuk khas ini, anda boleh mencairkan coklat mengikut cara tradisional dengan merujuk kepada blog Kak Ita di sini ya. Kepada Kak Ita, terima kasih atas budi baik Kak Ita berkongsi ilmu coklat oreo tu ya. Seri Kandi akan kongsikan di sini dalam bentuk gambar dan caption untuk rujukan kawan-kawan yang lain pula.

Mula-mula kenalah siapkan alatan dan bahan guna habisnya.. acuan untuk coklat oreo lolipop mesti ada. Jangan silap beli acuan nanti tak boleh pulak nak masukkan 'stick'nya.

Senarai bahan/ alatan :
1. Coklat Susu Compound (Seri Kandi guna jenama Beryls)
2. Biskut Oreo
3. Lolipop Stick
4. Edible Image
5. Acuan coklat yang sesuai
#Seri Kandi campur sedikit 'dark chocolate' jenama Le Bourne
 
Inilah periuk khas mencairkan coklat Seri Kandi. Untuk mencairkan coklat, suis pemilih hendaklah diletak di julat LOW, Julat HIGH tu untuk mencairkan caramel. (p/s Seri Kandi orang teknikal sebab tu tulis ayat skema gitu.. hehe)
kalau guna periuk ni sekejap jer coklatnya dah cair. Kacau-kacau sedikit bagi rata. Pastikan periuk bebas 100% dari air dan lembapan.
Buka lapisan oreo dan tekankan 'stick' di tengah atas krim. Tangkupkan semula biskut oreo
Seri Kandi tak masukkan coklat cair dalam piping bag macam Kak Ita tetapi Seri Kandi gunakan bekas bermuncung ni untuk memudahkan menuang coklat cair ke dalam acuan. Tuang jangan sampai separuh acuan pun ya, karang melimpah bila masukkan oreo.
kemudian letakkan biskut oreo yang telah dipasang 'stick' tadi ke atas coklat dalam acuan
tuang perlahan coklat cair hingga menutupi keseluruhan biskut oreo dan memenuhi acuan. Hentak berlipat acuan perlahan untuk meratakan aliran coklat. Simpan di dalam peti ais selama 10 minit.
dalam sepuluh minit sahaja semua coklat sudah boleh dikeluarkan dari acuan
Kalau Kak Ita sapu coklat cair di belakang edible image,
Seri Kandi sapu coklat cair di permukaan coklat oreo yang dah siap.

lekatkan edible image
buat sampai habis
masuk plastik kalau nak bagi orang.. kalau nak makan sendiri takyahlah plastik2.. hehe
lepas tu bolehlah ikat cantik-cantik ;-)))))))

cantik ka?????

Monday, January 21, 2013

OMBRE CAKE DI HARI JADI

ASSALAMUALAIKUM...


PERTAMA kali melihat ombre cake hati Seri Kandi telah terpaut. Kejadian tona warna tu memang menjadi kegemaran Seri Kandi yang berjiwa halus. Seri Kandi memang sukakan warna-warna yang tone begitu. Sebab itu berkali-kali hati Seri Kandi jatuh cinta setiap kali melihat kejadian ombre cake yang sebegitu rupa. Ombre Cake ini Seri Kandi kenal sejak pertengahan tahun lepas. Masa tu Seri Kandi sedang mencari-cari resepi butter cookies yang sedap sehinggalah Seri Kandi sesat di satu blog milik seorang Minah Saleh. Tapi masa tu Seri Kandi hanya mampu terpukau dan tak terfikir akan membuatnya sebab mood untuk membuat kek sepanjang tahun lepas benar-benar meredum. Tak tahulah kenapa kali ini Seri Kandi terrrrrajin pulak nak membuat kek sendiri. Cer tengok balik gambar-gambar hari jadi Yaya di bawah, baru Seri Kandi perasan cuma sekali saja Seri Kandi buat kek sendiri, hihi.


Sebenarnya pada mulanya Seri Kandi ingatkan nak buat Rainbow Cake sempena hari jadi Yaya ni. Lepas tu Seri Kandi fikir-fikir macam dah tak berapa relevan pulak dan ketinggalan zaman sebab semua orang dah belasah rainbow cake ni kenyang-kenyang Seri Kandi baru nak terhegeh-hegeh membuat. Jadi Seri Kandi nak buat sesuatu yang lebih 'up to date' lah konon-kononnya.. hehe. Tapi yang sebenarnyalahkan... (syhhhh! ini rahsia jangan gitau sesiapa eh) Seri Kandi malas nak buat dan mewarna sampai enam lapis.. huhuhu. Seri Kandi pilih warna ungu kerana Yaya amat meminati warna ini. Jadi, masa tengah cari-cari resepi Rainbow Cake tulah, korek punya korek, pilih punya pilih akhirnya Seri Kandi termakan hasutan Kak Madiha. Mana taknya, suami Kak Madiha yang kurang makan kek tu pun puji melambung, apakah maknanya???? Kepada Kak Madiha, terima kasih ya kerana telah merrr-rekomen kek ini yang Kak Madiha korek dari blog Kak Zu Semanis Gula. Resepi asalnya pula dari Shuhairi Shuhaini.. haaa.. panjang sungguh sejarah kek nikan. Ada beberapa nama lagi yang Kak Madiha sebut, terima kasih kepada semuanya yang tak lokek berkongsi resepi. Rasa macam tak puas buat, seronok sangat agaknya sebab dah terlalu lama tak membuat kek hilang jugak gian Seri Kandi ni... hehehe.


Disebabkan Seri Kandi menggunakan loyang 9" jadi Seri Kandi olah semula resepi asal kek ini dengan menambahkan sukatan sebanyak 60%. Seri Kandi juga telah mengubah semua sukatan dalam gram kecuali penggunaan sudu kecil sebab Seri Kandi pening nak sukat guna cawan bila ditambah 60% tu maklumlah Seri Kandi tak berapa pandai ilmu hisab ni. Adunan kek Seri Kandi bahagikan kepada empat bahagian sahaja rasanya dah memadai untuk menjadikannya ombre. Bagi sesiapa yang lebih suka menyukat guna cawan dan hendak gunakan loyang 8", bolehlah tengok resepi Kak Madiha di sini. Kepada Kak Madiha, Kak Zu dan Shuhairi, Seri Kandi minta maaf kerana telah menderhakakan kejadian Rainbow Cake akak-akak semua.. huhu.


Ombre Cake Alam Sari (saiz 9", berat hampir 3kg)
Resepi Asal : Rainbow Cake Shuhairi Shuhaini
Sumber : Kak Madiha

Bahan-bahan :
600 gm Tepung Gandum**
6 1/2 sk serbuk penaik** (diayak bersama)
400 gm mentega
500 gm gula kastor
8 biji putih telur
3 sk esen vanilla
600 ml susu segar atau susu penuh krim

Cara-cara :
1. Panaskan ketuhar 170 - 180 darjah selsius, sapu mentega di sekeliling (separuh ketinggian loyang sahaja) dan bawah loyang dan alaskan dasarnya dengan baking paper.
2. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang dan putih.
3. Masukkan putih telur, putar lagi hingga gebu. Masukkan esen vanilla, putar rata.
4. Perlahankan putaran, masukkan susu berselang-seli dengan tepung dan serbuk penaik yang diayak bersama. Putar hingga sebati dengan kelajuan perlahan.
5. Bahagikan empat bahagian, pilih satu warna tema.
6. Bahagian satu, masukkan 1 1/2 sk pewarna, bahagian kedua 1 sk pewarna, bahagian ketiga, 1/2 sk pewarna dan bahagian keempat, suku sahaja pewarna.
7. Bakar setiap bahagian selama 25 minit. Cucuk tengah kek untuk menguji sudah masak atau belum.
8. Jangan lapis kek kerana ia mudah melekat.

Untuk lapisan krim, Seri Kandi guna resepi berikut :
500 gm krim keju
250 gm mentega
1/2 cawan gula icing
2 sk jus limau nipis
Caranya -
1. Putarkan krim keju dan mentega hingga gebu bersama gula icing. Masukkan jus limau nipis dan putar sebati.

# Seri Kandi masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas setiap lapisan rata-rata. Mulakan dengan bahagian pertama dahulu (yang berwarna paling gelap).

Untuk menyalut keseluruhan kek, Seri Kandi guna resepi berikut :
250 gm krim keju
125 gm mentega
1/4 cawan gula icing
1 cawan non-dairy whipping cream
Caranya -
1. Putar non-dairy whipping cream dengan kelajuan tinggi selama dua minit. (masa ini ia sudah kental - pastikan krim ini baru keluar dari peti sejuk dan terus diputar. Goncang kotak sebelum tuang ke dalam mangkuk. Selepas putar ketepikan dahulu.
2. Dengan mixer yang sama boleh terus putar krim keju, gula icing dan mentega. Kemudian campurkan dengan non-dairy whipping cream tadi. Putar sebati.
3. Masukkan dalam piping bag yang telah dipasang nozzle bintang atau mengikut citarasa anda dan paipkan ke kek mengikut citarasa.
4. Simpan sementara krim yang telah diputar (yang masih dalam mangkuk) di dalam peti sejuk sementara anda memancit krim di dalam piping bag ke atas kek.

# Di sini juga Seri Kandi ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang telah sudi meninggalkan komen dan mendoakan untuk kesejahteraan dan kejayaan anaknda Seri Kandi. Budi baik rakan-rakan sekalian hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Seri Kandi doakan rakan-rakan semua sentiasa di dalam rahmat Allah SWT hendaknya, Aminnn.

p/s Seri Kandi dapat beberapa permintaan cara menyediakan lolipop oreo tu, esok InsyaAllah akan Seri Kandi kongsikan ya... tungguuuuuuuu!

I untuk Iman... untuk entry akan datang Seri Kandi akan tukar nama Yaya ke Iman ya..

DEMI MASA

MENGHITUNG HARI

Anda Sukakan Ini?