Monday, April 9, 2018

SALTED EGG SPAGHETTI

Assalamualaikum...

MALAM semalam,  Sk mencuba menu fusion sebagai hidangan makan malam untuk kami sekeluarga.  Asyik makan masakan yang sama kan bosan jugak. Sk syak,  Sk ni ada darah mat saleh tau sebab tu agaknya selalu jemu makan masakan melayu..  Kui kui.

Salted Egg Spaghetti ni pertama kali Sk lihat menunya di sebuah cafe yang terletak di Kuala Lumpur.  Nampak macam sedap aje dan bila Sk cuba ternyata ianya sangat sedap dan menepati citarasa Sk yang memang sukakan masakan yang berlemak-lemak ni.  Iman pun bukan main suka dan pesan untuk Sk masakkan sebab dia nak makan banyak-banyak..  Kah3.


Salted Egg Spaghetti

Bahan-bahan:
1/2 bungkus spaghetti direbus mengikut arahan pada label. 
Toskan. 

Sos Egg Salted

Bahan-bahan:
100 gm butter
4 ulas bawang putih dicincang halus
5 - 7 tangkai cili api dihiris
1 tangkai daun kari
1 tin susu cair
1/2 tbs serbuk lada putih
1/2 tbs gula pasir 
1 biji telur masin dihancurkan. 

Cara penyediaan :
1. Panaskan kuali dan cairkan butter. 
2. Tumiskan bawang putih dan cili api hingga wangi. 
3. Masukkan daun kari,  tumis lagi. 
4. Masukkan susu cair,  kacau sentiasa hingga mendidih. 
5. Masukkan telur masin, kacau terus sehingga sos menjadi pekat. 
6. Masukkan spaghetti dan serbuk lada sulah. 
7. Gaul sehingga sebati dan bolehlah dihidangkan. 

Sk hidangkan bersama Grilled Tiger Prawn with Mozarella Cheese.  
Nanti Sk kongsikan resepinya okey. 

Wassalam. 


5 comments:

  1. sedapnya....please jemput kita datang rumah..lepas tu akak buatkan....boleh tak...hehehe

    ReplyDelete
  2. Waaa nanti nak try le...mesti sedap ni ...

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak seriiii.. dilah penah makan sekali salted egg spegetti ni.. mmg sedap.. tp sygnya restoren tu dah tutup dahhh..

    ReplyDelete

Tak nak komen ? .
Urmmmm.. malaslah nak cerita lagi :) ..