MAKAN DI SAN FRANCISCO COFFEE - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI SAN FRANCISCO COFFEE

Assalamualaikum…

SAN FRANCISCO COFFEE.. atau dikenali dengan nama SF Coffee, jika dilihat pada nama mungkin kita hanya membayangkan café ini hanya menjual kopi sahaja tetapi di sebaliknya SF Coffee menjanjikan hidangan barat yang boleh membuatkan anda terindu-rindu dengan menu di café ini. Melayankan Iman, teringin sangat katanya nak makan di SF Coffee, jadi petang semalam kami singgah ke sini untuk menikmati hidangan bercitarasa Itali. 


Ultimate Vanilla untuk Iman dan Cookies & Cream pilihan Sk.
Dua-dua sedap namun Sk lebih sukakan Cookies & Cream.
Mushroom Soup merupakan menu Add-On cuma RM 5.20 sahaja dihidangkan bersama tiga keping roti Perancis. Sk suka tekstur sup yang tidak terlalu pekat dan cair serta ada kepingan cendawan yang segar cuma sayangnya roti tidak dibakar dan disapu dengan mentega bawang putih.
Ultimate Vanilla RM17.00
Cookies & Cream RM16.00


Linguine Beef Bolognese pilihan Iman.
Pastanya dimasak sempurna dengan sos Bolognese yang melimpah.
Sedap dan tidak mengecewakan bagi peminat sos tradisi.
Harga RM13.70


Sk keliru nak makan pasta jugakah atau makan roti cicah mushroom soup sahaja.
Nampak ada lasagna, hati terdetik mulut menyebut, kahhhh.
Sk lebih sukakan lasagna di Pizza Hut tapi yang ini pun sedap cuma Sk tak suka rasa tomato yang banyak memberikan rasa masam pada lasagna ini.
Harga RM15.10


Tak perlu menunggu lama semua hidangan sampai sekelip mata, macam magik pulak, hahaha.
I Love SF Coffee.. muahhhhh!



Food...…
love me not
love me not
love me not
love me not
love me not



Selera kami sama, jadi lepas makan separuh kita tukar-tukar pinggan yang pasti mesti makan sampai licin jangan membazir kerana itu amalan syaitonnnn.

Jom ke SF Coffee!

7 comments:

  1. wahhh.. sedap.. lapar tgk gambar ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. Bila nak dating dengan kita pulakkk huwaaaaaa :(

    ReplyDelete
  3. peh..hari tu sebab dah kenyang..sampai tak order pasta dia tau...sebab hari tu dah banyak makan...perut dah semakin sempit gamaknya...tapi tekak nak lagi cuba...ok..nanti repeat lagi

    ReplyDelete
  4. Bolognese dia sedapppp..da pernah try carbonara...errr, not recommended..

    ReplyDelete
  5. Fuhhh...tak pernah merasa....nanti nak try ar.... Ha ah.jgn membazir.... Kalau tak habis...kena bawak balikkk.bahahaa..rugi duit gitu

    ReplyDelete
  6. haahhahahaa.. ain gelak2 baca blog kak seri.. cookies n cream.. masa haritu ain order air ni. sis lin ckp "eee air budak2" hahaahaaa..

    ReplyDelete
  7. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih