NASI GORENG SEAFOOD DAUN PISANG

Assalamualaikum...


DAH beberapa kali Encik Rizar ajak makan kat sini.  Tapi asyik tak jadi..  Banyak betul alasan untuk tak makan di sini.  Contoh..  Tak ada parking,  parking jauh,  leceh,  meja tak ada,  kena beratur, mahal dan macam-macam lagilah. Tapi,  nak tutup 2018 kita pergilah supaya tak disebut-sebut lagi
😁😁😁


Yang istimewa di sini,  nasi goreng dibungkus daun pisang selepas digoreng dan dihantar panas-panas ke meja.  Goreng pulak guna kuali burger tu haa.. 

Dulu..  Sedap jugaklah nasi goreng ni,  tapi ni rasa macam nasi goreng kicap. 
Rm8 sebungkus


Ikan Pari Bakar Sambal
Sambalnya rasa macam sambal tumis hangit. 
Rm45.50 setengah ekor


Kata kangkung murah
Tapi ni RM7 sepiring
Oh,  agaknya belacan mahal
😤😤😤


Sotong Bakar Sambal
RM21 seekor


Agaknya kalau ambil. Lobster tu entah berapa ratuih kena semelih.. 

Last laaaa! 

5 comments:

  1. Kekekeke kita dah lama pangkah Kak makan sini, sebab mahai dan tak sedap..
    Sekarang ramai pergi dekat Taman Bukit Dahlia belakang Proton anak Lin kerja..
    Sama juga nasinya macam ni dan murah, orang melayu kita..
    Lin je belum try, kawan-kawan semua dah try..

    ReplyDelete
  2. Macam mahal aje rasanya.
    Ikan pari tu berapa sen sangat kalau beli sendiri di pasar

    ReplyDelete
  3. baru ingatt nakk pi merasee... alahai.. pengasashashtag #makanmakankurus dah kata gini...hahaahhaa...

    ReplyDelete
  4. Mak ai kak..mahalnyaaa..huhuhu..nak pergi pun kena fikir berapa kali

    ReplyDelete
  5. uih...mahalnya..rasa macam tak berbaloi kalau Mak inche #makanmakankurus kata hidangan tak sedap..at least kalau sedap ,bayar mahal pun puas hati..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih