YEO SEKELUARGA ATAU ONG SHUN YANG SEDAP?

Assalamualaikum... 

SEMALAM..  Sk menghadiri Majlis Apresiasi Staf syarikat tempat Sk bekerja.  
Bagi yang dah lama follow blog Sk tentu tahu yang Sk merupakan pengajar di sebuah kolej. 
Tapi tu dulu laa..  Sk kini tak lagi mengajar tapi ditempatkan di bahagian penyelaras 
di mana Sk akan menjaga rekod pelajar.  
Jadi,  malam tadi jumpa ramailah kawan-kawan tempat lama dulu 
yang kini cuma jumpa di fb dan ig sahaja.  
Perkara ditanya bila berlaga pipi kebanyakannya tentang makan.  
Wahhh..  Asyik makan jer kau ya... Hahahha..  
Apa lagi wakkk..  Cerita pasal makanlah yang ramai orang suka baca,  ya tak?
  
Jadi,  seperti biasa,  kali ni Sk nak cerita pasal makan lagi.  
Dah banyak kali juga rasanya Sk membawa pembaca ke Restoran Yeo Sekeluarga ni,  kan.
 Jom kita pergi lagi.  Lama juga tau sebenarnya kami tak singgah ke sini. 
Rindu bau laut dan kebetulan pergi beli barang di Mydin Nusajaya,  
maka tempat yang paling best untuk makan adalah Restoran Yeo Sekeluarga.

Lepas tu dalam perjalanan balik tu kita anak-beranak bincanglah.. Ong Shun ke Yeo yang lagi sedap..
hehehe.


Hot Plate Bean Curd sini sedap.
Suka betul Iman bila hot plate ini diletakkan di atas meja sebab masa makan di Ong Shun hari tu bean curd tak dihantar ke meja kami. Nah, makan puas-puas. Jangan lupa tiup kalau tak nak lidah melocot.



Chicken Lemon.
Sk dan Iman lebih suka chicken lemon di sini berbanding dengan Ong Shun sebab kuahnya pekat ditambah hirisan kulit lemon. 



Salted Egg Sotong
Kalau di Yeo agak kering tapi di Ong Shun lebih creamy dan berkuah.
Tapi.. dua-dua Sk suka.



Daging Black Pepper
Ong Shun sedap lagi, dengan daging yang lebih lembut dan lebar serta dipotong nipis.



Baby Kailan Oyster
Sama-sama sedap kot.

Nak makan di Ong Shun klik link di bawah

4 comments:

  1. uik nampak sedap pulak chicken lemon tu!

    ReplyDelete
  2. permisi min numpang share ya :)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat di f@ns*p0ker || add pin black.berry 55F97BD0
    segera dapatkan promonya dan menangkan uang jutaan rupiah hanya dengan minimal deposit 10.000
    ayo buruannn ditunggu apa lagi cepetan daftar ya ditunggu lo ^^

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih