KARI KAMBING .. NAK LEMPENG.... - Alam Sari Di Tanah Jauhar

KARI KAMBING .. NAK LEMPENG....

Assalamualaikum... 


GARA-GARA ternampak Lempeng Pekak Kambing Semalam yang lalu di wall fb Sk beberapa hari lepas, terus tekak ni teringin sangat nak makan Kari Kambing, hahaha. Ceritanya, Khamis lepas.. pejabat Pak Inche buat sambutan hari raya yang terlajak. Jadi, adalah makanan berlebihan tu, kawan Pak Inche  tolonglah bungkuskan untuk kawan-kawan. Lepas tu, Pak Inche dah letak tepilah yang dia punya, ada Nasi Tomato, Kari Ikan dan Ayam Masak Merah sebungkus tiap satu. Tup-tup masa nak balik tu, bungkusan Pak Inche tak ada, telah tertukar dengan kawan dia yang lain. Kelam kabut balik pakai sauk ajelah agaknya. Yang tu ada dua bungkus Nasi Tomato dan tiga bungkus Ayam Masak Merah, hahahahah. Kelako… Nangis kawan tu sampai rumah tengok nasi ada sebungkus, ayam merah sebungkus, dahlah anak ramai, adeh. Nak ngantokan jauh pulak, anggaplah rezeki masing-masing.

Jadi, sebab nasi tomato tu ada lagi sebungkus, teringin pulak nak makan dengan kari kambing. Tapi sebenarnya yang paling teringin nak makan dengan lempeng pekak, hahaha. Jadi, kita buat karinya dulu, nanti besok-besok boleh layan dengan lempeng pekak.. gituuuu. Oh, ya.. daging kambing ni Sk beli yang kiub frozen dari pasaraya NSK. Sekarang suka beli simpan buat stok dan ni sebenarnya dah beli dari sebelum puasa, hahaha. 

Resepi Kari Kambing Sk

1 bawang besar (potong baji)
1" halia (hiris)
1 batang serai (ketuk)

Rempah Tumis
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 biji pelage
5 bunga cengkih

Bahan Kisar
3 sb cili kering dikisar 
6 ulas bawang merah dikisar
3 ulas bawang putih diketuk
2 tangkai daun kari
2 sb rempah kari daging campur dengan sedikit air jadikan pes
minyak untuk menumis
Air secukupnya
15 kiub daging kambing
2 biji kentang potong 4
1 asam keping
1/2 sb garam
1/2 senduk susu cair
Tomato (Sk tak ada stok)

Cara-cara :

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, halia, serai, tumis hingga bawang layu.
2. Masukkan bahan yang dikisar, tumis lagi hingga terbit minyak.
3. Masukkan daun kari dan rempah tumis, tumis lagi dan masukkan pes kari.
4. Tumis lagi hingga terbit minyak. Tambah air sedikit-sedikit sambil dikacau, biar sekejap hingga terbit minyak, ulang beberapa kali hingga rempah cantik di kuali.
5. Selepas itu bolehlah masukkan kentang dan kambing, tambah air secukupnya dan masak sehingga kambing empuk.
6. Masukkan asam keping dan garam.
7. Masukkan susu cair, kacau rata dan mendidih, tutup api.

Nota : Jika menggunakan periuk noxxa, untuk langkah ke 5, tekan HP 15 kali dan letakkan tombol di Pressure. Bila sudah selesai, off kan HP lepaskan wap. Buka tutup periuk dan onkan fungsi stir fry. Boleh teruskan langkah 6 dan 7.
Jangan letak terlalu banyak air jika anda menggunakan periuk noxxa.


6 comments:

  1. First time baca lempeng pekak, kenapa pekak....aduyaiii..kari kambing memang fav tapi makan sebulan sekali je..

    ReplyDelete
  2. Mmg regunya lempeng Sama Kari kambing ni SK..
    Sedapnya 😋

    ReplyDelete
  3. Terus rasa nak beli kambing embekkkkk hehehehehe

    ReplyDelete
  4. Me2call4u is free Video chat, video call app is ideal for one-to-one conversations that you can meet and match fun and interesting single all over the world in seconds.

    ReplyDelete
  5. kenapa hari ni baru bacaaaaaaaaa..kenapaaaaaaaaaa...

    kalau beberapa hari lepas, boleh datang bawak perut

    ReplyDelete
  6. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih