SARAPAN DI JELAPANG

Assalamualaikum...


SENGAJA kali ini Sk memujuk Pak Inche untuk mengambil pakej penginapan tanpa sarapan di Ipoh. Kali ini nak teroka sarapan orang Ipoh,  nak sarapan di warung atau kopitiam.  Sarapan di kedai mamak pun boleh,  asalkan bukan sarapan di hotel.  Jadi,  acara percutian kami tiga beranak lebih santai dan tak terikat dengan waktu sarapan buffet hotel iaitu antara 7.00 pagi - 10.30 pagi. Malas nak bersiap awal-awal sebenarnya,  kalau lambat sangat turun alamat memang tinggal yang dah dirandau sahajalah, huhu.

Seperti biasa,  kita kena tengok apa wishlist makan-makan Pak Inche.. hehehe.  Sebenarnya beberapa hari sebelum bertolak,  Pak Inche telah menunjukkan kedai sarapan viral di Ipoh iaitu Suhaimi Cafe. Sejenis yang tidak membantah,  Sk ikut saja selera Pak Inche.  Tapi,  bila kami sampai ke destinasi,  begini (sila tepuk belakang tangan) panjang orang punya beratur...  Phewwww!

Disebabkan kami ada beberapa urusan lain selepas itu,  kami memilih untuk bersarapan di tempat lain.  Kata Pak Inche,  kita tengoklah mana-mana ada warung,  makan dekat situ jer. Alhamdulillah,  dalam beberapa kilometer di hadapan ternampak warung yang meriah dengan pelanggan.  Siap ada busker lagi tu yang sedang mendendangkan lagu lama,  lupa pulak tajuk lagu tu,  hihi.  

Tengok suasana kedai,  Alhamdulillah,  nak makan apa,  semua ada. 

Nak sate pun ada. 
Makanan Johor pun ada tau seperti Soto dan Lontong. 
Makanan Pantai Timur ada jugak iaitu Nasi Dagang dan pelbagai kuih talam. 
Roti Canai pun ada,  Roti Telur Goyang pun ada. 


Tak lama duduk,  seorang kakak datang mengambil pesanan.  Sk tanya,  apa yang paling femes di sini. Dia jawab,  Mee Kari.  Memang nampak ada ramai pelanggan yang sedang menjamu Mee Kari.  Jadi,  tanpa berfikir panjang,  Sk pun minta mee kari.  Padahal,  bukan minat sangat pun dengan Mee Kari.  Yanv kelako,  Pak Inche pun boleh follow..  Hahaha.  Jeleslah tu,  nanti kita makan mee kari sedap, hahaha. 

Alhamdulillah,  tak mengecewakan rasa mee karinya tu. 


Iman pilih makan Soto Nasi.  Lama tak makan makanan Johor katanya.  Bila soto sampai,  Sk pelik jugak,  kenapa bihun.  Rupanya,  suhun goreng,  penuh dalam mangkuk.  Rasanya pun tak mengecewakan la.  Cuma tak ada rasa rempah soto yang asli. 



Takut tak kenyang order jugak roti canai dan roti bom..  Hahahaha. Tengok piring roti dia,  alahai,  macam nak bagi budak-budak makan,  huhhu. 


Separuh mangkuk sudah Iman menikmati soto nasi.  


Iman kata,  lagi seronok makan macam ni. 
Kalau kat hotel,  pagi-pagi dah kena mandi dan pakai lawo-lawo,   hahahahaha.



3 comments:

  1. Nampak sedap makanan tu semua ha..SA pun suka sarapan macam ni...best sebab banyak pilihan cuma kurang gemar kalau tempat tu viral..sure tak dapat makan atau banyak makanan dah abih

    ReplyDelete
  2. Kita tengok serimuka tu sedap benooo....sedap ke tak?

    ReplyDelete
  3. Eh lawanya spek iman...awat baru perasan sekarang?

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih