SATU MALAM DI MOTY HOTEL, MELAKA - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SATU MALAM DI MOTY HOTEL, MELAKA

Assalamualaikum…

KALAU kita google atau buat carian, hotel apa yang paling famous di Melaka, Hotel Moty adalah antara nama hotel yang tersenarai. Ini mungkin gara-gara satu post dari seorang tetamu yang pernah menginap di hotel ini, yang katanya luar setinggan, dalamnya lima bintang. Sebagai seorang yang selalu ke Melaka, Sk beberapa kali mencuba untuk menembusi bilik hotel ini dengan harga diskaun sayangnya tidak kesampaian. Sehinggalah percubaan Pak Inche yang berjaya mendapat harga di bawah RM150 untuk satu malam, terima kasihlah Pak Inche yang sudi menunaikan impian Mak Inche,  hahahaha..  Lalu jomlah kita ke Moty Hotel!


Ramai yang kata,  lepas ni honeymoon la selalu Mak Inche dan Pak Inche,  hahaha.  Kiranya Moty Hotel ni destinasi pertamalah kunun-kunun..  Jadi,  sebaik sampai ke Melaka,  kami terus check-in di sini dan merancang untuk keluar malam-malam jer memandangkan perut masih kenyang mentekedarah makan-makan di Tanjung Malim. Lobi hotel memang cantik dengan tema keemasan,  tak sabar nak tengok bilik. Oh ya, sebelum tu kena bagi deposit RM200 dan seperti biasa akan dikembalikan semasa check-out. Terkejut jugak ui dengar RM200, hahahaha. 


Kolam renang indoor yang dibuka sehingga 9 malam.  Jadi,  tak ada masalah nak berendam berenang di dalam apa jua cuaca.  Takyah risau panas,  takyah naik kalau hujan. Teringat Iman yang suka sangat berenang, pantang nampak kolam tak sabar nak terjun.  Ehhhhh..  Siapa kata orang badan besar tak reti berenang,  jangan pandang sebelah mata tauuu. Dah..  Jom tengok bilik! 


Sebaik pintu dibuka dan kad dimasukkan ke dalam slot kunci untuk mengaktifkan fungsi elektrik,  hanya wow wow dan wow sajalah yang keluar dari bibir. Memang cantik sangat biliknya dengan latarbelakang coklat keemasan. Semua permukaan berkilat-kilat memantulkan cahaya.  

Okey, tengok katil pun boleh tahulah kan macam mana nyenyaknya kami tidur, hahaha.


 Ruang mandi dan bilik hanya dipisahkan dengan sekeping kaca lutsinar. Tapi jangan risau,  kalau anda inginkan privacy, ada bidai yang boleh diturunkan. 

Alhamdulillah, tak ada 'orang' main ketuk cermin bilik air malam-malam.


Maaf,  lupa nak turunkan penutup mangkuk tandas,  hahaha. Ruang bilik airnya mewah dan kalau suka bolehlah berendam di bath tub sambil tengok tv. Antara hotel yang Sk pernah tinggal dengan konsep ini ialah Hilton Hotel PJ,  Weil Hotel Ipoh dan Novotel Hotel Melaka. Tu jerlah seingat Sk. Tapi kalau tengok dari segi kemewahan,  rasanya Moty ni yang paling mewah sekali kelengkapannya tapi kalua dari segi klasik, Weil Hotel lebih rare.


Ini macam tak perlu lagi nak mengintai dari tirai kamar,  hahahaha.  Putih berkilat tab mandinya jadi memang tak was was la kalau nak berendam dalam tu. 


Kalau rajin bolehlah mandi susu atau mandi bunga,  barulah aura seri naik ke muka..  Teringat Iman dulu kecik-kecik suka sangat berendam air sabun dalam bath tub.  Haishh!  Lagi-lagi teringat Iman,  huhu. 


Kit mandian hotel memang berlambak-lambak kat rumah tapi setiap kali ke hotel tetap pungut jugak sebab rasa rugi jer kalau tak ambil bawa balik. 


Ruang kerja.  Nak jadikan ruang mekap macam tak sesuai sebab tak ada cermin.  Tapi tak apa,  banyak jer cermin disediakan  dalam bilik sekurang-kurangnya empat cermin besar dalam bilik dan satu cermin dalam bilik air tapi...  semua cermin tu gelappp.. Ialah,  dengan latar belakang coklat gelap keemasan,  lampu kuning,  cermin tona hitam,  apa yang nampak.  Nak sapu bedak pun tak rata,  hahaha. Nasib baik cermin dalam bilik air teranggg.


Lupa nak tunjuk almari. Ada jubah mandi disediakan tapi Sk selalu musykil jubah mandi ni dia ganti hari-hari ke?  Hahahaha. Seterika juga disediakan ya,  taklah tudung kita ronyok, bolehlah gosok sekejap tapi Sk memang dah gosok tudung siap-siap dari Ipoh,  ada bekas lipat peduli apa,  pakai jer.. hahaha.


Tv saiz sederhana.  Rasanya mana-mana hotel pergi tak boleh lawan tv Hilton Hotel PJ.  Begini oiii besarnya (sila baca sambil depa tangan luas-luas)


Ruang mengopi. Pilihan teh dan kopi yang biasa.  Tapi cerek elektrik bukan jenis yang biasa-biasa. Macam hotel lain,  ada peti sejuk mini disediakan.


Malam tu kami jalan kaki jer ke pasar karat yang berdekatan. Pasar karat pun biasa-biasa aje, tak banyak barang menarik pun. 


Sarapan.. Punyalah kecik pinggan makan dia bagi,  hahahaha.  Kedekut ke apa tatawlah tapi seriuslah,  pinggan kuih dijadikan pinggan makan,  ni tak bagi orang ambil makanan banyak-banyak ke apa,  hahaha.  Pilihan makanan okey jerlah,  ada nasi lemak,  American breakfast,  kuih muih,  jus dan minuman panas. Takoyaki macam tak nampak pulak.


Jadi, kesimpulannya, adakah kami akan repeat lagi Moty Hotel kalau ke Melaka?
 Jawapannya TIDAK.. hahaha.  Sebab apa?  Pertama sebab breakfast dia tak best, pinggan kecik cenonet, hahaha.  Kedua sebab bosan. Bosan giler tau tak duduk terperuk dalam bilik macam ni. Lebih baik cari bilik yang bila kau selak tirai kau nampak laut, sawah padi atau nampak hutan batu pun tak apa. 


Dari kau nampak ni… huwa huwa huwaaa.

Nak tambah sebab ketiga.. kemudahan meletak kereta yang tidak memuaskan. Parking bawah jejambat jer tanpa kawalan keselamatan setidaknya pasanglah sport light waktu malam.

5 comments:

  1. Huiiiiii...bukan main mewah lagi dekoration dalam bilik...terus masuk dalam wishlist...depo RM200 no wonder la..setanding dengan keadaan dalam hotel kan....nasib dia pulangkan semula..

    ReplyDelete
  2. Kakakah memang baca review, dia punya view yang tak best kak, tapi best sebab dekat gan bazar karat, tapi tidur selesalah..tapi ...eh tapi lagi...
    Dah lepas ni jangan ke sini kakakakakakah!

    ReplyDelete
  3. Best nya bilik walaupun pemandangan luar err... Shortlist dululah

    ReplyDelete
  4. haduii...part last tengok pemandangan tu spoil gila..Tapi bilik nampak ok sikit kan kak seri...hahaha

    ReplyDelete
  5. Oppsssss..baru masuk list nak stay situ..sekali tak jadi la pula bila baca riview ni..huhuhuhu...patutla bilik gelap je rupanya pemandangan hancussss berderai..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih