MENGETEH DI WARUNG MAK RAM

Assalamualaikum... 

MENJEJAKKAN kaki ke Warung Mak Ram atau kini juga dikenal dengan nama Warung Abang Man bagai mengembalikan nostalgia zaman berbasikal singgah membeli Goreng Pisang ketika zaman sekolah.   Malah ada kalanya,  kami adik beradik sanggup berjalan kaki demi kerana hendak membeli Goreng Pisang Mak Ram serta Cucur Udang dengan Kuah Kacang. Warung ini telah wujud sejak puluhan tahun dan tetap menjadi tumpuan warga Tampoi untuk mengeteh. Hakikatnya,  Mak Ram sendiri sudah lama kembali ke rahmatullah,  benarlah kata pepatah,  harimau mati meninggalkan belang,  manusia mati meninggalkan nama.  


Tempat pertemuan warga pencen juga.  Tentunya mereka ke sini sejak zaman remaja. Sambil menikmati gorengan panas atau nasi lemak atau mee bungkus kertas sambil bersembang kisah silam. 


Sebut sahaja nak kuih apa,  hampir semua kuih tradisi ada termasuk cekodok pisang yang dicucuk ke lidi dengan harga hanya 50 sen secucuk.  Kuih muih di sini,  RM2 untuk 5 biji.  Zaman kuih empat seringgit telah lama berlalu. 


Goreng pisang,  tempe,  keledek,  cendawan semuanya ada.  Tak Johor la kalau tidak dicicah dengan sambal kicap yang pedas dan hangat.


Di bahagian belakamg kedai bertimbun-timbun lagi pisang menunggu dicelup ke dalam tepung lalu menyusur ke dalam minyak panas menggelegak. 


Kalau suka anda boleh mencuba stail menikmati gorengan yang cukup rare dengan mencurah kuah kacang,  sos dan sambal kicap...  

Dan tak ngetehlahhh kalau tak ada Teh Tarik satu!!! 
😁😁😁

Alamat :
Jalan Pisang,  Kampung Pasir,  Tampoi

5 comments:

  1. Sedapnya...weekend ni nak buat la cucur udang kuah kacang....eh...lupa...kena pantang lagi.......lambatnya 30 Okt...

    ReplyDelete
  2. Pernah sekali dulu pergi makan sini..lama sudah tak pergi ...

    ReplyDelete
  3. warung² macam ni jugak kan yang sedap kak..Duduk mengopi..uih...best

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih