TAK MASAK PUNYA PASAL, BERAS SAMPAI BERKUTU - Alam Sari Di Tanah Jauhar

TAK MASAK PUNYA PASAL, BERAS SAMPAI BERKUTU

Assalamualaikum...

MASIH ingat tak lagi kisah Pak Inche yang diberi peluang berbelanja sebanyak RM300 dalam masa dua minit di Giant Plentong? Boleh baca ceritanya DI SINI

Antara barang yang sempat Pak Inche sambar dalam cabaran itu ialah dua botol minyak masak dan sekampit beras 10 kilogram. Masa tu pulak kami baru aje beli barang dapur termasuk minyak dan beras. Jadi, fikirkan tak payahlah beli beras bulan depannya, kita pun seronok sajalah tambahan beras yang dibeli adalah beras berjenama yang jarang sangat berkutu dan biasanya beras sepuluh kilo akan habis dalam jangkamasa sebulan lebih.

Tapi.. ewah.. ewah.. dari sejak beberapa bulan lepas, bukan sahaja dah jarang memasak tetapi kuantiti beras yang dimasak pun dikurangkan sebab asyik tak habis. Nak kata diet, macam gems aje, hahahaha. Nak kata makan di luar selalu pun, boleh jadi jugak. Beras yang sedia ada tak luak, beras yang ni pulak dah mula berkutu. Dari luar beg plastik lutsinar mulanya Sk nampak seekor dua aje, lama-lama eh dia makin membiak pulak. Ish ish ish.. ni kalau dibiar mau semua tinggal beras kosong aje, marilah kita bertindak! 


Geli sebenarnya tapi kalau dibiar makin menjadi. Semua beras tu Sk tuang dalam tong beras selepas mengeluarkan baki beras lama yang tinggal untuk lapan kali masak agaknya, hahahaha.
Lepas tu, Sk ambil tuala bersih dan letakkan di permukaan beras. Macam mana datang idea tu, spontan jer. Sk fikir kutu tu akan naik ramai-ramai atas tuala, senanglah kita nak buang dia. Jadi, Sk terus serkup jerlah permukaan beras dengan tuala untuk beberapa hari dan.. tu diaaa.. meremang oi bulu roma. Nasiblah kutu beras, kalau kutu manusia………. eiiiiiiiii. Sambil taip ni pun gatal tengkuk oi.. hahaha.


Geram punya pasal, SK curah dengan air panas. Mampus kau!! Hahahaha

Adeii.. yang peliknya beras berkarung-karung kat pasaraya tu tak berkutu pulak ek???

7 comments:

  1. SA la tu..jarang masak..beras basmati yang 5kg tu berkutu..ni dah kali kedua dah ni...nak guna la petua ni..guna tuala eh..percaya tak utk SA beras 5kg tu boleh guna 4 bulan?

    ReplyDelete
  2. dulu kak rose pun sllu jd macam ni... sekarang bli beras basmathi yg 5kg dan simpan dalam fridge... bio lapo kutu tak dapat makan!

    ReplyDelete
  3. Uishhh kita baca pun meremang jadinya kak uiii..
    Beras kita jarang berkutu sejak guna tempat beras yang ceduk ikut keprluan tu, kalau sebelum ni kita masuk dalam bekas tipuware tu, lama tak guna mesti berkutu..skrg alhamdulilah tak..

    ReplyDelete
  4. kannn pelik laa...kenapa yang kat pasaraya tak berkutu ek? sebab suhu bilik berbeza ke?

    ReplyDelete
  5. Harap2 berasnya masih boleh diselamatkan

    ReplyDelete
  6. Letak cili kering. Dalam beras..Cuba la. Dan bekas beras bertutup rapat. Takde udara vacuum ..

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih