MAKAN DI NEW HOLLYWOOD, IPOH - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MAKAN DI NEW HOLLYWOOD, IPOH

Assalamualaikum... 

PERNAH tak,  apabila anda singgah ke sebuah restoran untuk mengisi perut,  anda rasa macam nak makan semua makanan yang dijual di situ?  Haaa..  Macam tulah Sk dan Pak Inche bila berada di Restoran New Hollywood yang terletak di Ipob ni.  Haaa..  Jangan bosan pulak,  balik-balik cerita pasal Ipoh,  bak kata adik Sk,  Ipoh dengan JB dah macam JB dengan Batu Pahat sahaja jaraknya,  hahaha. 

Sekurang-kurangnya sejak Iman berada di Ipoh,  telah tiga kali kami makan di New Hollywood ini.  Ia ibarat syurga makanan,  sebutlah nak makan apa,  semua ada.  Mungkin ada jugaklah yang tak ada,  Asam Pedas dan Nasi Beriyani memanglah tak ada..  hahahhaa.  

Tapi,  boleh dikatakan semua makanan yang menjadi identiti orang Ipoh ada di sini dan jika anda peminat Chinese Food,  anda pasti sukakan tempat ini..  Jom tengok apa yang sempat kami cuba di restoran yang sentiasa penuh dengan pelbagai kaum yang harmoni ini. 


Roti Telur Goyang
Dua keping roti yang disapu margerin dan dipecahkan telur separuh masak ke atasnya.  Tak ada kaya ya,  Sk tak pasti jika dia boleh letak kaya tapi jangan risau jika anda suka ada kaya boleh minta dengan peniaga char kue yang ada kat situ.  Ya..  Char kue kat sini makan dengan kaya tapi lupa pulak Sk nak ambil gambarnya char kue Sk,  huwa huwa huwa. 


Lhoo Bak atau Yong Taufu Goreng.  Boleh dikatakan semua yang datang ke sini mesti makan Lhoo Bak ni tapi menurut penjual ni tidak semua Lhoo Bak di pasaran halal jadi pastikan halal baru beli. 


Puding Karamel yang cair di mulut.  Pudingnya sangat lembut dan halus dengan gula hangus yang sedikit pahit tapi Iman kata sedap lagi Puding Karamel Nasi Ganja,  hehehe. 


Nasi Ayam..  Haaa..  Nampak macam..  Alaa..  Nasi Ayam jer kan,  tapi serius nasi ayamnya sangat sedap dari rasa nasi sampai ke cili sos,  memang Nasi Ayam Ipoh Mali laaaa.. 


Kuey Teow Goreng yang sangat sedap dengan udang dan kerang.  Sk memang suka kuey teow yang digoreng kering berbanding dengan kuey teow berkuah tu. Kuey Teownya dihidang bersama sos cili homemade. 


Sanggup tanya kat meja pelanggan lain kat gerai mana dia beli Mee dalam pinggan kaca ni,  hahahah.  Ini ialah Mee Udang,  boleh pilih nak bihun atau mee kuning.  Oh ya,  di sini konsepnya gerai-gerai ya,  memang setiap makanan tu dijual di gerai yang berasingan. 


Lapar nasi??? 
Nasi Kandar pun ada tau..  Ayam gorengnya rangup di luar dan gebu di dalam.  Ayam goreng Nasi Ganja pun tak sedap macam ni tauuu.. 

Jadi,  kalau ke Ipoh jangan lupa singgah ke sini tau. Eh,  lupa nak bagitahu,  kopi ais dia power giler!!! 

New Hollywood Canning Garden
Buka setiap hari 7 pagi hingga 10 malam






11 comments:

  1. Ya allah...SA kalau tgok entry makan- makan SK ni sure telan air liur jer la..nak buat cane tgh pantang kan...sabar jer la hati

    ReplyDelete
  2. terliur pulak tengok roti telur goyang ni...kita tengah sarapan makan roti gardenia yg 90sen tu je ha

    ReplyDelete
  3. perghhh.. kak seri dgn jjcm memang berpisah tiada.. haha..

    ReplyDelete
  4. kita pun macam kak seri, tak suka ckt..suka kue tiaw goreng kering aje...

    ReplyDelete
  5. dah ler lapar, masuk blog ni macam nak makan je..roti dengan telur goyang tu macam sedap je..

    ReplyDelete
  6. Kemain sedap semuanyaa...tak silap kedai ni Cik Epal pernah datang makan, telur goyang tu kesukaan Suami dia, Jofliam hehehehe

    ReplyDelete
  7. Halal ke tak belakang cerita. janji sedap.

    ReplyDelete
  8. Assalam..nak tny blh? Kedai tu halal ek? Tgk mcm kedai cina je...sorry tny

    ReplyDelete
  9. numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami
    ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih