RAJIN PULAK BAWA BEKAL - Alam Sari Di Tanah Jauhar

RAJIN PULAK BAWA BEKAL

Assalamualaikum...

BAWANG merah habis..  bermakna adalah harapan untuk mengelat dari memasak.  Tapi,  masih ada penyelamat sebab ada stok cili dan bawang yang siap dikisar tapi itu pun kalau nak masak asam pedas atau sambal tumis.  Paling-paling setakat nak masak padprik,  masak merah atau menggoreng mee dan nasi,  masih ada inisiatif walaupun tak ada bawang,  hihi.

Tapi,  bosan jugaklah kalau hari-hari belasah lauk yang merah-merah ni.  Rindu nak makan Masak Lomak Cili Api atau masakan berkari.  Tengok dalam fesbuk, ada kawan yang masak kurma sampai menjilat jari. Hurmm..  Alangkah bahagianya kalau dapat, kannn.

Jadi,  bila semalam Pak Inche bagi cadangan untuk makan di luar,  Sk menolak.  Makan di luar pun bosan jugak sebenarnya.  Asyik tomyum tomyum tomyum.  Lepas tu jenuh otak fikir nak makan di mana. Tu satu hal. Satu hal lagi tentulah SK yang akan jadi tong sampah drum sebab tukang perabih makanan, sayang kan, hihi.Teringat ada daging steak beku dalam peti,  tak cukup kenyang boleh goreng Spaghetti Aglio Olio,  huwa huwa huwa.

Sampai rumah,  gigih rendam daging yang Sk dah marinate lama tapi tak jadi nak masak, rendam udang dan sotong untuk rencah Aglio Olio.  Teringat Seafood Pasta yang Sk makan di sebuah cafe minggu lepas dan dah terbayang keenakannya dinikmati bersama salmon.  Ya,  salmon untuk Sk dan steak daging untuk Pak Inche,  hihi. Sekali,  bila buka kabinet nak ambil spaghetti,  yang ada tak sampai secekak pun.  Malah untuk dimasak pun macam menghabiskan gas aje, kah kah kah. Bongkar satu kabinet dengan harapan jumpalah bungkusan spaghetti tapi ilek, terus mati akal sekejap. Lepas tu tinggg.. masak nasilah, lepas tu buat nasi goreng seafood, huhu.

Sengaja masak banyak dengan harapan bolehlah jamahkan kawan-kawan sekali, sekali Pak Inche kata, ni nanti esok boleh bawa bekal, separuh ni dia nak bawa, hahahahha.. sorrylah kawan-kawan, tak ada rezeki korang. Salmon SK pun pagi ni baru masak sebab rasa macam tak larat semalam nak makan nasi goreng dengan salmon, hihi.



Bekal SK

Cara Sk panggang salmon

Perap salmon dengan lada hitam brand ajinomoto

Panaskan pan grill.

Tuangkan sedikit minyak zaitun dan ratakan atas pan grill.

Letakkan salmon, panggang selama satu minit di sebelah bahagian, kemudian terbalikkan ikan, panggang lagi seminit.

Terbalikkan semula dan buat kaedah yang sama. Ikan salmon tak perlu dimasak lama di atas api.

Keluarkan ikan salmon dari pan dan biarkan ia masak sendiri beberapa minit sebelum dinikmati.

Perahkan jus lemon sebelum menikmati ikan salmon, nyummm.




Bekal Pak Inche kena letak sos tomato



Oh, ya.. semalam kitorang bawa bekal juga, bekal nasi lemak. Eh, kenapa macam rajin sangat pulak bawa bekal minggu ni ek, hihihi.



Nasi Lemak yang dimasak pada hari Ahad lepas balik kerja, shemangattttttt!


11 comments:

  1. Sedapnya bila bawa makanan yang dimasak sendiri kan sis.. lebih puas..

    ReplyDelete
  2. ammi pun bawak bekal harini..nasi goreng vodo2 je. jadilah dari takde ye tak?

    ReplyDelete
  3. rajin Sk masak bekal. tergoda la semua. lapo terus bila tengok.

    ReplyDelete
  4. bawa bekal lagi jimat dan sedap ikut selera tekak sendiri. Kebersihan pun terjamin gitu :) Sedap ikan salmon tu

    ReplyDelete
  5. Bawak bekal la best...hari ni SA nak buat sambal sardin untuk bekal esok...hehehe...

    ReplyDelete
  6. Salmon kita 3 keping tersadai dalam freezer tu dah seminggu..nak masak asyiklah tak jadi, asyiklah keluar ajeee hahahaha

    ReplyDelete
  7. bekas bekal comel, sebab tu jadi rajin...hahaha

    ReplyDelete
  8. Situs Penyedia Layanan Sepak Bola Terbaik Sbobet Dan Bonus Member Baru Yang Besar, Agen Sepak Bola Sbobet Maxbet Yang Memberikan Pelayanan 24 Jam Nonstop, Bandar Judi Sepak Bola Sbobet Yang Di Dukung Oleh Bank Dengan Pelayanan CS Yang Ramah dan 24 Jam Nonstop, Penyedia Jasa Pembuatan ID Sbobet Judi Sepak Bola Yang Terkenal Dan Memiliki Grafis YangBagus, dan Kemudahan Dalam Bermain Dan Keamanan Saat Bertransaksi

    Agen Sepak Bola Online

    bonus besar Sepak Bola

    Bandar judi Sepak Bola

    Agen Sbobet Judi Bola

    Judi Sepak Bola Terbaik

    Agen Judi Online

    Bandar judi ikan

    Agen sabung ayam

    judi sabung ayam

    judi tembak Ikan

    Agenjudi tembak ikan terbaik

    judi Sbobet Online

    Judi Sportsbook Online

    ReplyDelete
  9. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih