DIARI RAMADAN 3

Seri Kandi Tanah Jauhar
3
ASSALAMUALAIKUM...

SEJUK bumi Jauhar ditimpa hujan petang semalam. Sk hairan, jalan-jalan di JB ni, kalau panas pun sesak (silau matahari) kalau hujan lagilah sesak (bah). Memang asyik mendatangkan marah sahajalah. Tersengguk-sengguk bergerak 20 kilometer sejam, siapa yang tak angin, ya tak? Sudahnya, kita ni bukannya penat sebab kerja tapi penat sebab duduk dalam kereta. Sabarrrrrrrr...!!

Disebabkan kari ikan jenahak yang Sk masak kelmarin masih ada dan sebenarnya Sk tak jadi pun goreng ikan waktu sahurnya sebab kami anak beranak sepakat nak sahur roti arab yang Sk beli dari Mamamya (nanti cerita) jadi tugas Sk jadi mudah :

Panaskan kari ikan
Panaskan Sayur Berencah Daging (huhuhu... sayur pun ada belen)
Kisar sambal belacan (tak cukup tenaga nak tumbuk)
Goreng Ikan
Goreng Papadom

Air pulak dah siap... Sk memang buat banyak-banyak masuk botol, senang bila nak minum. Air panas.. tak laku nanti.

Tup.. tup.. lepas ER turunkan kami di rumah dia kata nak pergi Pasar Ramadhan jap. ER ni memang tak boleh dipisah dengan Pasar Ramadhan. Hari-hari nak pergi ke tempat yang lain-lain. Sk ni belum jejak pasar ramadhan lagi tau. Pulak tu, Iman ada berbunyi dah lama tak makan siput sedut. Tak tahulah babahnya ingat ke tak ingat permintaan si anak.

Dalam jam 7 macam tu, ER pun sampai membawa beberapa bungkusan. Urmmm.. Mee Rebus semalam dia belum makan lagi tu, ni menambah lagi sarat peti sejuk. Kita ni pening nak memikior macammana nak menyusun harta karun kat dalam tu. Tapi, syukurlahhhh, ada suami yang ingat nak beli makanan untuk keluarga kan. Karang, dia beli bungkus untuk diri dia jer.. makan sorang-sorang.. apo nak dikato! Betul tak?

Sk buka satu-satu bungkusan yang ER bawa :

Karipap Daging + Telur 3 biji. Sk tanya sebiji berapa? "RM1.60" Tapi puas hati ya, inti dagingnya penuh, bukan karipap daging tapi inti kentang. dagingnya juga empuk dan ada telur sesuku pelengkap syarat.

Sayap Ayam Percik (lagikkkk???!!) 6 ketul. "Babah  tanya satu berapa? Dia kata 5 ketul RM10. Babah cakap, ahhh, bagi jerlah 6 ketul.. dah nak buka dah ni.. :)))) Nampak! Kelebihan membeli juadah berbuka di penghujung waktu, hihihi..

Dan bungkusan terakhir (alaaaaa... tiga bungkus jerpun rupanya yang kecoh sangat nak cerita) satu mangkuk siput sedut masak lemak dengan keladi. Amboiiii.. suka betullah Iman bila nampak ada siput sedut. Mak Iman pun suka jugak. Letih tau nak menyunatkan siput tu, lebih baik beli. Sebekas tu RM5. Penuh sebekas.. bukan kuah jer penuh. Puas hati.

Alhamdulillah.. selesai 3 Ramadhan. Pagi tadi kami bersahurkan nasi goreng. Nasi yang tak habis-habis, Sk goreng dan campakkan daging lebih sayur tu.. huhu. Pesnya Sk guna sambal belacan, memang sengaja buat banyak senang bila nak goreng nasi.. dan hari ini Sk termakan nasi... nasi goreng. Acilahhhh kan, tu pun tetap ada belen jugak. Sumbat lagi dalam peti.. hihi. Padahal bukan banyak pun masaknya.. haiii.. entahlah... Ni kalau habis puasa tak kurus jugak tak tahulah nak kata apa.




Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. kihkihkihhhhh!!

    'tiga bungkus jerpun' .. ingatkan makanan hapaaa lah jerpun tu!!!!!!!!

    saya rindu Tanah Jauhar..
    lamanya tak balik..

    ReplyDelete
  2. Selagi boleh sumbat belilah..
    Tiga org tiga bungku, yg 6 ketul tu sorang makan 2 ketul.. manalah tak penuh perut hihi..

    ReplyDelete
  3. Untung la ada suami yang ambil berat perut anak isteri kan kak...hehehehe. Saya suka macam tu. Kalau hubby, dia seret saya pergi dengan dia...hahahhaha. Weekend ni baru saya nak memasak sendiri kat rumah. Sekarang, masih on the road lagi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!