DIARI RAMADHAN 12

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

ASSALAMUALAIKUM...

DIAM tak diam dah hampir dua minggu kita berpuasa, kan. Ada yang dah mula buat kuih. Yang berniaga tentunya lebih sibuk lagi. Sk sendiri sudah mula berjaga malam bagi memenuhi permintaan pelanggan. Sebenarnya untuk tahun ini Sk langsung tak buka tempahan. Mana-mana yang masuk tu adalah dari mereka yang biasa berurusan dengan Sk. Sk tak mahu lagi berlaku macam tahun lepas, kerana terlalu penat meladeni tempahan sampai tak tidur malam, hampir-hampir Sk tersadai di tepi jalan. Ya, Sk tertidur semasa memandu. Mujur Iman ada dalam kereta dan menjerit memanggil Sk. Terus Sk tersedar dan kereta sedang menghala ke pinggir jalan yang sedang dalam pembinaan. Nasib baik tak pergi ke seberang jalan, huhu.

Ramadhan ke 12, Sk betul-betul malas nak memasak. Tambah lagi hanya berbuka berdua dengan Iman. Mulanya Sk ingat nak berbuka di bandar tetapi hujan lebat dan jalan sesak dari semua arah. Dari pejabat, Sk pulak kena menghala ke Taman U untuk hantar tempahan. Takkanlah nak patah balik pulakkan. Sebelum tu, Sk singgah sekejap isi gas dan minyak 'air-cond' kereta. Jadi, Sk ajak Iman berbuka di Restoran Steamboat berhampiran rumah. Tapi, Iman kata dia tak minat buka dekat situ. Sebab dia malas nak keluar balik. Sk ajak pergi Pasar Ramadhan pun dia kata tak best. Bila Sk sebut KFC, amboi, teruja betul dia. Lama tak makan katanya dan lagi seronok buka di rumah. Apalagi, kita tapaulahhhh!!

:))))))

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tahunni kami tak berbuka dgn KFC lagi. Ni kalau sebut kat budak2 berdua tu, mesti teruja mcm kakak iman juga :D

    ReplyDelete
  2. budak2 kalau sebut KFC..'hidup'!

    ReplyDelete
  3. Lama tak mkn diluar lebih2 lg bln posa ni. Aziz kata nk boikot fastfood...tengoklah mcmna nnti.
    sorry lama tak singgah....akk tak sihat sjk puasa ni. Dugaan sungguh.

    ReplyDelete
  4. teringin juga nak rasa TANGY yang baru tu...nak terjah KFC juga ler...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!