SENGAJA Sk masak awal pada hari ke 6 berpuasa. Pagi-pagi lagi Sk dah rendam ikan pari untuk dimasak asam pedas. Sebelum Zohor asam pedas dah mendidih atas dapur, nyummmmm. Sayur semuanya tak ada, petang nanti bolehlah singgah kedai beli. Sebelum tu kena layankan keinginan Iman yang katanya dah lama tak minum Air Kathira Abu Bakar. ER pulak sibuk nak pergi Pasar Ramadhan Kampung Melayu. Air Kathira pulak kena cari di Bandar Baru Uda. Kita pergi dua-dua, kata ER. Baiklahhh.. kerana kasih hamba turutkanlah nampaknya.
Pasar Ramadhan Kampung Melayu yang suatu masa dahulu menjadi salah satu identiti di Tanah Jauhar kini tidak lagi semeriah dulu. Serinya telah hilang akibat rancangan pembangunan. Sebahagian peniaga dah tak nampak batang hidungnya. Malah, dah tak terdengar lagi suara kelam kabut Pakcik OK yang meniaga Bihun Sup Utara. Nasib baiklah masih ada lagi Pakcik S S Ali yang meniaga Popia Basah. Ops! Sebenarnya nama pakcik tu lain, S S Ali tu, bapak kepada pakcik tu, hihihi. Yang paling pelik, Murtabak Tomok yang dulunya orang beratus berpuluh ela cuma kontot saja barisannya. Ke manakah semuanya pelanggan setia???
Bagi melayan tekak yang berpuasa, walaupun dah berkali Nabi SAW pesan berbuka ala kadar sahaja, cukup dengan tamar dan segelas air sejuk.. mengenangkan nak datang lagi entah bila, kami beli Popia Basah S S Ali. Ini wajib setiap kali ke Kampung Melayu. Kali ni Sk pesan dengan ER, jangan beli banyak, beli sebungkus cukup. Murtabak Tomok yang bersaiz kertas A4 tu kami beli sekeping dan Sk ternampak pulak orang menjual Sengkuang Calit yang katanya makan sekali hendak lagi, urmmm... teringinlah pulok tak pernah rasa cemana enaknya sengkuang calit yang di war-warkan tu. ER beli Talam Seri Muka RM2, okeylah tu sementelah puan isteri amatlah malas membuat kuih sekarang ini.
Dari Kampung Melayu kami terus ke Bandar Baru Uda. Pasar Ramadhan berhampiran Masjid Jamek Uda ni merupakan antara pasar ramadhan yang paling mendapat sambutan dan termasuk dalam agenda wajib. Agenda kami di sini ada dua sahaja iaitu memburu Air Kathira Abu Bakar dan Laksa Penang Sedap. Ya... sangat sedap Laksa Penang itu tau, Sk lupa apa namanya. Rasa macam masakan yang dimasak untuk keluarga sendiri. Sk juga beli Mee Kari dan Soya Panas di gerai yang sama... sangat sedap, betul-betul masak macam nak bagi makan suami dan anak, hehe. Dan seorang peniaga menghulurkan sebungkus mee percuma bila kami lalu di depan gerainya.
Sampai rumah, mak aihhhhh!! Banyaknya beli. Sudahnya Asam Pedas Ikan Pari masuk dalam peti untuk hidangan sahur esok pagi :)))))
Asam Pedas Ikan Pari Gambar di ambil setelah separuh masa sahur dah comot-comot mangkuknya.. nyummmm!! |
Hari ni dah masuk 8 Ramadan tapi saya masih belum menjejakkan kaki ke Bazar Ramadan Bandar Baru Uda walaupun bazar tu tak jauh dari rumah. Sebabnya nak cari parking punyalah susah...penuh saja tepi jalan setiap hari dengan kereta..saya pulak bukan pakar sangat memandu kereta...makanya lalu saja lah. Kalau ke Bazar Ramadan Bandar Baru UDa saya suka beli Air Soya Panas...minuman wajib setiap kali ke bazar, lepas tu beli pau sambal...yang sememangnya gebu dan lembut...ni jer lah kuih yang menarik perhatian saya.
ReplyDeletememang lum pernah jejak kaki kat bazar ramadhan BBU...tp selalu sangat dgr citer tntg bazar yang happening tu...
ReplyDeleteOh...popia SS Ali tu asalnya dari Johor ke? kat pasar malam sini (shah Alam) selalu jumpa dan mmg sedap popia tu.
ReplyDelete